THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

14 November 2011

::TATTOO::Damn Girl:: RAW::

3 EDITOR COMPLAINING
Yeppp... damn... memang damn.. hahahaha benda tu mungkin biasa la kot tapi bagi aku yang jarang tengok perempuan bertatu ni agak teruja bila dapat tengok. Setakat yang tipu-tipu kat KL Gangster tu tak heran, lagi satu kalau yang bukan duduk semenanjung kan, memang ada yang letak tatu. Rare dan ganas gitu. Point aku sekarang cuma bila aku tengok perempuan ada tatu, rasa macam takleh nak pusing kepala tengok kat tempat lain suda (hahahah jahat gile mata) tapi untuk seorang muslim dan islam, memang diharamkan tatu.

Dalam pukul 8 tadi aku pegi ke kedai mamak, tapaukan mee goreng, mata aku duk tengok la sorang amoi ni.
Cantik hahahah memang la kan kalau nak dibandingkan dengan aku yang agak bulan gelap ni. Naluri seorang lelaki yang sekadar nak tengok je. Tapi benda yang buat aku tertarik bila dia duduk dan membelakangkan aku pulak tu. Entah macam mana laaaaa aku boleh terpandang belakang dia pulak kan hahahhaa gila jahat punya aku  , kan otak aku memang jahat sikit kan. Takleh nak kata pe kan sebab dah lumrah aku memang seorang laki.
Tapi bukan aku nak cakap aku seorang laki gatal ke ape kan tapi apa yang kita tengok tu mesti kita nak tahu. Kalau korang ternampak pon mesti korang mesti korang tengok gak kan. Tapi part yang best bila baju belakang amoi tu terselak sikit.. adoiii jahat tol aku ni kan. Aku ternampak la tatu dia tu memang cantik la tatu tu sebab kaler maler lagi kan. Nasib baik la chinese, n bukan melayu ke ape. Stail woooo. hahahah stail pon aku tak sampai lagi nak pasang niat gitu. Tak molek untuk kulit la walaupun benda tu wat orang rasa gerun hahaha tapi kalau perempuan pakai tatu bukan jadi gerun tapi jadi ape ehhh erk.. jadii.. jadi.... ntah jadi best kot. hahahah dengan designnye, dengan kaler lagi. Tu je yang aku tengok. Bukan tengok benda lain pon. Takde nak nampak dia pakai G string ke ape. hahahahah

Huahahahah entry merapu hahahah so aku kena stop sebab nanti orang pikir aku pervert lak sebab duk tengok belakang baju orang pompuan yang terselak. Nasib baik bukan aku sorang je berdiri yang duk tenung walaupun aku tak perasan ada ke orang lain tenung macam aku tenung. Kalau leh snap gamba, memang aku snap la kot hahahahha tapi kena mintak kebenaran kat orang tu dulu la. So kat sini aku letak gambar ihsan dari pakcik google sudah la yek. wassalam.

FootNote ~ tatto macam iklan Maybank gitu kat betis... muka harimau best gak kan
Read more

13 November 2011

::Organ::Darah::Sunday::Sundae::

