THE COCOON ™: pehal pulak
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

01 July 2010

pehal pulak

salam....

hari ni aku ingat best la kije, tapi petang tadi terus jadi tak best pulak. time aku nak g rehat, boss aku call, cakap nak jumpa. adoii.. tak pernah-pernah la dia call aku. memang tak pernah. kalau call pon ajak aku main badminton 2-3 bulan lepas la. dalam kepala otak aku ni aku dah pikir yang bukan bukan la. macam-macam aku pikir dan nasib baik jugak selera makan aku tak kurang. kalau tak memang hampeh la. aku ni kalau dah runsing, nak makan pon terus jadi tak berselera. tapi aku cuba la pikir benda yang positive sket.

lepas je rehat, terus aku gerak pegi cari boss aku kat opis. aku ingatkan nak naik gaji ke pangkat, tapi hampes.... hampess sangat sangat sebab, apa yang aku dengar dan dapat dari pe yang boss aku cakap, serupa sangat macam dengan boss department aku cakap. sebijik la pe yang terkeluar dari mulut dia tu. adoiiiiii betol cakap, memang aku frust la. ni mesti boss department aku tu mengadu ke pe.. tak pon dua-dua orang tu memang mengadu.  serius la cakap, kalau melayu sama melayu ni, memang suka sangat nak bagi jatuh. susah ke nak terima kebenaran kalau benda yang aku cakap dan melawan tu benda betol? kalau aku rasa benda tu tak betol, takkan aku suka suki ati je nak menjawab lak kan. at least terima la pe yang aku cakap. ingat aku kije ni nak kelentong orang ke? bukan first time la aku kije retail macam ni.
lepas jumpe je boss aku tu, aku kuar la dengan perasaan yang kecewa yang teramat sangat. tak sangka la ada lagi mentaliti orang melayau yang berpikiran macam tu. walaupun aku ni tua dari korang berdua, tapi aku tetap la ada rasa hormat sebagai orang atasan aku. tapi bila korang wat macam ni, mengadu.. kipas sana sini.. huhuhuh memang aku tak bley blah. perasaan aku nak resign tu makin kuat. sumpah, kalau aku berenti, memang aku taknak cari dah kija yang macam ni. memang taknak dah masuk dalam retail ni.

nasib baik gak ada kengkawan yang memahami, tempat aku nak luahkan pe yang aku rasa. ko skandal sana sini ke, ko tak suka orang terus buang ke, aku tahu. tapi aku duk diam je. watpe nak kepoh... tapi aku tahu. kalau ko baca ke pe kan, ada aku kisah la. blog aku, aku punya suka nak cakap pe. kat sana, ko boss tapi kat sini, just nobody la kan. serius aku memang kena cari kerja lain.

ada kawan aku jugak offer aku kije technician kat kilang ni, tapi aku tengah pikir sedalam dalamnya. aku suka kerja skang pon sebab best ada kawan-kawan sekepala. stress kerja tu dah memang la. mana-mana tempat kije pon, ada time jugak nak kena stress.. stress kerja takpe jangan stress duk melayan karenah orang. tu memang stress.. aku cuba juga la nak handle benda ni. jangan melalut sangat. makin pikir nanti makin sakit ati tapi bila dah luahkan kat sini, aku rasa dah kurang sket la.  huaaaaaa banyak pulak aku membebel ni. kalau taip ke english, rasanya takde la sampai banyak perenggan sangat. hahahaha

frust... tu je aku leh wat kesimpulan. insya allah, ada rezeki, aku nak tuka kerja lain. cukup la kije camni, leh beruban kepala aku duk pikir benda-benda macam ni.

wassalam

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here