THE COCOON ™: 02/01/2011 - 03/01/2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 February 2011

Pasta For Life...

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat pagi semua yek.


 Posting kali ni lewat sikit sebab dengan keadaan badan yang kurang sihat. Balik kerja tadi terus tertido sampai tak sedar pe. Yang aku sedar pon, terjaga pukul 10 malam tadi. Memang tak larat nak buat kerja tadi, dengan batuk, sakit pinggang, dah macam sakit urat,, tu tanda-tanda aku nak deman ler ni.


Untuk posting kali ni aku nak bercerita pasal masakan kot hahahahah,.... bangun pukul 10 malam tadi perut pulak lapar, so aku pegi la tengok-tengok kat dapur kalau ada apa-yang boleh aku makan ke masak ke, nak keluar pon memang malas. Buat spot check kat dapur, ada la jumpa bahan-bahan yang boleh aku masak seringkas yang boleh dan mungkin sekenyang yang boleh la kot.


Menu aku malam tadi untuk memasak ialah Spaghetti. So bahan-bahan yang aku jumpa mesti la Spaghetti, manakala untuk membuat sos pulak, sangat sangat ler senang. Ni bagi sesiapa yang takde Prego la kan. Resepi ni untuk sesiapa yang tiada asas utama untuk membuat sos spaghetti tu. Kat sini aku senaraikan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat sos spaghetti. Untuk pengetahuan korang, memang aku tak amik resepi ni kat man-mana, tapi aku buat berdasarkan pada pengetahun aku sendiri iaitu dari membaca dan tengok rancangan masakan je hahaha especially citer Jamie Oliver yek. Rasanya semua orang boleh buat kot.


Ok, kita teruskan dengan bahan-bahan untuk membuat sos spaghetti yek, Pertama sekali kena ada Sos Tomato, Sos Cili atau Cili Boh pon boleh, Sedikit perencah kiub ayam atau Maggi cukup rasa pon memadai, Bawang Putih , Bawang Merah, (Bawang Merah yang dah siap blender, memang aku sediakan benda ni awal-awal in case nak cepat masak tanpa kena kupas bawang.), sedikit lada sulah atau lada hitam, garam dan gula. Rasanya tu saja kot bahan-bahan yang perlu dan memang basic ada dalam setiap dapur.


Cara nak buat sosnya ni, macam ni, Kupas Bawang Putih dan tumis. mesti la kena letak minyak kalau nak tumis kan? kalau ada Minyak zaitun lagi bagus la tapi untuk yang ni aku guna minyak masak je, kalau boleh bawang putih satu labu pon dah cukup, sebab aku masak memang suka letak Bawang Putih lebih. bila dah tumis bawang putih tadi, masukkan bawang merah atau bawang besar yang siap di blender atau yang korang tumbuk la kan, Bila bawang tu dah naik bau sket, masukkan Cili Boh atau Sos Cili dengan sukatan 2 atau 3 sudu besar, Sos Tomato dalam setengah botol, kemudian masukan Kiub Ayam sket. Sebab aku masukkan Kiub Ayam ni ialah, aku takde MeatBall, daging cincang dan cendawan butang. Untuk bagi rasa sket, letak la kiub pati ayam atau pon perasa apa-apa. okey tak gitu? hehehe.. ok. bila dah masukkan semua tu, kacau biar rata dan sehingga mendidih sos tu. yang penting kena rasa tomato tu lebih. kalau korang ada tomato, tu lagi bagus, hiris dan masukkan sekali, kemudian kacau bagi hampir hancur tomato tu. tapi dalam masakan ni, aku tak menggunakan buah tomato sebab memang takde stok. tak beli daa hehehe...


