THE COCOON ™: Hujan, Redup, Mendung pastu Hujan di Aidil Adha
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 November 2010

Hujan, Redup, Mendung pastu Hujan di Aidil Adha

salam semua...

salam dan selamat sejahtera kepada semua yek. dah berapa hari aku tak kemaskini blog aku neh. Selalu sangat sibukkan diri dengan kerja dan masalah dan yang penting macam mana nak atasi masalah tu sambl buat kerja.
kebelakangan ni aku tengok, selalu sangat hujan, redup lak tu, kadang-kadang macam mendung, tapi skang aku tahu la, sebab Gunung Merapit kat Indonesia tu la punca jugak suasana sekitar ni macam redup je hari-hari. selalunya dalam pukul 3 atau 4 petang, matahari pon aku tak nampak lagi. suasana macam pagi je kalau sekali imbas tanpa tengok jam kat tangan atau jam kat dinding.

so macam mana dengan sambutan Hari Raya Qurban? okey? bagi aku okey la sebab sampai ke hari ni aku buat daging bakar je sebagai makan sampingan. Alhamdulillah, rezeki. buat daging bakar, daging panggang ke, so favourite korang macam mana? kadang-kadang aku mempelbagaikan la masakan daging ni. serius cakap ar, makan daging hari-hari memang bosan .. tambah lagi kalau lauk sepesen hehehe... so aku pon guna la kreativiti aku ni, masak yang best2 sket.

kalau nak makan ala-ala stik gitu kan, aku leh ajar hehehe .. hihihihi kui kui..tapi daging macam ala-ala stik ni, kena ikut citarasa korang jugak la. bagi aku lak aku lebih suka macam 80% masak je pada daging tu. bahan2 yang perlu ada cuma la Lea and Perrin Steak Sauce ke, atau HP sauce ke kan, amik la salah satu. kalau nak gabung kedua-dua sos tu pon ok gak. lepas tu, sediakan lada hitam yang di tumbuk halus ataupin serbuk lada hitam, pon boleh, serai potong halus2...garam secukup rasa, sos tiram sket. bahan2 tu semua camput pastu perapkan dengan daging. kalau bab daging lak, so korang kena la bersihkan daging tu, kalau boleh biar dapat daging yang cantik la, isi sebesar piring tu pon, cantekkkk gak. hehe dah buang suma lemak, campurkan bahan2 tu suma, perapkan daging. biar dalam setengah jam ler. tutup tau.

pas dah abis perap daging tu, kalau ada oven, microwave ke, boleh la guna benda alah tu. set dalam 150 darjah celcius, masa dalam setengah jam atau 45 minit la, tapi kalau aku, guna je kuali, senang. letak minyak sket, patu terus masukan daging.  kemudian tutup la kuali tu, bagi daging tu masak dalam 45 minit atau setengah jam. kalau guna kuali ke atau tempat bakar, so korang kena la pusing2kan daging tu bagi masak semua bahagian.

last but not least, bila daging tu dah masak, letak ler mustard. makan daging panggang tu dengan mustard. kalau untuk sampingan kepada daging tu, leh la letak brocoli ke, salad ke, ok la tu.

hahaha dah banyak membebel dah ni. aku out dulu. kalau nak tanya apa2 jangan lupa letak komen...

kesian.. ehh sekian hahahaha

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here