THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 February 2011

Pasta For Life...

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat pagi semua yek.


 Posting kali ni lewat sikit sebab dengan keadaan badan yang kurang sihat. Balik kerja tadi terus tertido sampai tak sedar pe. Yang aku sedar pon, terjaga pukul 10 malam tadi. Memang tak larat nak buat kerja tadi, dengan batuk, sakit pinggang, dah macam sakit urat,, tu tanda-tanda aku nak deman ler ni.


Untuk posting kali ni aku nak bercerita pasal masakan kot hahahahah,.... bangun pukul 10 malam tadi perut pulak lapar, so aku pegi la tengok-tengok kat dapur kalau ada apa-yang boleh aku makan ke masak ke, nak keluar pon memang malas. Buat spot check kat dapur, ada la jumpa bahan-bahan yang boleh aku masak seringkas yang boleh dan mungkin sekenyang yang boleh la kot.


Menu aku malam tadi untuk memasak ialah Spaghetti. So bahan-bahan yang aku jumpa mesti la Spaghetti, manakala untuk membuat sos pulak, sangat sangat ler senang. Ni bagi sesiapa yang takde Prego la kan. Resepi ni untuk sesiapa yang tiada asas utama untuk membuat sos spaghetti tu. Kat sini aku senaraikan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat sos spaghetti. Untuk pengetahuan korang, memang aku tak amik resepi ni kat man-mana, tapi aku buat berdasarkan pada pengetahun aku sendiri iaitu dari membaca dan tengok rancangan masakan je hahaha especially citer Jamie Oliver yek. Rasanya semua orang boleh buat kot.


Ok, kita teruskan dengan bahan-bahan untuk membuat sos spaghetti yek, Pertama sekali kena ada Sos Tomato, Sos Cili atau Cili Boh pon boleh, Sedikit perencah kiub ayam atau Maggi cukup rasa pon memadai, Bawang Putih , Bawang Merah, (Bawang Merah yang dah siap blender, memang aku sediakan benda ni awal-awal in case nak cepat masak tanpa kena kupas bawang.), sedikit lada sulah atau lada hitam, garam dan gula. Rasanya tu saja kot bahan-bahan yang perlu dan memang basic ada dalam setiap dapur.


Cara nak buat sosnya ni, macam ni, Kupas Bawang Putih dan tumis. mesti la kena letak minyak kalau nak tumis kan? kalau ada Minyak zaitun lagi bagus la tapi untuk yang ni aku guna minyak masak je, kalau boleh bawang putih satu labu pon dah cukup, sebab aku masak memang suka letak Bawang Putih lebih. bila dah tumis bawang putih tadi, masukkan bawang merah atau bawang besar yang siap di blender atau yang korang tumbuk la kan, Bila bawang tu dah naik bau sket, masukkan Cili Boh atau Sos Cili dengan sukatan 2 atau 3 sudu besar, Sos Tomato dalam setengah botol, kemudian masukan Kiub Ayam sket. Sebab aku masukkan Kiub Ayam ni ialah, aku takde MeatBall, daging cincang dan cendawan butang. Untuk bagi rasa sket, letak la kiub pati ayam atau pon perasa apa-apa. okey tak gitu? hehehe.. ok. bila dah masukkan semua tu, kacau biar rata dan sehingga mendidih sos tu. yang penting kena rasa tomato tu lebih. kalau korang ada tomato, tu lagi bagus, hiris dan masukkan sekali, kemudian kacau bagi hampir hancur tomato tu. tapi dalam masakan ni, aku tak menggunakan buah tomato sebab memang takde stok. tak beli daa hehehe...


Bila sos yang kita buat tu dah mengelegak, rasa sket, kalau boleh lebihkan rasa tomato tu sendiri dari rasa pedas sos cili atau pedas cili boh tu, daripada Prego tu sendiri dan sos pasta tu sendiri, memang rasa tomato gitu kan. Baru teringat, kalau ada tomato puri pon lagi bagus. boleh masukkan jugak. so bila dah rasa masam tomato tu sket, masukkan lada sulah atau lada hitam secukup rasa, masukkan garam dan gula secubit rasa. selepas tu tambah secawan air kedalam sos tadi. biarkan mendidih dan pekat, kalau lagi pekat, lagi la bagus kan.


Untuk masak spaghetti tu, takkan nak kena ajar gak kan? hahahha.. rebus air, masukkan spaghetti sampai lembut. macam mana nak tahu dah masak pasta tu? kalau kita dapat putuskan pasta tu dengan jari, tandanya dah masak ler, bila dah masak, angkat ke sinki, bukak paip air, pastu toskan pada penapis, air yang di buka tu penting sebab nak cepat sejukan pasta tu. dan jangan lupa waktu rebus tu, letakkan garam secubit.. hehehehe


maka skang dah siap la pasta ala Supper Upper Case? ape kesss hahaha... so tunggu pe lagi, takkan nak ajar camne nak makan lak kan? letak ler cheese untuk toping pastu tu, baru la sedap.


