THE COCOON ™: Hari raya yang kian menjelang tiba.
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 August 2010

Hari raya yang kian menjelang tiba.

salam ramadhan buat semua kengkawan.

Rasanya aku takde buat lagi posting untuk hari raya ni. so ni aku nak share la sket apa-apa yang patut. lagi pon skang tinggal lagi brape hari lagi dah nak menjelang hari raya. nak kata ada feel tu, memang aku dah takde feel sangat pon nak raya tahun ni. rasanya untuk kali pertama kot, kalau tak silap aku ler kan, hehhe raya aku tak balik. yup. rasanya tahun ni kira pecah rekod la sebab aku tak balik raya. walaupun persiapan semua ada, baju semua dah siap. thanks jugak kat parent aku sebab hantar baju raya kat aku gak. huhuhu sedey.

balik dengan tak balikm bagi aku macam 50-50 je skang. kat dalam hati ni tuhan je tahu yang aku ni dah rindu sangat nak orang tua aku, nak balik kampung tapi adoi... banyak faktor yang membuatkan aku tak balik kampung. tapi tak payah la aku nak citer pe faktor yang buat aku takleh nak balik kampung, kalau citer pon tak guna gak kan. ada la 2-3 hari lepas aku tanya adik-adik aku, persiapan derang suma. derang cakap raya pertama dah balik kelantan. huhuhuh best pulak. aku nak balik. tapi bila terkenangkan pasal abah aku, terus rasa macam taknak balik pon ada. lagi pon skang aku dah tak kija. dah dekat sebulan kot rasanya aku tak kija. so tak dapat la nak melangsaikan apa-apa yang patut. hurm....

aku memang tak suka dengar lagu raya kalau tak dapat nak balik raya. nanti aku jadi lagi sedih pulak. macam ni la kalau dah hidup kat perantauan. seronok aku tengok adik-adik aku semua. kepala otak tak payah nak pikir apa pon. dah duduk umah. makan minum pon tanggung. takde nak pikir pasal duit ke pe. duduk umah pon tolong orang tua aku buat projek pertanian. lagi goyang kaki.

peluang tu aku tak tahu la. takkan sekali je peluang untuk aku tu? ntah pe yang aku tulis ntah.

pepon aku nak ucap la selamat hari raya pada semua yang mengenali. andai kata ada salah dan silap, aku nak mohon ampun dan maaf...

wassalam

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here