THE COCOON ™: 11/01/2010 - 12/01/2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 November 2010

Hujan, Redup, Mendung pastu Hujan di Aidil Adha

0 EDITOR COMPLAINING
salam semua...

salam dan selamat sejahtera kepada semua yek. dah berapa hari aku tak kemaskini blog aku neh. Selalu sangat sibukkan diri dengan kerja dan masalah dan yang penting macam mana nak atasi masalah tu sambl buat kerja.
kebelakangan ni aku tengok, selalu sangat hujan, redup lak tu, kadang-kadang macam mendung, tapi skang aku tahu la, sebab Gunung Merapit kat Indonesia tu la punca jugak suasana sekitar ni macam redup je hari-hari. selalunya dalam pukul 3 atau 4 petang, matahari pon aku tak nampak lagi. suasana macam pagi je kalau sekali imbas tanpa tengok jam kat tangan atau jam kat dinding.

so macam mana dengan sambutan Hari Raya Qurban? okey? bagi aku okey la sebab sampai ke hari ni aku buat daging bakar je sebagai makan sampingan. Alhamdulillah, rezeki. buat daging bakar, daging panggang ke, so favourite korang macam mana? kadang-kadang aku mempelbagaikan la masakan daging ni. serius cakap ar, makan daging hari-hari memang bosan .. tambah lagi kalau lauk sepesen hehehe... so aku pon guna la kreativiti aku ni, masak yang best2 sket.

kalau nak makan ala-ala stik gitu kan, aku leh ajar hehehe .. hihihihi kui kui..tapi daging macam ala-ala stik ni, kena ikut citarasa korang jugak la. bagi aku lak aku lebih suka macam 80% masak je pada daging tu. bahan2 yang perlu ada cuma la Lea and Perrin Steak Sauce ke, atau HP sauce ke kan, amik la salah satu. kalau nak gabung kedua-dua sos tu pon ok gak. lepas tu, sediakan lada hitam yang di tumbuk halus ataupin serbuk lada hitam, pon boleh, serai potong halus2...garam secukup rasa, sos tiram sket. bahan2 tu semua camput pastu perapkan dengan daging. kalau bab daging lak, so korang kena la bersihkan daging tu, kalau boleh biar dapat daging yang cantik la, isi sebesar piring tu pon, cantekkkk gak. hehe dah buang suma lemak, campurkan bahan2 tu suma, perapkan daging. biar dalam setengah jam ler. tutup tau.

pas dah abis perap daging tu, kalau ada oven, microwave ke, boleh la guna benda alah tu. set dalam 150 darjah celcius, masa dalam setengah jam atau 45 minit la, tapi kalau aku, guna je kuali, senang. letak minyak sket, patu terus masukan daging.  kemudian tutup la kuali tu, bagi daging tu masak dalam 45 minit atau setengah jam. kalau guna kuali ke atau tempat bakar, so korang kena la pusing2kan daging tu bagi masak semua bahagian.

last but not least, bila daging tu dah masak, letak ler mustard. makan daging panggang tu dengan mustard. kalau untuk sampingan kepada daging tu, leh la letak brocoli ke, salad ke, ok la tu.

hahaha dah banyak membebel dah ni. aku out dulu. kalau nak tanya apa2 jangan lupa letak komen...

kesian.. ehh sekian hahahaha
Read more

11 November 2010

Ni aku nak share story sket.

0 EDITOR COMPLAINING

ni cerita yang aku nak kongsi... kes macam ni penah jadi kat aku, penah jadi kat orang lain. tapi ni aku amik dari cerita orang lain punya. hehehe so jangan tertipu tau sebab dia memang pakai banyak nama dan orang panggil ni Sindiket 

Kekawan…berhati2…benda ni memang real berlaku kat aku….

Dalam 2 minggu lepas..ada satu minah Salleh..call aku….nombor yang keluar kat HP aku “Unknown” Dia beritau nama dia Ascroft Hayley [ascroft_hayley@yahoo.com].
...So dia guna email yahoo tulah….. aku pun tak tau dia dapat no aku dari mana…dia kata dia kenal one of kawan aku yang kerja kat Kimberly Clark UK.
Dia kata nak lawat Malaysia dan kalau boleh nak aku tolong bawak dia jalan2lah tempat2 menarik kat Malaysia….

Aku yang lurus bendul ni pun berilah alamat rumah aku, dan e-mail address aku suruh dia contact aku bila plan nak ke Malaysia…
Dia pun beritau dia kerja dengan company Marathon Oil Ltd UK.
Siap dia beri alamat rumah dia dengan alamat company masa dia hantar e-mail kat aku.

