THE COCOON ™: Hujan dan Hujan
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

26 December 2011

Hujan dan Hujan

Dalam seminggu ni memang kawasan Johor Bahru sentiasa hujan. Jarang nak nampak matahari. Kalau dah tiap-tiap hari redup, tido memang best apatah lagi nak bangun tido ke nak pergi kerja ke kan. Terasa liat sesangat. Air paip yang suam-suam kopi setiap pagi tu dah rasa macam Air Batu Campur je. Tengah hari lagi la nampak kesannya. Selalu kalau bukak paip air waktu tengah hari, memang kompom air tu panas macam lepas jerang. Tapi skang ni sejuk gak, Pagi ke petang ke petang ke waima tengah malam sekali pon. Kalau tak kena gaya hari cuti pon leh tak mandi satu hari hahaha korang la. Bukan aku.



Kat kawasan tempat tinggal aku ni takde la sangat pasal air naik ke, banjir ke ape sebab kawasan tempat tinggi. So banjir tu takde la dalam kamus tempat aku ni tapi kalau kat kampung aku, semestinya di musim tengkujuh dan purata hujan sepanjang hari ni sah akan naik air dan akan banjir. Kecik-kecik je main air hujan dengan banjir. Skang tak lagi dah. Kalau skang, hujan aku rela lagi tarik selimut duduk dalam bilik. Takmo la kena hujan lagi kan.

Apa pon musim hujan macam ni kena la selalu berhati-hati. Yang bawak kereta pon kena la awas sikit. Mana la tahu tak nampak moto time hujan-hujan lebat ni. Brek lak takkan mencengkam la kalau jalan licin. Hati-hati. Yang bawak motor pon sama gak. Kalau rasa hujan lebat tu, berenti la kat mana-mana dulu. Hujan lebat ni kalau pakai visor sekali pon kan, helmet fullface pon, kalau dah lebat memang sah takkan nampak jalan kat depan tu. Jarak pandangan yang kabur. Part tu hati-hati. Kalau lebat, berhenti. Kalau dah rintik-rintik je, boleh la teruskan perjalanan yek.

FootNote ~ Hujan rahmat di musim hujan dan musim tengkujuh

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here