THE COCOON ™: ::Kopi O::Ubi Kayu::Pulut::Ikan Masin::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

18 November 2011

::Kopi O::Ubi Kayu::Pulut::Ikan Masin::


Kalau di kampung dulu, waktu aku kecik-kecik, asal datang je musim tengkujuh, hujan sepanjang hari, sejuk je memanjang kan, memang ini la yang dicari selain dari megi panas yang direndam selain dari tumis. Kopi O panas dengan Ubi Kayu yang akan dimakan bersama kelapa parut + gula. Memang sedap sangat dah waktu tu. Dah macam takde benda lain lagi yang lebih nikmat waktu hujan kecuali makanan waktu zaman darurat penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Kalau makan macam tu sekarang, mesti aku teringat kat arwah atok n nenek hehe. Dengan kedudukan rumah dekat dengan pantai, selalu sangat kena banjir, main dan mandi air hujan, memang terbaiklah la kan zaman kanak-kanak macam tu. Makan sambil menikmati bunyik hujan menimpa di atas zink rumah.


Ada yang suka makan dengan sambal ikan bilis dan ada gak yang suka makan dengan kelapa parut. (bukan KEPALA tau hehe jangan marah.. gurau je). Disebabkan oleh keadaan cuaca musim hujan dan tengkujuh yang membawa angin yang kuat dan sejuk maka kita akan mencari makanan atau minuman yang panas-panas untuk dimakan. Takkan hujan gini nak minum atau makan makanan sejuk kan? haha mengigil tau dan cara penyediaannya juga ringkas. Cuma kena rebus ubi kayu tu, dan sediakan sambal kalau nak wat kije lebih sikit. Kalau taknak wat kije lebih sikit, cari je kelapa parut kat kedah, (nak yang putih je, xnak yang campur dengan kerak) pastu gaulkan dengan gula, taadaaaa pa pa paaa... i'm loving it. Dah siap. terus boleh makan begitu saja.

Lagi satu selain ubi kayu dan kelapa parut, ada lagi ni. Yang ni pon makanan pilihan terbaik yang boleh kita pilih kalau nak makan waktu musim dingin ke, musim hujan je atau musim tengkujuh. Ini diberi nama Pulut dan Ikan Masin/ Kelapa. Haaa.. haha terliur dah tuu terliur.. tahu dah.. memang dah rasa dah kat sini. Tengok je terliur kan. Kesan sampingan (orang kata) Kalau makan pulut ni, boleh mengantok. Ha! kat situ la motif sebenar kita. Makan pulut nak bagi mengantok. Hujan yang sejuk, lebat segala bagai ni kan kalau disertakan dengan pulut, memang rasa mengantok yang amat dah, pastu nanti lepak-lepak sampai tertido la hahahah. Tapi sedap! Nak buat pulut manis pon boleh, buat pulut tawar pon boleh tapi penulis (AKU LA) syorkan disini, makan la dengan pulut tawar. Baru kena dengan rasa masin ikan tu. Ngam dan terbaik. 

Apa la.. takkan tengok je? Jom la kita terus pegi buat. Memadangkan keadaan di Johor Bahru ni dah hujan, memang yang tu je rasa macam nak mencari-cari. Nak cari ubi... nak cari ubi... nak cari ubi.. nak cari ubi...heheh Sedap kan. Selamat hari Jumaat kepada semua. Yahoo esok tak kerja. hehhahahahhihihih

FootNote ~ Baru lepas makan Ubi Kayu cecah gula beserta air Kopi O kawww.. terbaik lah.

5 EDITOR COMPLAINING:

nadeafu chan said...

makan ubi rebus cicah dengan sambal tumis memang superb!

Pen MErah said...

aaaaaa laparnyaaa

AciDFlynNWraitH said...

Nadeafu : suka dgn sambal tumis eh? hehehe pon sedap gak tu

Akak Pen MErah: sedap tapi jarang2 di makan gitu. hahah

rozeeta rashid said...

ubi kayu dengan kelapa and gula sedap! pulut ikan masin tak pernah makan la pulak.

AciDFlynNWraitH said...

tak pernah makan pulut dengan ikan masin? haa ni yang nak kena cuba ni. sedap tau.

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here