Tetapi bagi bahagian yang boleh menaikkan nama malaysia di mata dunia, tak suka sekali pon tak salah kalau kita bagi sokongan kan? Sape lagi yang nak sokong tanah tumpah kita sendiri kalau bukan kita sendiri iaitu penduduknya. It's ok kalau nak jadi diri sendiri pon. tak salah sebenarnya dan aku bukan sape pon nak cakap tu takleh ni takleh tapi semangat jati diri kita tu kan membentuk sape kita sekarang. Sebab tu gak la bila ada je sentuh isu perkauman, kita lantang bersuara, sentuh isu agama pon lantang bersuara dan aku pon terus terang memang tak suka racist dan soal menjatuhkan atau memalukan agama ni macam satu mainan pulak. ha aku dah melalut.
Untuk yang berfikiran negatif tu, takpe, abaikan. Kita yang positif ni, terus la menyokong dan bagi semangat pada pasukan negara kita walaupun jauh kat sini nak pegi jerit kat stadium tu, tapi dengan semangat kita kat sini, moga pasukan negara dapat menjulang sekali lagi nama Malaysia di mata dunia. Kalau nak jadi diri sendiri, silakan la sebab aku pon jadi diri sendiri ikut tempat gak. Dunia tu dunia gak, tapi hidup bermasyarakat dengan orang lain pon kena gak tu sebab mati nanti pon, bukan kita sendiri yang nak kena usung keranda kita sorang-sorang. Cuma kat kubur je sorang-sorang nanti nak bersoal jawab. hahahahah