THE COCOON ™: Selamat Berpuasa
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 August 2009

Selamat Berpuasa

Asssalammualaikum wbt...

selamat sejahtera...

sedar tak sedar, semakin kita menghampiri bulan ramadhan iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan. rasa cam berdebar-debar lak.. dalam dua atau tiga hari ni pon aku dah kurang makan. konon-konon nak bagi perut tu biasa la sebab nanti nak kena puasa. heheheh...

Tempat kije aku bagi cuti satu hari sempena nak menyambut kedatangan awal ramadhan ni, so aku pe lagi set dengan adik2 aku la nak balik kampung. dua orang kat kuantan, sorang kat JB. aku plan dalam 20hb ni berangkat balik kampung. tapi tengok gak keadaan adik aku yg kat UTM ni. kalau dia takde kelas, petang tu dah leh gerak ar. tapi kalau dia ada kelas, mungkin malam kot gerak balik.

gini la kalau dah kes tak balik kampung, sebelum balik lagi seminggu dah tak sabar-sabar nak balik. kepala otak duk ingat kat kampung. bukan ada special pe pon sekadar nak jumpe adik laki aku sorang ni sebab dah lama sangat aku tak jumpe dia. last aku jumpe pon raya tahun lepas. dah nak masuk raya tahun ni pon tak jumpe-jumpe gak aku dengan dia.
ni gamba adik aku yang number tiga acik,si perempuan tu, number empat tu uda. yang laki tuh.
nak tengok pe perkembangan terbaru. hahahhaha


ni gamba aku amik time puasa tahun lepas ar. orang lain sibuk nak buat kueh mueh.. dia sibuk duk menempek dengan PSP..

ini dia dua orang chef tat nenas. hahaha... boleh dikatakan gak la merangkap kueh rasmi tiap-tiap kali nak sambut raya. adik aku punya pengalaman pertama wat kueh tat nenas ni dia buat dalam tahun 2006/2007 kot kalau tak silap aku. kueh tat pertama yang hangus.


Gambar ni wat aku kompius sket. aku dah lupa..si uda ni tolong tengok ke,tolong buat kueh sekali ntah...tapi tu la.. memang best balik kampung neh.. dapat kumpul ramai-ramai adik beradik. tapi bila dah abis cuti, semua balik ke tempat lain untuk sambung cari rezeki, belajar..

ok ar. ni je aku nak share pasal life aku..pasal suma pengalaman yang terlintas kat aku skang.

aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak.


wasssalam

1 EDITOR COMPLAINING:

raisha rahim said...

selamat puasa jugak kepada awak

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here