THE COCOON ™: penat walawehhh
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

25 June 2010

penat walawehhh

salam....

balik kije, makan pastu terus ngadap blog kejap. saje nak luahkan pe yang bermain kat pikiran aku sebenarnya. aku pon tak tahu macam mana seorang manusai ni boleh berubah begitu ketara sangat. pe yang aku nak citer ni pasal sepupu aku sendiri. ibarat membuka pekung kat dada jugak tapi boleh di amik ikhtibar la untuk aku. aku kesian sangat sebab dari aku kenal dia dulu, dia bukan la orang yang macam ni. tapi entah pe yang merasuk dia pon aku tak tahu la. mungkin bila dia dah mula-mula terdedah kepada dunia luar ni.

dulu dia tak hisap rokok, dia tak tahu la pasal pompuan ni suma. tapi makin lama dia kat dunia luar ni, makin hanyut. bila parent lak wat hal, lagi la dia makin hanyut. aku kenal dia dulu tak macam ni. dia salahkan mak bapak aku sebab tak tolong adik dia yang nak g belajar. memang la mak bapak aku nak tolong dia tapi ada ke dia jumpa orang tua aku pastu bincang hal yang macam mana nak kena tolong? aku dengar bila ayah aku nak jumpa dia , dia asyik mengelak. orang yang nak di tolong bukan nak jumpa tapi ayah aku yang kena jumpa dia? ada ke macam tu? kalau dah orang nak tolong kita, kita la patut pegi jumpa orang tu. kan lagi bagus.

duit yang adik-adik dia dapat lepas arwah mak ayah dia meninggal telah di amanahkan untuk dia jaga, manage benda tu supaya ke masa hadapan nanti adik pompuan dia nak kawin ke, nak belajar ke, ada. ayah aku tu kalau boleh taknak la kacau duit pencen arwah yang adik-adik dia dapat, tapi dari pe yang aku dengar, duit adik dia yang bongsu RM16,000.00 tu dah abis dia lenjan guna. bukan abis buat pe, abis duk perabis untuk betina lain kendia untuk kemewahan diri dia sendiri. aku tahu la semua tu. adik dia duk komplen suma tu dia tahu yang abang dia tu dah guna semua duit dia. nak temberang pe lagi.

pasal duit, time susah, baru tahu nak cari sedara mara ke semua. bila dah senang lenang, ada ke dia ingat nak jumpa sedara mara? ada dia nak melawat tengok sedara mara yang tolong dia? dia kawin pon mintak tolong orang tua jugak. banyak sedara yang ada kenapa dia tak cari je sedara mara lain? pasal kawin dia pon orang tua aku frust gak. kalau nak g merisik ke pe, biar la orang tua yang buat, tapi dia buat kepala dia sendiri. memang dah banyak masalah dia buat sebenarnya.

aku ni bukan kisah pon pasal duit dia ke pe, tapi yang aku kisah pasal dia buat kenyataan kat facebook cakap pasal orang tua aku. tak payah la dia nak sindir ke apa sebab memang pe yang dia cakap tu untuk orang tua aku. aku memang tak puas hati kalau yang dia cakap semua tu tak pernah betul satu pon, tadi aku dah sms dia sampai abis kredit aku. lawan maki hamun la. dia cakap pasal lain, aku cakap pasal lain. aku nak bagitahu la kan, kalau ko buat statement macam tu, silap-silap takde sape pon nak tolong ko la. sampai bila ko nak senang. sebab ko rasa ko kawen dengan anak orang kaya, ko boleh senang la? hahahha adoi... dari dulu sampai skang ko memang tak berubah, guna cerita ko dah meraih simpati orang je. aku dah masak sangat dengan semua tu. ko jangan ingat ko tahu semua pasal aku dan aku ni tak tahu apa-apa pasal ko. ko kenal aku macam mana dan aku pon kenal sangat perangai ko macam mana. kalau tak orang tak panggil sepupu la.

ko cakap ko berhak keatas duit adik-adik ko tu? aku terpikir, la, macam mana orang nak percaya kan ko kalau sekali ko dah pecah amanah? duit adik-adik ko tu untuk ko manage. jaga. bukan balun untuk ko sorang. bila dah abis suma duit tu ko guna, camne la nanti adik ko nak kawen yek. ko nak mintak tolong sape pulak? mesti ko mengharapkan keluarga sebelah bini ko yang bagus tu kan? heheheh ko dengan bini ko memang perangai macam plastik la aku cakap.

benda ni kalau aku membebel melalut memang takkan abis hahahhaa.. adoi.. tapi pe yang terbuku kat hati aku tu memang tak abis pon. minta maaf kat azrie sebab aku cakap macam ni. ko la sorang harapan untuk adik-adik ko tu. jaga la amanah tu sebaik mungkin.

wassalam

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here