SELAMAT MENCHOBA
Read more

i'm sick and tired of being sick and tired

0 EDITOR COMPLAINING
I’ve been sick with the flu, or something like that, the last couple of days (and kind of still is), so there hasn’t been much to write about.
Read more

07 February 2011

Kisah Belut

0 EDITOR COMPLAINING
    Kisah ini terjadi di Jakarta. Pada suatu hari si Boboi yang baru berusia
lima tahun menghampiri ibunya dan bertanya, " Ibu pacaran itu apa dia ?"Si ibu
kebingunan bagaimana hendak menerangkan maksud 'pacaran' itu kepada kanak
kanak yg baru berusia lima tahun. Si Boboi terus mendesak untuk mengetahui
maksud 'pacaran' itu. Lalu si ibu berkata, " Kalau kau benar benar hendak
tahu apa maksud berpacaran, petang nanti tunggu di beranda rumah. Hari ini
Sabtu, biasanya anak jiran kita Minah akan berpacaran dengan Udin. Udin
akan datang ke rumahnya dan keluar berjalan - jalan. Jadi kau akan tahu maksud
pacaran itu. Menjelang petang Boboi pun menunggu di beranda rumahnya dan bila
hari sudah gelap baru kelihatan si Udin muncul. Kelihatan Minah sudah siap
menanti kedatangan pacarnya.Boboi terus melihat perlakuan dua kekasih ini
tanpa disedari oleh mereka berdua."Ayah dan emak ada di rumah?" tanya si Udin
kepada si Minah. "Kebetulan, mereka pergi kenduri kahwin di rumah saudara
sejak siang tadi. Katanya bermalam di sana." Jawab si Minah. "Memang best.
Nampaknya kita boleh bebaslah malam ini. Tak payah keluar, di rumah saja
sudah cukup," Kata si Udin sambil menjeling Minah yang tersenyum penuh
makna.

Disebabkan tiada orang tua di rumah, Udin & Minah berasa begitu bebas
di rumah, menjelang tengah malam baru Udin pulang. Segala perlakuan Udin &
Minah diperhatikan oleh Boboi dengan teliti tanpa ketahuan pasangan kekasih
ini. Keesokan harinya si Boboi menghampiri ibunya , mengatakan bahawa dia
sudah tahu pacaran itu apa. "Kalau kamu sudah tahu cuba ceritakan pada ibu,
pacaran itu apa ?" Tanya si ibu."Malam tadi kak Minah duduk berdua sama
abang Udin dibangku. Tak lama setelah berbual mereka kemudian menempelkan
bibirnya dan abang UdIN kemudian matanya melutut , melihat muka kak Minah
merah. Lalu dia memeriksa jantung kak Minah. Tapi kerana tidak tahu di mana
jantungnya abang Udin tangannya terus bergerak ke kiri  ke kanan. Tak lama
kemudian abang Udin gelisah kerana merasa ada sesuatu di seluarnya , memang
benar setelah membuka zipnya ternyata ada belut keluar dari seluar abang
Udin.Merasa kasihan, kak Minah menangkap belut tersebut dan cuba membunuhnya
dengan meramas ramas belut yang ada di seluar abang Udin. Kerana belut itu
tidak mati walau sudah diramas-ramas, kemudian belut itu di makan oleh kak
Minah . abang Udin merintih kesakitan kerana belut itu masih hidup.Ternyata
walaupun kak Minah sudah makan belut itu, tetapi ternyata masih tetap hidup
, kerana kasihan dengan abang Udin, kak Minah cepat-cepat menanggalkan
seluruh seluarnya dan menduduki belut tersebut supaya mati. Tapi belut itu
benar benar kuat . kak Minah sampai menduduki belut tersebut berkali kali
sementara abangUdin merintih kesakitan kerana belutnya belum mati
juga.Akhirnya tak lama kemudian belutnya muntah dan mati diduduki kak Minah.
abang Udin pun tidak merintih lagi , dapat tersenyum." Selesai si Boboi
bercerita, si ibu jatuh pengsan.

Pengajaran : Kalau kanak kanak tanya tentang sesuatu tu,cepat cepatlah cari jawapannya jangan sampai dia mencari jawapannya sendiri.
Read more

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

0 EDITOR COMPLAINING
Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.


 2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.


 3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.


4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

 6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.


9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    3 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    9 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    12 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    12 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here