THE COCOON ™: Dengan menggunakan jari sahaja
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 May 2008

Dengan menggunakan jari sahaja

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin...Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak...

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah
sebab tak tahan...tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut
tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan... Satu hari si bini yang
dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut
bukan sahaja angin yang keluar...semua isi perut awak pun akan keluar sama,
masa tu baru padan muka awak...", si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba...keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam
banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru... maka timbullah idea
si bini nak pek! ena laki dia...Masa laki dia tengah seronok tido dia telah
longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu
dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya.. .

Dipendekkan cerita...maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia
melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk
baunya....si bini tunggu dengan penuh khusyuk...Dari dalam bilik tido
terdengar suara laki dia terjerit sakan, histeria gitu...sibini
tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa...20 minit pastu si laki pun
kedapur untuk sarapan...si bini pun buat donno dan control macho..."masin
betullah mulut awak...habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap
hari tue"....Kata laki dia bersungguh-sungguh. .. "Habis tue abang buat
macam mana?" tanya si bini sambil control suara dan perut yang nak pecah
sebab nak ketawa..."nasib baik abang tak panic...abang
terus ke bilik air, dan sekarang dah settle..."
"abang buat macam mana?" Tanya si bini agak suspend.
"Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi...tak payah susah2
pegi hospital untuk operation"...
Si bini terdiam kaku...

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here