THE COCOON ™: Bahaya Seks Rambang
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 November 2008

Bahaya Seks Rambang



SETIAP perkara dilakukan akan memberi kesan kepada kehidupan harian kita. Sehubungan itu, berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara itu adalah jalan terbaik bagi menghindari daripada menyesal di kemudian hari.

Seks bebas adalah perkara yang wajib serta perlu dielakkan. Agama melarang keras perbuatan ini kerana kesannya yang jelas memudaratkan mengikut perspektif perubatan.


Saya menerima banyak persoalan daripada lelaki yang melakukan seks rambang mengenai kesan dihadapi mereka.

Hakikatnya ialah gejala atau kesan daripada hubungan seks rambang sukar hendak diduga, terutama jika hubungan itu pun tidak dirancang.

Kajian menunjukkan yang hubungan seks mudah berlaku apabila lelaki dan wanita berada dalam keadaan berdua-duaan dan ketika itu mereka tidak terfikir apa juga kesan daripada tindakan yang mereka bakal lakukan.

Kebanyakan mereka melakukan perbuatan berkenaan dengan orang yang mereka kenali dan biasanya tidak terlintas dalam minda mereka yang si dia itu mungkin membawa jangkitan.

Bagi lelaki yang mengalami kesakitan di anggota sulit dan ada pengeluaran lendir seperti air mazi daripada salur kencing semua ini berlaku setelah melakukan persetubuhan, anda berkemungkinan dihidapi penyakit kelamin.

Jika anda tidak menggunakan kondom, kondom digunakan bocor, terlucut atau koyak, ada kemungkinan anda terkena jangkitan. Jika cecair kekuningan keluar dalam masa 24 jam selepas melakukan hubungan seks, kemungkinan anda terkena jangkitan Gonorhea.

Bagaimanapun, jika lendir yang keluar itu berlaku beberapa minggu kemudian dan ia keluar sedikit atau hanya kelihatan tanda di dalam seluar dalam, kemungkinan ia jangkitan kuman Virus Chlamydia.

Sekiranya menghidap jangkitan itu, ada kemungkinan ia boleh merebak ke buah zakar dan mengakibatkan keradangan buah zakar. Jika ia merebak ke pundi prostat, keradangan prostat boleh berlaku.

Saya ingin mengingatkan yang andainya jangkitan dan virus itu disebarkan kepada wanita lain, kemungkinan besar wanita malang itu boleh mandul, yakni tidak boleh menghasilkan zuriat.

Pada masa sama, lelaki berkenaan juga berkemungkinan mandul jika jangkitan itu mengakibatkan salur spermanya tersumbat.

Sehubungan itu, kepada mereka yang terlanjur dan mengesyaki terkena jangkitan, jumpa doktor dengan segera. Ujian darah akan mengesahkan jangkitan dan penyakit ini ada rawatannya.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    1 month ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    9 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    12 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    12 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here