THE COCOON ™: 05/01/2010 - 06/01/2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

31 May 2010

Kerja yang tak memberangsangkan

0 EDITOR COMPLAINING
salam all.

hari ni kerja aku takde sangat yang nak memberangsangkan sangat la. masuk kerja hari ni pukul 3, tapi aku gerak awal sket dari rumah sebab tengah hari tadi hujan panas. hujan yang tak brape lebat. nasib baik la hujan tak lama, dapat la aku membonceng scoot aku yang hidup segan mati tak mau mau da. pastu macam biasa 2.45 dah kena briefing. kendian sambung la kija touch up pe yang patut sebab area manager dah datang, omputih la.. hehehe tom and frank kot kalau tak silap aku.

pas abis je briefing, aku terus la mula tugasan mengemas. hahaha pe lagi, cari baldi dengan kain pastu gosok la sampai ceroh hahaha, kemas top shelf la, cuci-cuci bagi bersih pastu bagi serba sedikit kerja pada promoter. tunggang terbalik terlingkup abis suma, aku rehat pukul 6. lalalala

dalam duk rehat sembang-sembang dengan kenkawan neh , terkeluar la cerita , ada staff baru ni tiga orang satu department . kesian pulak aku tengok member aku ni. mesti abis la department dia kalau staff lama cuma ada 2 orang ,pastu nak cover department lagi. tu belom ada yang offday lak kan.

sebenarnya kan...leadership ni bukan dari pangkat, tapi dari sikap kita sendiri la. betol la aku cakap, berbanding duk mengarah ngarah orang, ish.. tatau ar nak cakap, kalau boleh aku pon tak suka kena arah tapi cukup la sekadar bagitahu task tu kan. kalau task banyak-banyak, takleh wat pon, tak guna gak kan. kena tahu la bagikan tugas. bukan melambakkan tugas pada sorang je kan.if kita rasa boleh buat kerja tu sendiri, kita selesaikan dulu. kalau perlu siapkan 2 tugak tu dalam satu masa, bahagikan tugasan tu. rasanya lebih mudah macam tu. pastu cuba dengar penjelasan la kan kalau kita tak puas ati dalam sesuatu benda tu. tak perlu la nak cakap dengan semua orang.

pengalaman dalam satu bidang dengan pengalaman dalam pelbagai bidang dalam tempoh yang lama aku rasa dua perkara yang berbeza. tak sama. kalau satu bidang, cuma kita tahu yang tu je, kalau pelbagai bidang ni, rasanya lagi banyak pengalaman. jangan rasa kita tu dah tinggi dari orang lain, kalau boleh cuba belajar dari orang yang lama kerja ke kan. tak salah pon. tapi kena ingat jugak, boss akan jaga kredibiliti dia sendiri. kalau kita nampak bos ada buat benda yang salah atau tak kena, ada cara untuk tegur, tapi bukan terus tegur, kena la cakap seolah2 kita memberi pendapat. kan kan, pendapat tu lagi bagus dari kita cakap bos kita salah la itu la ini la. ni pon aku dapat dari ayah aku sendiri la. dia la yg banyak gak yang ajar aku selok belok ni. kekeke

ntah mende la aku membebel hahaha sebenarnya aku nak cerita pasal tak puas ati je tapi dah melalut benda lain pulak. suka ati, senang ati.. yang penting kita hepiii... (hepiiiii...hepi.....)for someone... kalau jadi bos kena baik.. jangan kedekut bagi gaji naikkk. hahahah bagi increment tu best-best la sket. baru la semangat kuli-kuli macam aku ni nak wat kije... hahahahahha

adiosseyyyyy
Read more

29 May 2010

mood kije yang tak bley blah

0 EDITOR COMPLAINING
               huh.. masuk je terus tak bleh blah tol. tak tahu la camne aku nak citer ke nak cakap ke. cara kerja aku pon dah kena kritik. kata kije berpasukan. tapi ampes. dah tahu aku banyak kije, tak sempat nak handle, kot-kot la nak hulurkan tangan, meringankan beban. bukan aku tak tahu nak bahagikan kerja tapi orang lain pon bz dengan kerja derang. kalau dah nampak ada yang tak sibuk, pegi la suruh. sape yang jadi bos skang ni? aku kew?

 satu kapal tapi ada 2 org kapten.. adoiii aku laaa yang tersepit kat celah-celah ni. dah nak wat macam mana.. kuli batak la katakan. ikutkan hati aku ni memang rasa macam nak berenti kerja terus. stress tensoin, suma ada.
damn damn  laaa
Read more

28 May 2010

12.34 AM paid time.. hahahha

0 EDITOR COMPLAINING
Salam all... to me to my blog and to whom that may concern...

letih pon ada, penat pon ada... kije ntah pe pe je neh...dah brape hari rasanya aku tak update blog ni. sedar tak sedar, dah lama gak la usia blog aku ni. kalau tak silap ni blog yang kedua aku kot selepas blog pertama tu dah jadi cam hampeh. 2-3 kali jugak la aku tuka url blog ni ikut kesesuaian aku sendiri.

