THE COCOON ™: Tanjung Malim -> Bukit Sentosa -> Tanjung Malim
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 January 2011

Tanjung Malim -> Bukit Sentosa -> Tanjung Malim

Salam dan selamat pagi kepada semua penghuni alam..

Hari ni kat tempat aku dah cuti Taipusam. er.. betul tak aku eja neh. hehe kira betul je. Lenguh betol badan aku ni lepas bangun tido, yela tido atas tilam nipis je, nak kena amik tilam tebal gak neh. Celik je mata tadi terus aku naik atas, basuh baju yang aku rendam semalam dalam mesin basuh. Dah 2-3 kali pusing, tuka air suma, baru la terus aku keringkan dan sidai kat luar.

Bulan ni, parent aku pindah dan aku pon pindah gak. akiu pindah dari JB ke Bukit Sentosa, parent aku lak pindah dari Tanjung Malim ke Bukit Sentosa, so dalam bulan ni memang berangkut barang la aku. Cuba nak pecahkan rekod.. heheh bawak barang-barang dalam rumah bawak dengan Hilux je. hahaha..time malam je bawak je barang yang tinggi. senang sket. Kalau siang hari ni, bawak barang yang tak tinggi. Skang kat rumah sana tinggal barang yang besar-besar dan dah tinggal sket je. huhuuh memang serius penat tapi takpe, orang tua punya pasal. 

Kepada rakan-rakan yang mengenali diri aku neh, aku nak bagi tahu yang aku dah menetap dan berpindah ke Bukit Sentosa, hehhe baru sangat-sangat. Maaf la kalau tak sempat maklum yek. Macam mana dengan sambutan Tahun Baru korang? hahaha dah hujung bulan, baru nak tanya pasal Tahun Baru hehehe... lambat tol aku neh

So pagi ni sarapan pe korang suma? aku ni tak sarapan pepun lagi. celik mata, pegi tengok baju, basuh baju, pastu dengar Hitz.fm sambil melayan blog dan email. hehehe. Kira sarapan tengah hari terus la ni aku neh hahaha...pe pon nanti aku update lagi yek. dah lama gak aku tak update untuk tahun baru ni. aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Selamat Tahun Baru 2011, dan selamat dalam segala-galanya

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here