hahah yeahh skang ni ada lagi ke yang minum kopi dan makan biskut? Sesetangah orang suka makan pisang goreng kot kalau musin hujan ni. Feeling tu lain. Selain daripada kopi, teh o panas ke, nescafe ke kan mesti best kalau dapat pekena time hujan-hujan, duduk dalam rumah sambil menonton sinitron Siluman Ajaib Dengan Anak Kura-Kura Tapioka.
Kalau pergi kerja, pastu hujan pulak kan, sejuk segala bagai, bantal, tilam dan selimut duk memanggil manggil je kat rumah. Kalau yang tak tahan godaan, mesti kompom punya akan amik half day. Bertambah lagi kalau kena hari Jumaat. hahahaha lagi kuat rasa nak tido time hujan ni kat rumah kan kan.
hoh? hahaha bagi yang ada kereta, kalau hari-hari hujan, nak basuh kereta ke atau nak anta ke Carwash ke mesti pikir banyak-banyak kali. Nak pegi anta cuci kereta ni semestinya ada timbul niat 50-50 je kan. Silap pergi cuci nanti, hujan pulak, tak cuci kotor lak. Disebabkan hujan sepanjang hari, jalan basah akan memudakan kereta yang baru-baru ni nampak mudah kotor.
Yeahh otak tepu... dah sejuk sebab hujan, aktiviti pon jadi perlahan gitu. Production tak berapa nak bagus sangat sebab duk set nak tido, berbungkus dengan selimut sambil menonton movie kat laptop atau depan tv. Tepu sangat bendalir dalam otak tu la gamaknye. Tapi tu yang best.
ha... bab ni yang lemah ni kan. Nak basuh baju. Disebabkan musin hujan je sepanjang masa so baju yang nak dibasuh akan tinggal bertimbun timbun. Korang guna dobi? Kalau dobi aku tak tahu la. Kali terakhir aku guna dobi waktu tingkatan 1 dulu kat sekolah asrama. hahahah kalau dah duduk umah gini, memang nak basuh banyak-banyak tu takde la, 2 hari sekali ke basuh kan, kalau nak basuh sehelai dua, masuk dalam mesin basuh memang sah rugi air tu bertambah lagi kalau guna mesin basuh fully automatic hahahaha... nak jimat air? basuh je guna tangan kalau sanggup.
FootNote ~ Kecik-kecik dulu best kalau dapat mandi air hujan. Lari keliling kampung. hahahaha