5 EDITOR COMPLAINING
Tadi aku keluar kejap sambil cari bekalan untuk santapan tengahari. Lalu la Perling Mall, tengok ramai pulak orang hari ni. Pergi la ushar kan. Kalau orang dah ramai, mesti lagi la suka kita nak menyibuk. Kalau jenis aku sebenarnya tak suka tengok orang ramai-ramai, past dengan pack ke ape kan, cuma tertarik sebab tengok banyak baju putih je kat situ.
Oh.. Ok ok... ada Kempen derma darah dengan organ rupanya. Patut la ramai PBSM dengan nurse tadi. Dulu aku dah pernah gak masuk derma darah ni. Kalau tak silap aku, nak derma darah pon derang tengok berat badan ko sama, tengok darah ko ada HIV ke tak hahahaha.. tapi disebabkan aku ni kategori ringan, aku ingatkan tak lepas la nak derma dulu kan, lastly dapat gak derma walaupun sekali. Ok la tu. Lagi satu tertarik gak pasal kempen derma organ ni. Aku ada gak rasa macam nak wasiatkan organ dalaman aku ni hahahaha tetapi bila aku pikir dan tengok balik kan... dah la aku perokok tegar gitu, memang sah la organ dalaman aku dah tak cantik, merah-merah, pink-pink, fresh dan sebagainya yang akan buatkan orang nak amik organ aku untuk orang lain yang memerlukan. Mesti pikir banyak kali punya la kan. Jadi, aku batalkan je niat nak derma organ aku. hahahahaha
Tapi hari ni pukul 2 tu aku rasa macam lain macam jugak. Suasana tengahari tu semacam je. Feel macam pukul 11 pagi. Betol aku cakap... ke sebab aku cukup tido? cukup pon tak cukup sangat sebab pukul 6 pagi tadi aku baru melelapkan mata sebab melayan movie The Thing kat Youtube. Tapi bukan yang baru, yang lama punya. Kalau ada movie yang serupa tapi versi baru, memang aku akan tengok yang lama dulu la sebab aku nak tahu part apa yang baru tu kan. Tu je. Selamat berehat di hujung minggu.

FootNote ~ Happy Sunday semuaaa.. sebut sunday teringat Sundae lak. hahahha
Read more

12 November 2011

::EKKKsiDENTE::

2 EDITOR COMPLAINING
Salam musim tengkujuh buat penulis dan pembaca sekalian alam yang disaksikan oleh titisan air hujan melimpah ruah lalu menyemai keperibadian didalam misteri lohong hitam yang belum tentu diketahui baik buruk padahnya untuk membuat keputusan seribu panji alam. Fuhh intro panjang. Disebabkan dengan musim hujan dan jugak titisan air hujan yang tak henti membasahi bumi dari pagi tadi sampai la petang sekarang pon panjang gak aku taip intro ni untuk kali kedua.

Kuar beli surat khabar, tengok berita dan kita telah digemparkan dengan kemalangan yang meragut nyawa di Behrang (susur keluar yang dah dekat dengan kampung aku) dan kalau tak silap aku sebelum ni jugak ada kemalangan yang sama membabitkan penunggang motosikal dimana ia terjadi disubuh hari, kereta yang lalu lalang kat highway situ terus melenyek-lenyek tubuh mangsa sampai daging hancur dan bersepah-sepah di atas jalan raya dan bila hari cerah dan terang benderang, baru orang tahu rupanya ada kemalangan kat situ. Tapi sayang sungguh, hancur badan mangsa sebab digilis dek kereta, lori, 4wd, Subaru, proton, Mitsubishi yang ingat mereka sekadar menggilis bangkai.
Kalau setiap orang dari kita ada kesedaran sivik, mesti kita akan berhati-hati kan? tapi kalau orang yang takde sivik lak melanggar orang yang ada sivik tentang keselamatan ketika memandu tu macam mana pulak? Malang memang tak berbau dan ajal maut tu jugak ditangan tuhan. Tak banyak kejadian kemalangan yang aku dapat saksikan sendiri didepan mata. Antara yang aku ingat sewaktu di kedah (sekolah menengah tahun 1997 gitu) ada kemalangan membabitkan lori hantu (lori yang angkut pasir) dengan motosikal, pon hancur gak badan mangsa kemalangan serta meninggal di tempat kejadian. Yang terbaru? Sewaktu aku di Rawang, melalui jalan highway Cameron Highland berhampiran susur keluar Pulai ape ntah dimana waktu tu aku dalam perjalanan pulang dari Kelantan untuk balik ke Rawang dengan menaiki Toyota Hilux (urusan kerja) aku dapat saksikan tempat kemalangan yang membabitkan kematian 25 pelancong asing didalam bas ekspress (bas pelancong). Jalan kat situ memang la ngeri sebab selekoh yang tajam tu memang sesuai untuk bermain drifting. Kalau tak terkawal bawak kenderaan memang nahas gitu la akan menimpa.

