Semenjak dua menjak ni, kalau korang tengok bola, mesti korang ada perasan menantang apa yang ada pada jersi derang semua ni. Aku pon ada jugak mencari-cari sebab sebelum ni memang tak perasan pasal tu. Tetiba semua jersi ada. Pada pendapat aku, mesti derang ni tengah support cause apa-apa kot. Kalau korang nak tahu bunga pada gamba di atas dan pada jersi ni adalah bunga poppy. Bukan flop poppy. heheh
Jadi kat sini terjawab sudah persoalan aku, kenapa bila aku tengok Premier League, semua jersi team bolasepak ada benda ni tak terkecuali dengan pengurus dan jurulatihnya sekali. Kalau tak silap aku, ada 3 pasukan bolasepak yang tak support benda ni. Tapi aku dah tak ingat pulak. Ada sebab derang tak sokong dan ada sebab derang sokong. Bukan aku nak menjadikan benda ni satu ikutan tapi mengenali budaya orang lain bagi aku adalah untuk menambah ilmu pengetahuan kita supaya otak kita berkembang. Jangan duduk bawah tempurung je. Pikir diluar kawasan kotak penalti sikit. Bukan tak boleh kan? Ini tidak, sikit-sikit semua nak konspirasi itu la, ini la. Duk pikir teruk-teruk pon, amal ibadat kita tu dah setakat mana ntah. Tak amik tahu ke? hahahaha aku dah mula nak melalut.
Lagi satu, ada sesetengah kelab bolasepak jugak menganjurkan bid yang tertinggi untuk baju yang di pakai sempena Poppies Days ni dan duit yang derang dapat, derang akan sumbangkan pada kebajikan. Kira macam baju Limited Edition la ni kan. Pastu selain dari bolasepak, ada jugak sukan-sukan lain yang amik bahagian dalam menyampaikan hari Poppies Days ni. Apapon.. sekadar infomasi yang aku nak kongsi dengan kengkawan. Harap sudi follow dan komen. Terima Kasih.
FootNote ~ Kalau kat Malaysia, kitaorang panggil Hari Pahlawan. Ingat tuuuuu!