THE COCOON ™: Kisah Amalina Si Bijak Che Bakri DULU
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

03 January 2012

Kisah Amalina Si Bijak Che Bakri DULU

Nur Amalina lanjut pengajian A-Level di United Kingdom


KUALA LUMPUR: Duta Akademik Berita Harian, Nur Amalina Che Bakri, 17, (gambar) akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom, September ini.

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 yang mencatat keputusan 17A1 itu, akan ke sana awal bulan depan untuk menjalani temuduga kemasukan di beberapa institusi terbaik yang dikenal pasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Nur Amalina berkata antara institusi itu ialah Oxford High School dan Perse School For Girls di Cambridge.

Perkara itu diuruskan Kementerian Pengajian Tinggi, manakala kos pengajian program A-Level selama dua tahun sehingga peringkat ijazah, dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Nur Amalina sendiri berhasrat memasuki Universiti Cambridge selepas menamatkan program A-Level dan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan sehingga peringkat ijazah lanjutan.

Ditanya mengapa Universiti Cambridge menjadi pilihannya, beliau yang bercita-cita menjadi pakar sakit puan berkata:

“Saya mengambil kira aspek penting seperti persekitaran institusi itu, suasana pembelajaran dan rekod pencapaiannya.”

Beliau mengakui tidak sabar untuk mengikuti program A-Level di United Kingdom yang disifatkannya sebagai peluang keemasan untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangannya.

Sehubungan itu, beliau berazam berusaha bersungguh-sungguh sekali gus melayakkannya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Cambridge.

“Semangat saya berkobar-kobar untuk memulakan pengajian kerana sudah lama meninggalkan sekolah. Saya sedang membuat persediaan rapi supaya tidak mengalami kejutan budaya apabila memulakan pengajian di United Kingdom nanti.

“Persediaan mental amat penting kerana cabaran yang akan dihadapi berbeza ketika di sekolah dulu, termasuk dari segi cara pembelajaran dan kekangan bahasa.

“Antara langkah diambil ialah membuat kajian dengan mendapatkan maklumat mengenainya menerusi internet dan buku,” katanya yang pernah mengikuti program pertukaran pelajar Malaysia-Itali dan mempunyai kenalan melalui internet di United Kingdom.

Difahamkan, British Council juga akan menaja Nur Amalina untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris selama dua minggu bulan depan, sebagai persediaan berkenaan.



***********

Amalina dapat 5A A-Level, Pelajar Tunggal Dapat Merit Subjek Tambahan!

JOHOR BAHRU: Nur Amalina Che Bakri (gambar) yang mencatat sejarah mendapat 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire, United Kingdom.

Nur Amalina, 20, pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi. Beliau juga muncul pelajar tunggal mendapat merit bagi subjek tambahan, Kimia Tambahan, sekali gus menerima Anugerah Kecemerlangan Bank Negara pada Selasa lalu.

Beliau adalah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A dalam peperiksaan berkenaan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru itu juga diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di The University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains selama enam tahun bermula pertengahan bulan ini.

Nur Amalina yang kini bercuti dua bulan, ketika ditemui di sini, semalam, berkata beliau perlu mendaftar di universiti itu Sabtu ini bagi menjalani minggu orientasi sebelum kelas bermula pada 16 September.

“Sebelum ini, saya memohon empat universiti, iaitu Universiti Cambridge serta Imperial College, London, University Bristol dan The University of Edinburgh. Daripada empat permohonan itu, saya menerima surat tawaran daripada Universiti Bristol pada Februari, diikuti Universiti Imperial dan terakhir The University of Edinburgh pada 18 Mac lalu.

FootNote ~ Best kan waktu tu bila orang cakap dia orang bijak lulus suma, semua subjek dia nak bolot.

2 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

otak geliga sungguh. macam sponge. semua dia serap.

AcidFlynN WratiH said...

bijak tapi sayang kan hahahah

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here