THE COCOON ™: ::Malaysia's Most Haunted::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

31 October 2011

::Malaysia's Most Haunted::


Highland Tower. Pada tahun 1993, satu blok bangunan di Highland Tower telah runtuh dan menyebabkan 48 penghuni didalamnya mati. Lepas dari kejadian tu, tempat ni dikatakan berpenunggu dimana keadaan yang berhampiran hutan, mungkin mudah sangat makhluk halus nak menumpang kan?
Banglow Di Bangsar, Dikatakan jugak tempat ni ada macam-macam makhluk halus seperti jin, puntianak dan sebagainya. Selain tu juga, cerita mengenai banglow tinggal ni adalah, kisah seorang pengawal keselamatan yang membunuh kanak-kanak. Betol ke? korang ada cerita?
Kellie's Castle di Perak. Belum lagi ada cerita yang orang nampak kelibat apa-apa kat sini tapi kalau pergi waktu malam, ramai yang mengatakan ada macam-macam bunyik kat situ. Bunyi apa? bunyi yang korang kena dengar sendiri. hehehe
St. Michael’s Institution, Ipoh. Dibina pada tahun 1912 oleh orang katolik. Pernah digunakan sebagai markas tentera jepun pada perang dunia ke 2 dan dikatakan pernah menjadi tempat seksaan tahanan perang. Cerita yang popular kat sini, sami yang bersembahyang di tingkat 4... tanpa kepala.. seriously creepy. hahaha
Lebuhraya Karak. Yeah... Dulu waktu aku kecik-kecik, dengan family aku kalau balik kampung, memang akan melalui lebuhraya Karak ni. Scary wooo... dan aku ada kisah aku jugak pasal tempat ni. Karak popular sebab selalu sangat jadi eksiden kat sini. Orang mati la, Volkwagen Kuning la kan? Kalau drive malam-malam, jangan pelik lak kalau nampak benda pelik hehehe
Lady Templer Hospital, Cheras. Kelibat hantu perempuan? Dikenali sebagai Poliklinik Cheras, tempat ni adalah salah satu tempat untuk pemburu hantu mencari pasal dengan hantu-hantu. hehehe atau makhluk halus. Ada jugak hantu yang suka mencari pasal dengan pemburu hantu kat sini. Garang woo
Villa Nabila, Johor Bahru. Ni dekat dengan rumah aku skang. Sebab aku menetap kat JB kan. hahaha tempat ni la yang feymes. Kalau korang pergi Danga Bay, memang tak jauh dah tu. Tepi jalan je. Kawasan yang banyak orang kaya-kaya duduk, area sini la. Tapi mesti pelik kan. Kawasan orang kaya tapi ada jugak rumah tinggal. haa...Banyak kisah yang kita leh google pasal Villa Nabila ni. Kisah budak kena bunuh dalam ni, kisah rumah ni kena rompak dan macam-macam lagi. Tapi yang paling best, sape yang masuk dalam rumah ni, ada jugak yang sesat. Dekat subuh baru nampak jalan keluar. Lepas tu, selalu akan terjadi kita akan terbawa "kawan" yang lebih. Pergi 5 orang, tapi balik 6 orang. hahahah macam mana tu?
Aeroplane Bungalow (Rumah Mona Fendy), Behind Leisure Point, Cheras. Sebut je Mona Fendy, terus tak payah cerita takpe kan? Semua dah tahu pasal Mona Fendy, yang jugak dulu seorang penyanyi, penah masuk muzik-muzik. Kes pembunuhan paling kejam. Dekat penjara pon, tempat dia ditahan tu macam-macam jadi, inikan pulak rumah dia. hahah, Kes yang terkenal di era 90'an kan? Seorang bomoh dan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Dihukum mati pada tahun 2001 atas kesalahan membunuh ahli politik  Mazlan Idris pada tahun 1993. Pada hari hukuman matinya, dia berkata "aku tidak akan mati". Agaknya rumah dia ni berhantu sebab ilmu hitam yang diamalkannya. HUH? creeeeeepy huh? damn...atau dia mmg tak mati? hahahah

Itulah serba sedikit pasal tempat-tempat puaka dan berhantu kat Malaysia ni. AKu yang menaip ni pon meremang-remang bulu ketiak. hehehehe... Apa kata suruh bebudak yang sambut Halloween ni pergi buat Treat Or Trick kat tempat berhantu ni. For sure akan dapat punya kan heheh

FootNote ~ Baca kusyuk sangat sampai diri sendiri pon leh meremang.. gilaaaaa arrhhhh


4 EDITOR COMPLAINING:

I`mulan said...

biasa dengar pasal Banglo berhantu di Bangsar... dan pernah lalu kat situ...
Mulan

AcidFlynN Wraith said...

heheeh wat best tu. tiap2 tempat kita duduk, mesti ada tempat yg scary gitu kan. tak payah tengok seekers dah. hehe ajak kawan2 pegi cuba heheh

Nava.K said...

I knew on karak as I had relatives who passed away while driving on this highways.

Nice sharing for a change on haunting with the local content and enjoyed reading each one of it.

AcidFlynN Wraith said...

Karak, the only haunted place when u got a long journey distance and have to by pass the Karak Highway. I have my own story there. by the way.. thanks for the comment. heheh

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here