THE COCOON ™: Hari raya..
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

06 October 2008

Hari raya..

assalammualaikum wbt.

27hb aritu aku balik kampung. naik keta dengan adik aku. bertolak lepas subuh dari plaza tol skudai ke selangor.. hulu selangor. turun di plaza tol tanjung malim. kalau tak silap aku la.. 4 jam je. memang cepat giler. best tol aku bila sampai umah.. rindu dengan mak bapak aku, adik-adik aku. siap beli bunga api lagi untuk derang. xde lama sangat aku tak balik. tapi bagi aku cam lama gak le kan. dulu balik kedah.. pastu balik pahang.. skang balik selangor lak.. memang jauh tu merantau kan kan kan... hidup aku ni kira merantau je la..

tapi pe yang kurang sket bagi aku raya tahun ni.. xde kawan-kawan untuk aku nak melawat. sume kawan kat jb, kedah, kuantan.. kat situ je la banyak. bila aku balik selangor.. takde tempat la nak g. paling jauh pun aku g Batang Kali. umah ayah sedara aku. pastu xde g mana-mana dah.. heheh.. dapat je gaji.. terus aku siap-siapkan duit raya untuk adik aku. yelah .. adik bongsu aku dah nak besar dah tu.. masuk 5 tahun kot kalau tak silap aku.

raya pun takde la yg special sangat mak aku buat. masak biasa-biasa je. tak brape nak meriah umah aku nih. bukan ada yang datang sangat pun.... tapi hari aku nak balik ke jb tu memang aku rasa lain sket. malam tu aku dah rasa tak sedap hati sangat-sangat. nak balik pun berat je hati aku. tak tahu la sebab ape kan.. sebab sedih nak tinggalkan keluarga atau tak sedap hati kot2 jadi benda lain... dah le tu aku rasa cam bersalah lak marah adik aku yang bongsu malam tu. sian dia. bila dia dah tido, aku peluk dan cium dia. rasa bersalah sebab marah dia malam tu. ye la.. adik lelaki.. buas la sket kan.. memang rasa sedih sket.. nak balik jb pagi tu pun aku peluk dia lagi.. siap bagi duit raa kat dia banyak-banyak.. sedih beb.. dalam hati nih... tapi aku tahan je... rasa cam dah tak jumpa lak..

nak dijadikan cerita.. pagi aku bertolak.. dah masuk highway... keta aku rosak kat Pagoh... perghh.. tak gelabah bewak lak aku... ye la.. seumur idup aku.. mana penah jadi keta rosak camni. nasib baik siang hari.. kalau malam? tak ke naya aku nak cekau duit. radiator tersumbat... pastu effect kat head dan gasket. abis dalam rm750 sekali duit towing keta. masa 4 jam balik jadi hampir 12 jam... memang penat n tension sangat2 la waktu tu. tapi alhamdulillah.. ada gak kawan aku yang hulur sket... lega la sket..

tu la yang jadi pasal kes aku tak sedap hati malam tu.. aku ingatkan sebab pe la kan.. tapi pe yang aku takleh nak lupa.. rasa bersalah aku kat adik aku tuh... memang duk teringat je nih.. huhuhuh..

-wassalam-

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here