THE COCOON ™: Hari # 3
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

01 September 2011

Hari # 3

Selamat Hari Raya semua,

Hari ni dengan rasmi dah masuk hari ke 3 hari raya. Pada yang masih sambut tu, alhamdulillah dan ada jugak melakukan ibadat puasa 6 hari ni kan, pun bagus jugak sebab menunaikan pusat sunat ni. Hari ke 3 bagi aku dah takde feel sangat dah nak raya kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu-dulu.

Aku masih ingat lagi waktu aku kecik, dalam seminggu ni memang masa raya gini la nak cari duit banyak, sampaikan dah tak kisah g rumah sape pon yang penting dapat duit raya dan dapat buat collection yang banyak. Ada sampai satu part pegi untuk mintak duit raya je hahah.. memula je pegi, duduk makan kueh sembang-sembang, pastu takde dah sampai nak masuk rumah, terus duduk depan rumah, mintak duit raya je. Sampai macam tu sekali la.

Tapi sekarang aku tengok dah tak banyak la kot budak-budak macam tu skang. Ada yang jenis suka duduk rumah je tengok tv, layan game ke, layan internet atau sebagainya. Kemeriahan macam dulu dah takde lagi la kot kalau nak dibandingkan dengan zaman aku dulu. Budak-budak zaman dulu takde disogokkan sangat dengan benda-benda teknologi sebab zaman dulu mana nak ada benda secanggih macam ni. Yang ada cuma la permainan batu selambut, galah panjang, polis sentri, gasing, wau dan sebagainya. Sebab tu aku cakap zaman sekarang punya budak-budak mungkin takde nak rasa macam mana pengalaman dulu. Kenal kengkawan pon kat chatting ke, lama sosial ke kan pastu ada gath sana sini.

Kalau nak tengok kat tv cerita-cerita yang boleh buat kita terkenangkan zaman kanak-kanak kita tu, memang tak banyak sekarang ni. Boleh la di kira dengan jari tapi bukan tu yang aku nak cakapkan sebenarnya. Apa yang aku nak share kat sini cuma kemeriahan tu tak seberapa la kalau nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ni.

2 EDITOR COMPLAINING:

Miss Dolce and Gabbana said...

yeah..kanak2 zaman sekarang memang x reti nak celebrate raya macam kita dulu.Percaya atau tidak semakin canggih kemajuan teknologi semakin pemalas kanak-kanak alaf baru.haha

AcidFlynN Wraith said...

ye betol tu miss dolce. Bila semua serba canggih dan maju manusia akan jadi makin malas sebab semua benda dah auto. heheh nak minum masuk duit je, nak makan, masuk duit, nak drive tekan minyak je. hahaha

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here