Address: 80 Princes Street, Edinburgh, Midlothian EH2 2ER,UK
Ph.No: +44 7903-80-4298 / +447031874524
Passport No:306971028

Company: Marathon Oil Ltd U.K
Position: Assistant Senior Supervisor
Address:Marathon House Rubislaw Hill, Anderson Drive Aberdeen, AB15 6FZ,Scotland
Phone: +44 1224-80-3000
Fax: +44 1224-80-3190
Website: http://www.marathon.com/


Dalam minggu lepas, dia beritau dia nak hantar barang ke Malaysia pasal dia malas nak bawak banyak2 masa travel ke sini. So dia nak hantar ke alamat rumah aku guna nama aku sebagai penerima.

Kat bawah ni e-mail dia:

Dear Nizam
I managed to use the little time I got to do some shopping,I do not want to carry excess luggage when I am coming down, I have registered the items (HP laptop computer ,one wrist watch ,7 pieces of my recent pictures, and one Sony digital camera) with Interglobal-Forwarding to deliver it to you.

The parcel is safe because I registered it as a classified parcel and declared it as containing personal effects ,it will be delivered expressly by the delivery officer to your address .I will try to make a reservation of hotel online.

Below is the tracking information

http://www.interglobalexpress-forwarding.page.tl/

Click on the website or copy it and paste on your browser to track the luggage online ,make sure you enter the given "username" and "password" correctly

Username: IGFNIZAM
Password: HEDGEXXXX

The delivery officer has your contact details ,he will contact you upon arrival for delivery.

I await for your email
Regards
Ascroft

So aku tengoklah webpage tu..memang nampak real…cuba korang bukak..siap ada info tracking lagi..
So dalam 12 hb aritu..ada sorang pompuan India. Call aku beritau ada parcel dari sorang bernama Ascroff lah, so dia mintak nama penuh aku dan alamat untuk confirmkan sebelum dia deliver barang tu…

No telefon yang dia guna untuk call aku ialah 016-6001600 (Nama company dia ialah Malaysia Security Warehouse) Alamat PT 35246, BBN 3/3 Bandar Baru Nilai, N9.

So lepas aku dah beri detail ok..oklah..then lepas sejam dia call aku balik mengatakan barang tu tak boleh release sehingga kita bayar handling cost/tax…macamtulah katanya..about RM3850.

So aku pun cakap, suruh hold dulu, then aku nak contact sender tu dulu pasal nak suruh dia bayar untuk tu. Aku pun siap tanya gak barang apa yang dia hantar..terfikir gak manalah tau dadah ker? Siap pompuan tu kata bukan dadah.

So aku pun e-mail baliklah kat sender tu beritau pasal payment, lepas tu dia cakap suruh aku bayar dulu sebab kat dalam parcel dia ada 60 ribu British pound. Lepas aku receive then aku ambik baliklah duit dalam parcel tu sebagai ganti. Masa tu aku dah rasa tak kena ni. Takkanlah bodah sangat hantar duit banyak2 guna parcel.

Aku pun cuba gaklah bersangka baik, aku suruhlah dia hantar gak duit guna Moneygram atau Western Union, bila aku terima duit then aku tolong settlekan parcel dia tu.

Then sender ni kata dia kat offshore, tak dapat pergi bank, tapi dia dah contact forwarder kat mesia dan dia kata parcel boleh release dengan bayar separuh dulu.
Aku pun buat2 yea kan ajer. Then pagi tadi aku double check cari nama company tu (Malaysia Security Warehouse). Apa yang aku jumpa company tu nama dia:

Security Warehouse & Supply Sdn Bhd; 1G Jln 51/202 Seksyen 51 46050 Petaling Jaya Petaling Jaya Selangor 46050 Malaysia, Petaling Jaya 46050, Selangor
p: 603-77835742 f: 603-77835742


Aku pun cuba contact nombor tu, ada amoi jawap dan dia beritau ramai yang dah telefon dia tanya pasal parcel dan amoi tu kata ramai Melayu yang phone. So aku explainlah dan confirm aku rasa memang ada sindiket yang memang nak menipu ni.

Lepas solat Jumaat tadi, aku cubalah call no forwarder tu balik, aku buat2 tanya nak settlekan payment, dia beri no account

Maybank: 164315316875 atas nama Suki Bin Deris. Aku pun buat2 tanya soalan bodoh, nape kena buat payment atas nama individu? Bukan nama company? Terus ajer minah india tu matikan phone, maybe dia dah tau aku dah syak sesuatu….

So tolong beritau kekawan lain..kalau ada information atau modus operandi yang seakan2 macam ni…hati2……aku ingat nak jumpa kawan aku SB polis petang ni, nak suruh dia inform Bukit Aman…better dari aku buat report polis because for sure slow motion punyer….

Perh..real siut..aku pun first time terkena macam ni..kalau orang yang lurus bendul betul, tak siasat dulu, foresure maybe boleh terkena…

Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here