kepala aku ni tengah runsing gak sebenarnya. dapat sms dari bos haku. ada  meeting lak sok dgn the big bos in da house pulakk. tapi memang lain macam je aku rasa. aku sorg jumpa dengan bos-bos lak. adoiii .. memang runsing sampai aku takde mood lak nak tido.

hahaha ntah la. nasib baik la aku kije petang. orang lains seronok cuti, aku la lintang pukang kije. hahahha dah kuli la katakan.
Read more

19 May 2010

Sleeping all day

0 EDITOR COMPLAINING
Salam to all,

Hari ni takde mende sangat aku buat. Balik kija pukul 6 pagi tadi. ada StockTake kat Pulai Utama. Aku tengok tempat derang memang messy giler la. huhuuh bukan nak cakap kat tempat aku ok kan. hehehe tapi serius memang macam tu kot. so agak kelam kabut gak ler. hehehe tapi bab aku yang nak kena suruh-suruh ni memang aku malas sket. dah ler datang tempat derang sebagai helper. boleh lak kena suruh-suruh. uishhhh tak suka tak suka.

untuk cover sampai ke pagi kije ni memang aku tak brape cukup la tido siang hari. so bila berjaga sampai ke pagi ni dalam pukul 4 lebih aku dah ngatok gila. heheheh tak bleh nak tahan mata aku ni. sok aku kija petang lak, malam ni dapat la berjaga lebih skit. dengan keadaan kija skang wat aku jarang dah nak online. kalau nak on pon mesti time malam sket.

baru je lepas format pc ni. tak tahu la mcm mana nanti. harap-harap ok la. dah brape kali la pc aku ni asyik rosak-rosak... macam nak hempuk kat dinding je . hahahahaha

actually bukan aku dalam mood yang hepi sangat skang ni. macam-macam input masuk dalam kepala otak aku ni. mood yang entah apa-apa je aku skang. ntah. terus aku takde mood nak menaip.
Read more

16 May 2010

Id aku hilang

0 EDITOR COMPLAINING
huhuhuhuhuh
 berkawat kaki aku tadi kat selling floor duk tercari-cari id aku. adesss macam mana la boleh tercicir id aku lak ni. kepala tension pening duk pikir. dah la isnin ni aku nak kena g Pulai lak. ada stocktake. id lak dah ilang takkan nak sangkut temporary staff kot? walalalallalala

 Yang sebelum ni tak pernah-pernah nak cicir tetiba hari ni lak boleh tercicir. abis semua orang aku tanya kalau-kalau ada nampak id aku. rasanya jangan la hilang. mintak-mintak esok aku jumpa la balik id aku tu. kang nanti tak pasal-pasal kena bayar rm10 dah terbang duit saku aku tu. gaji lambat lagi ni takkan nak terbang lak duit aku ni. hahahahhaa

pepon aku doakan semoga id aku di temui. walaupun benda ni nampak kecik tapi sebab tu tanda kita pekerja kat situ, kena la hargai harta benda kita walaupun benda tu kecik tapi nilai tu diri sendiri la tahu. tak dapat di nilai. hahahahhaha
Read more

09 May 2010

Harga diri semurah handphone E71

0 EDITOR COMPLAINING
salam to all of you eh.. hahahaa

korang baca tajuk tu pon dah pelik kan? yang aku menaip pasal ni lagi la pelik sangat pasal pe? pasal aku tak sangka lak ada manusia hamba allah ni sanggup letak kat status YM dia tu kalau beli hp E71 kat dia maka dia akan sayang korang selamanya.. hahaha murah murahh.. murah sangat harga diri tu kalau dah letak macam tu.

gini je la kan... manusia ni ada akal. boleh pikir dengan logik dek akal fikiran yang tuhan bagi tu. ada ke korang nak letak status kat YM korang tu suka-suka kalau memang dah ada niat kat hati harap-harap dapat la handphone free? logik/? nak sangat hp eh? hahahha tak tahu la aku tetiba aku rasa pelik dengan kelakar sangat sampai aku gelar kat minah tu WEIRDO la, terus marah aku dan add aku kat ingore list. hahaha memang kelakar sangat. manusia yang memang tak boleh kena tegur. aku nak tegur ikut suka ati aku la sebab aku punya jari, aku punya keyboard dan aku punya internet laaaaa aku bayar. hahahha

sebab ni la aku tergerak nak update kat sini. mana la tahu kalau minah tu ada baca ke tulisan aku. nick farra farra eh.. hahaha ingat tu. cun tu memang cun., perasan cun. tahu nak mintak benda free macam nak gadai bodi. rimas perut la aku dengan orang macam tu. harap-harap cepat la sedar diri eh.. keh keh keh keh...aku ok je dia lak tak pasal-pasal nak hangin.

pegi mampos la kalau asyik nak kena puji sampai ke langit sekali pon kan kan.. biar la niat tu berpada-pada sket cik kak oi... aku ni dah macam bergossip. hahha bukan bergossip tapi cuma luahkan pe yang terbuku di hati dengan karenah karenah manusia yang bermacam-macam ragam tapi aku tak cakap aku ni sempurna mana. sekadar belajar daripada tingkahlaku manusia je sebab aku pon manusia yang masih banyak lagi aku belajar untuk memahami sesama manusia.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here