THE COCOON ™: ::DASAR PANDANG KE TIMUR::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

11 October 2011

::DASAR PANDANG KE TIMUR::


Dasar pandang ke timur? Di umumkan oleh Tun Dr.M pada tahun 1982. Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.
Tapi yang aku tengok sekarang anak-anak muda amik dasar pandang ke timur ni bila tergila gilakan mamat korea atau jepun, belajar bercakap jepun(tak dinafikan aku belajar bahasa jepun) dan memang aku takleh cerita lagi reaksi aku bila aku tengok begitu fanatiknya kalau sebut korea atau jepun.

Kat tempat kije aku dulu... sememangnya aku bekerja dengan syarikat Jepun, boss aku Jepun dan bos aku yang Melayu pon boleh cakap Jepun. Aku takde la fanatik mana pon. Tapi sebab aku bekerja dengan orang jepun, so aku rasa memang ada kebaikan untuk kita terap nilai-nilai atau budaya kerja Jepun/Korea dalam kehidupan seharian kita.

Untuk yang pernah kerja dengan syarikat Jepun atau belajar di Jepun, kita boleh tengok budaya kerja derang tu berlainan. Budaya kerja ni kalau tak silap aku dah diserap kat Malaysia pon dalam tahun 80an jugak. Aku kat sini cuma nak berkongsi macam mana bila kita kerja dengan bangsa asing.
Setiap hari sebelum bermula kerja, memang semua kakitangan syarikat akan membuat senaman ringan di tempat kerja selama 5 minit diselitkan sekali dengan muzik dan arahan. hahahaha best. Lepas habis senaman ringan pulak akan ada sesi membaca motto syarikat dan sebagainya. Setiap sorang mesti akan baca sekali untuk setiap hari dan aku selalu mengelak kalau bab nak baca depan orang ramai sorang-sorang ni. hahahahahah tapi benda tu memang bagus sebenarnya. Cara kerja pulak memang sistematik. Tempat atau meja buat kerja tu asing dan meja untuk buat testing ke ape ke pon asing. Sebab aku kerja di bahagian perindustrian kan, so memang selalu kena pergi sana sini. Kalau orang tak tahu, mesti ingat aku ni suka berkawad atau mengular.. haha padahal kena pergi Lab, kena pergi department sana sini, pergi store, pergi kat operator suma tu. Lagi satu yang perasan kat sini, bos Jepun, jarang balik awal. Mesti balik lewat. Kalau balik awal, tandanya pemalas. Sama macam kat Jepun. Derang akan balik lewat, singgah minum2 dulu pastu baru balik rumah. Sebelum balik kerja lak, kena 5's. Budaya kerja 5's ni korang leh tanya pakcik google tu sendiri. Kemas, susun dan bersihkan tempat kerja korang atau meja kerja korang atau orang putih panggil Workstation. hahahaha Nanti bila nak datang kerja esok, takde la tempat bersepah-sepah kan?
Ha... tu la serba sedikit pengalaman aku bekerja dengan orang Jepun ni. Budaya luar ni bagus kalau kena dengan caranya. Tak salah nak belajar bahasa asing pon. Lagi bagus. Tapi kalau terlampau fanatik... aku rasa korang kena bangun dari mimpi dan cuba untuk berpijak kat bumi yang nyata ni. Sampai bila nak fanatik2 macam tu. Nak tunggu soal jawab dengan malaikat dalam kubur baru nak ingat? heheheh Terus terang aku memang benci orang fanatik gitu.hahahahaha bawak bawak la sedar ke diri.

FootNote ~ Yang jahat memang semua dari aku, yang baik itu hanya dari Allah s.w.t 

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here