THE COCOON ™: ::Pakcik Menang MOTO::eqbalzack.com::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

01 November 2011

::Pakcik Menang MOTO::eqbalzack.com::

Alhamdulillah... akhirnya. Memang aku tak sangka boleh menang. Sebelum ni aku duk blogging ikut suka ati je, bila dah ketandusan idea, aku cuba untuk masuk contest. Bukan niat untuk menang tapi sekadar nak kembangkan otak dalam mencari idea yang baru. Bagi aku, ini adalah contest pertama yang aku masuk dan memang tak sangka jugak berpeluang menang.(aku ada mimpi yg aku menang contest umarfaruq hahahaha)

Terkejut jugak bila author eqbalzack.com text bagitahu yang aku adalah salah seorang pemenang. Tapi aku tak sangka pulak menang di tempat pertama. Gemuruh? Memang gemuruh sebab hasil tulisan dan pendapat aku yang tak seberapa ni menarik minat juri dan ni jugak telah menaikkan semangat aku untuk lebih berkarya. Cuba untuk memberi kelainan. RARE is special, and it's not about being freak to the eye of beholder. Yang penting, kena percaya pada diri. Memang kalah menang adat bertanding tapi niat aku cuma untuk menguji kemampuan diri aku sendiri. Tahniah jugak buat peserta yang lain. Entry derang pon memang bagus semua. Jom tengok kat SINI

Kesimpulan dari hasil tulisan aku sendiri, aku bukan nak jadi blogger kaya atau blogger yang ada income masuk setiap bulan, aku cuma nak menjadi seorang penulis yang berada didalam jalan aku sendiri dan didalam dunia aku sendiri. Sebab itulah aku namakan THE COCOON. Penulisan didalam kepompong aku sendiri tanpa duduk dibawah tempurung, tanpa ada anasir-anasir yang tak elok dan sebagainya. Tak mencari SEO, tak mencari aku follow kau, kau follow aku dan takde amik port pon blogger tu famous macam mana pon. Kalau nak jadikan blogging sebagai kerjaya, buat la blog ni macam tempat kerja kita. Our own WorkStation. Ni tempat aku beriadah, bukan tempat bekerja. hahahaha jadi penulisan pon gaya santai.

Akhir sekali, terima kasih kepada Author eqbalzack.com sebab menganjurkan contest yang agak lain dari yang lain, dan terima kasih untuk kemenangan ni. Kalau tak banyak blogger dalam Malaysia ni, mungkin aku pon tak tahu macam mana nak cerita dari sudut pandangan aku terhadap dunia blog di Malaysia. Insya allah kalau takde aral melintang, nak mencuba jugak contest yang kedua.

FootNote ~ Nama Pena = Wan AdLiE. hahahahha kan semua penulis ada nama pena sendiri kan. hehe

4 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

wan adlie rupanya nama pena. hehe. congrats!

i'm a poor blogger. haha. being rich by writing a blog is definitely a fiction for me.

AcidFlynN Wraith said...

heheh sekadar nama je. hihih thanks. sape lah saya nak menilai blog orang lain. Blog dan penulisan sy ni pon ntah apa2 je hehehe

Miss Dolce and Gabbana said...

English kau power bro.Kalau aku buat pun belum tentu orang nak baca.Plus in English.Buat dalam Malay ada kemungkinan Jadi essay sekolah Menengah.Terserlah keskemaan nanti.haha

AcidFlynN Wraith said...

Miss Dolce : Ahh kau, puji lebih2 ni. English aku macam tu tapi speaking tunggang langgang kot. hahahaa

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here