THE COCOON ™: Walkman, Pressman, Watchman, Scoopman, Discman & Talkman
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

11 January 2012

Walkman, Pressman, Watchman, Scoopman, Discman & Talkman



Bila tengok menatang alah ni, mesti teringat kan kan? Zaman aku dengar walkman versi tape ni kalau tak silap waktu sekolah menengah di tingkatan 1 atau 2 gitu. Ishh kalau dulu sape ada walkman ni dah kira best sangat dah... macam Ipad, Ipod gitu pada zaman skang. Berubahan demi perubahan gitu. Benda ni aku ingat waktu aku belajar kat sekolah berasrama dulu. Malam-malam nak tido, dengar benda ni tapi bukan aku la yang dengar. Budak lain. hahah jakun dah waktu tu.
Kalau versi ni yang aku paling suka sebab kompak. Saiz walkman ni besar sikit je dari tape yang biasa tu pastu tak tebal macam walkman yang lain dan lagi satu siap ada remote control kat earphone. Aku tengok.. terus jakun 100 kali. Kalau yang jenis ni memang mahal sikit dari yang biasa sebab ada macam-macam fungsi. tu dulu punya citer la , tahun 90 an punya. Kalau ada pon skang maybe dah anggap macam antik dah kot. hehhe
Lepas abis zaman suka Walkman, keluar pulak Disc-man. Yang ni pon best gak sebab kalau nak dibandingkan antara cd dan kaset, kapasiti cd tu lagi besar. Leh tak macam-macam lagu. Tapi aku tak ingat lak Disc-man ni leh letak cd RW ke tak dan kekurangan kat sini cuma saiz tu besar yang amat sangat. Sebesar tapak tangan. Takkan nak sarung kat poket lak kan? ahhah takde la orang yang dengar pon sama ada letak dalam beg atau sangkut kat pinggang dan disitu jugak la gunanya remote control tu. Apa -apa info tengok je kat info lcd tu.


Bila zaman dah berubah dan semakin maju, benda pon jadi semakin kecik dan nipis. Antara dua ni, aku ada salah satu la. Bukan apa, dari duk dengar kat hp, cepat je bateri abis. Lebih baik aku dengar guna Walkman macma ni. Bateri hp pon tak kacau kan? Bagi Sony, tak kisah la bentuk macam mana pon, trade name sony ni memang Walkman. Dia tak panggil Mp3 player ke ape. hahah tu pasal ada simbol W. The names "Walkman", "Pressman", "Watchman", "Scoopman", "Discman", and "Talkman" are trademarks of Sony.


FootNote ~ Bila duk rehat atau santai sambil dengar lagu, terus aku leh flashback ke zaman aku dulu. Skang dah besar ibu jari je. Kalau dulu sebesar tapak tangan. Kadang-kadang masa yang berlalu dengan cepat ni wat kita tak sedar. Tahu-tahu je dah terus ada macam tu.

4 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

masa sekolah dulu guna discman dengar lagu m2m, linkin park. hehe.

AcidFlynN WratiH said...

wahh eta.. so cool kan hehehe

Hanif Bloglist Blog said...

Teringat zaman walkman..merajuk tak dapat beli walkman dulu. kalau ada punya ler bangga..heheh

AcidFlynN WratiH said...

ye betol tu hanif. memang dulu best sangat suda hahah

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here