THE COCOON ™: Memori Kad Ucapan Hari Raya
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 August 2011

Memori Kad Ucapan Hari Raya



Selamat berpuasa.

Hari raya pon dah dekat jugak ni. Menghitung hari bila Ramadan berlalu pergi kan. Kalau kita tengok sekarang pon, tak tahu masih ada lagi tak yang guna kad raya. Bila zaman makin maju dengan segala teknologi yang canggih boleh buat manusia makin malas sebab semua benda nak cepat, ekspress dan mudah. Kira macam semua kat hujung jari gitu. Kalau kita tengok dengan keadaan sekarang, ramai dah yang guna e-card, email, sms dan macam-macam lagi sebagai medium perantara sesama kita untuk merapatkan silaturrahim gitu. Tak kisah apa jua medium yang kita guna, asalkan hubungan tu dapat di eratkan dan dikekalkan.

Ok. Berbalik pada tajuk entry kali ni, aku cuma nak share sket la memori aku waktu ligat nak menghantar kat  ucapan Hari Raya. Selalunya aku memang suka compete dengan adik aku. Tengok banyak mana kad ucapan yang kita hantar dan banyak mana yang akan kita dapat kad balasan. Itu yang best. Seingat aku juga la kan, ada la dalam10 atau 11 tahun lepas kot. hahahah lama giler tu kan. Antara orang yang aku selalu hantar ni, kalau ikut keutamaan, mestilah saudara mara terdekat ke, saudara jauh ke kan. Lepas tu baru la kawan-kawan. Zaman sekolah ni, mesti kalau boleh nak hantar satu sekolah atau satu kelas gitu. 

Ada jugak aku hantar 2-3 orang sahabat pena. Best tu. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, Cyber Cafe pon aku tak nak jejak sebab tak tahu mende la Internet neh. Macam gitu sekali tahap zero la. Itu dulu-dulu punya cite. Berbalik kepada tadi, ada satu part tu, aku dengan adik aku ni cuma beli kertas A4 yang pelbagai warna. Beli la dalam 10 atau 20 keping. Lepas tu satu kertas tu aku lipat 2 bahagian dan aku potong 2. Bahagian yang pertama tu, aku lipat pulak 2. Kesimpulannya satu kertas A4, aku dapat buat 2 keping kad raya. Kira kreafit dan jimat belanja. Kenapa jimat belanja? Kalau nak dibandingkan dengan kad raya yang kita beli (Al maklum lah masa sekolah dulu, takde la jimat-jimat kumpul duit sebab nak beli kat raya.. hahaha) harga ketas A4 sekeping tu lagi murah dari Kad Raya kertas keras tu. Tapi dulu murah kalau nak dibandingkan dengan sekarang. 

Bila dah siap potong dan lipat semua kertas tu, aku pon buat design sendiri. Guna pen ke, marker ke atau mende la orang panggil dah lupa lak pen yang banyak kaler gitu.... masa nak ingat ni la leh lupa lak. hahahahaha....Pasal design lak, buat ikut kreativiti sendiri, guna bahan-bahan yang ada. Kalau korang selalu tengok kat tv pasal benda-benda kreatif D.I.Y ni, mesti korang ada idea punya la. Macam-macam leh buat. Bila dah siap semua tu, dah design cantik, siap dengan ucapan suma, nak lagi kreatif? aku selit je duit raya 5sen kat tiap-tiap kad raya yang aku buat tu. Kira sedekah duit raya gak tu kan kan...hahaAHhHAhHA, dah siap semua, aku buat la pulak sampul untuk kad raya tu.

Kalau nak buat sampul ni, beli kertas A4 yang nipis-nipis pon takpe. Setakat nak potong dan lipat kertas untuk buat sampul ni bukan la susah mana pon kan. Bila dah siap, aku pon, tampal setem... mmm terpikir jap...dulu pakai setem eh kalau nak anta kad raya? tu aku kompius sket. Biasa la kalau nak buat imbas kebelakang ni kan. ntah.. heheh. Bila dah siap, dah pos, pastu tunggu je la dapat jawapan. Alhamdullillah, rasa berbaloi la masa tu bila dapat balasan kad-kad raya dari kengkawan. Penat lelah pon tak terasa.

Itu je lah pengalaman masa aku dulu-dulu sibuk buat kad raya dari beli kad raya. Korang punya pengalaman macam mana? Mesti lagi best kot. huhahuhahahaha.. 


FootNote ~ korang masih guna kad raya lagi? Aku dah lama tak hantar kad raya. huhuhuhuhu


0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here