Tu belum lagi kalau korang layan jalan Bukit Fraser yang sempit ya amat sangat. Boleh berselisih side mirror kalau kenderaan by pass to each other dimana memerlukan skill dan tahap sivik dan hati-hati yang tinggi. Tapi kat sini bukan aku nak cerita pasal skill bawak kereta tapi nak cerita pasal kesedaran sivik. Nak mengelakkan dari kejadian gitu. Kesian kat Adun BN tu yang berenti nak tolong orang, last-last nyawa dia pon turut melayang. Kesedaran sivik arwah sebab nak tolong orang yang eksiden.

Pesan aku kat sini, musim hujan ni kalau korang drive ke ape, bawak la leklok sebab kalau bawak laju, nak brek.. kompom la kereta akan terlajak dalam 10-20 meter dari tempat korang tekan brek tu. Kalau motor? memang sah akan jatuh dan terseret. Jadi hati-hati yek

FootNote ~ Baru baca suratkhabar pukul 4 tadi. Puuuiiiihhhh hahahaha
Read more

11 November 2011

::STeAk::Takdelah Stik Sangat Pon::

6 EDITOR COMPLAINING

Sempena dengan daging korban yang melimpah ruah kat rumah, aktiviti hari-hari mesti masak daging je sampai puas makan daging. Yeahhh i love meat. Tapi kalau hari-hari makan benda yang sama pon naik bosan dan jelak gak kan? Mengikut pada gamba yang korang tengok ni pon, aku nak panggil stik pon tak jugak kot,  atau nak panggil daging bakar? Ntah la aku kompius sepatutnya aku panggil apa laa masakan ni. Takpe, yang aku tahu boleh makan dengan sedap.

Seperti yang korang tengok gamba kat atas tu, aku dah peram daging tu, hiris la dalam ketebalan seinci, dan bagi la lebar-lebar sikit. Kalau hirisan tebal, memang lambat masak sikit tapi ikut citarasa korang nak makan macam mana, 50% masak ke, 80% masak ke kan. Kalau panggang lama-lama, daging tu akan jadi kering. Daging kering ni selalu yang kalau korang pernah cuba makan dengan Nasi Kerabu, haaa.. tu la daging bakar yang agak kering. Untuk stik, kondisi daging tu memang nak bagi sedang2 je masak. Baru la daging tu ada juice gitu kan, makan pon tak liat. Amboii macam chef pulak aku.  

 Bahan yang aku gunakan untuk perapan pulak simple je, aku letak serai, seasoning sikit, serbuk cukup rasa, garam, lada hitam, halia dan sos tiram. hahahah ingat nak letak je HP barbecue sos, tapi takde so... aku gunakan je apa yang ada asalkan daging tu bila makan rasa sedap gitu kan. hahaha. Untuk proses panggang ni, aku cuma guna fry pan je, masak sampai berkerak kerak gitu, abis malam ni nak kena sental sampai tertanggal daki. Kalau dah masuk dalam fry pan tu, balik-balikkan bagi daging tu masak sempurna yeaahh sesempurna hari mu gitu kan. Yang penting jangan sampai keras. Kalau boleh tekan n nampak mcm lembut tu, rasanya ok lagi la tu kot.
Resultnya bila dah nak hampir masak, daging ni akan nampak macam daging satay gitu. Tapi bau satay dengan bau daging ni memang tak sama, Bau lain sebab rempah ratus yang kita guna tu je. Pastu kalau nampak macam basah basah gitu, tak kering, bagi aku dah ok la sebab tu tanya dalam tu dah masak dan berjus. Sedappp wooo.. jangan biar sampai hangus lak. Akhir sekali, korang hidang la daging ni dengan apa yang korang suka, makan dengan kentang lenyek ke, broccoli rebus ke kan. Ikut selera korang.

Aku takde gambar CADANGAN HIASAN, sebabnye aku makan ratah gitu je. Dah sedap dan lapar, mana nak tunggu letak hiasa lagi. Amik masuk dalam pinggan dan terussss makan. Merapu gak entry ni yek. hahaha tapi ok la tu kan. 

FootNote ~ Penuh daging korban dalam peti ais. Mula la rasa tamak dah ni... nak wat lagi hahahahah
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here