THE COCOON ™: Tip Nak Lajukan Pc atau Laptop
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

18 August 2010

Tip Nak Lajukan Pc atau Laptop



Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak?
1. Buang segala macam program yang tidak digunakan
Korang mesti perasan yang Windows ni bila kita baru format (like korang beli pc baru), dia punya performance memang mantap kan? Tapi lama-kelamaan, bila korang dah masuk software itu ini, game dan macam-macam lagi lah, korang sendiri dapat rasakan yang performance mantap tu dah berubah jadi slow. Jadi ini tak bermakna korang perlukan RAM yang besar je untuk hidup.
So pastikan korang buang mana-mana application atau games yang nyatanya tidak lagi korang guna. Atau mungkin 2 tahun sekali baru korang nak bukak. Biarpun application tu korang tak gunakan, ianya still menggunakan sebahagian besar ruang hard disk dan akan memberi effect pada performance PC korang. Percayalah.
Click Start , Control Panel , Add or Remove Programs.
2. Pastikan hard disk bersih dan tersusun
Bila hard disk korang tidak tersusun dan penuh dengan segala macam data yang tak berguna, ianya akan memberi kesan kelembapan pada PC bila mana hard disk korang gagal memberikan full performance dari tindak balas OS. So tanpa perlu menggunakan apa-apa software, korang hanya perlu lakukan Disk Cleanup dan juga Disk Defragmenter.
Click Start, All Programs , Accessories , System Tools
Disk Defragmenter mengambil masa yang agak lama mengikut saiz partition yang korang nak defrag. So Khai nasihatkan, kalau nak buat pun, buat masa nak tidur. Bangun nanti siap la tu.
3. Pastikan registry “Error-free” maa..
Ini yang paling penting bagi sesebuah PC. Registry adalah “critical componant” bagi sesebuah komputer. Bila korang install apa-apa application mahukan uninstall, registry korang akan berterabur dan tak tersusun. Kadang-kadang tu, even korang dah uninstall pun, tak bermakna registry application tu akan turut hilang. Kesan disebabkan registry errors dapat dilihat bila PC korang hang, system crash atau keluar blue screen daa. Seram kan? Hahaha..
So korang perlukan satu software yang mampu perbaiki error di bahagian registry. Korang boleh gunakan apa-apa registry cleaner tools yang ada dalam internet ni. Atau kat bawah ni ada satu software yang Khai recommend untuk korang guna. Silalah download kalau mahu.
*registry amat sensitif.. play at your own risk..
4. Pastikan desktop kurang icon
Pastikan desktop korang tak penuh dengan macam-macam icon, file, shortcut dan segala macam data. Selain menunjukkan yang korang ni jenis serabut dan tiada arah (maaf ye), ianya juga memberi kesan kelembapan bila korang turn on PC.
So, sila remove mana-mana icon dan shortcut yang tak berguna kat desktop korang tu. Apa lagi file-file yang besar macam MP3, executable file dan sebagainya. Letak kat mana-mana pun asalkan bukan di desktop.
Cara mudah, sila right click di desktop, klik view dan un’tick Show Desktop Icon. Habis licin semua tersorok. Hehe. Lakukan before korang shutdown dan bila korang on balik pc tu nanti, windows tak perlu bersusah payah nak load icon tu balik. Ini cara bagi mereka yang pemalas nak bersihkan desktop.
Info Tambahan
Sama ada korang tahu atau tak, function refresh di desktop tu kegunaan dia hanya untuk reload icon-icon di desktop semata-mata. Ianya langsung tak memberi kesan performance pada PC. Jangan cakap bila korang refresh, PC korang jadi laju pulak ye? So lepas ni tak payah nak main-main refresh kat desktop tu melainkan ianya dah menjadi habit korang.
 4 perkara basic untuk melajukan PC. Nyatanya terdapat pelbagai cara dan sebab yang lebih detail berkaitan dengan performance pada PC. Untuk newbie, boleh cuba cara-cara mudah ni dulu before mengetahui dengan lebih detail.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here