Bila sos yang kita buat tu dah mengelegak, rasa sket, kalau boleh lebihkan rasa tomato tu sendiri dari rasa pedas sos cili atau pedas cili boh tu, daripada Prego tu sendiri dan sos pasta tu sendiri, memang rasa tomato gitu kan. Baru teringat, kalau ada tomato puri pon lagi bagus. boleh masukkan jugak. so bila dah rasa masam tomato tu sket, masukkan lada sulah atau lada hitam secukup rasa, masukkan garam dan gula secubit rasa. selepas tu tambah secawan air kedalam sos tadi. biarkan mendidih dan pekat, kalau lagi pekat, lagi la bagus kan.


Untuk masak spaghetti tu, takkan nak kena ajar gak kan? hahahha.. rebus air, masukkan spaghetti sampai lembut. macam mana nak tahu dah masak pasta tu? kalau kita dapat putuskan pasta tu dengan jari, tandanya dah masak ler, bila dah masak, angkat ke sinki, bukak paip air, pastu toskan pada penapis, air yang di buka tu penting sebab nak cepat sejukan pasta tu. dan jangan lupa waktu rebus tu, letakkan garam secubit.. hehehehe


maka skang dah siap la pasta ala Supper Upper Case? ape kesss hahaha... so tunggu pe lagi, takkan nak ajar camne nak makan lak kan? letak ler cheese untuk toping pastu tu, baru la sedap.


SELAMAT MENCHOBA
Read more

i'm sick and tired of being sick and tired

0 EDITOR COMPLAINING
I’ve been sick with the flu, or something like that, the last couple of days (and kind of still is), so there hasn’t been much to write about.
Read more

07 February 2011

Kisah Belut

0 EDITOR COMPLAINING
    Kisah ini terjadi di Jakarta. Pada suatu hari si Boboi yang baru berusia
lima tahun menghampiri ibunya dan bertanya, " Ibu pacaran itu apa dia ?"Si ibu
kebingunan bagaimana hendak menerangkan maksud 'pacaran' itu kepada kanak
kanak yg baru berusia lima tahun. Si Boboi terus mendesak untuk mengetahui
maksud 'pacaran' itu. Lalu si ibu berkata, " Kalau kau benar benar hendak
tahu apa maksud berpacaran, petang nanti tunggu di beranda rumah. Hari ini
Sabtu, biasanya anak jiran kita Minah akan berpacaran dengan Udin. Udin
akan datang ke rumahnya dan keluar berjalan - jalan. Jadi kau akan tahu maksud
pacaran itu. Menjelang petang Boboi pun menunggu di beranda rumahnya dan bila
hari sudah gelap baru kelihatan si Udin muncul. Kelihatan Minah sudah siap
menanti kedatangan pacarnya.Boboi terus melihat perlakuan dua kekasih ini
tanpa disedari oleh mereka berdua."Ayah dan emak ada di rumah?" tanya si Udin
kepada si Minah. "Kebetulan, mereka pergi kenduri kahwin di rumah saudara
sejak siang tadi. Katanya bermalam di sana." Jawab si Minah. "Memang best.
Nampaknya kita boleh bebaslah malam ini. Tak payah keluar, di rumah saja
sudah cukup," Kata si Udin sambil menjeling Minah yang tersenyum penuh
makna.

Disebabkan tiada orang tua di rumah, Udin & Minah berasa begitu bebas
di rumah, menjelang tengah malam baru Udin pulang. Segala perlakuan Udin &
Minah diperhatikan oleh Boboi dengan teliti tanpa ketahuan pasangan kekasih
ini. Keesokan harinya si Boboi menghampiri ibunya , mengatakan bahawa dia
sudah tahu pacaran itu apa. "Kalau kamu sudah tahu cuba ceritakan pada ibu,
pacaran itu apa ?" Tanya si ibu."Malam tadi kak Minah duduk berdua sama
abang Udin dibangku. Tak lama setelah berbual mereka kemudian menempelkan
bibirnya dan abang UdIN kemudian matanya melutut , melihat muka kak Minah
merah. Lalu dia memeriksa jantung kak Minah. Tapi kerana tidak tahu di mana
jantungnya abang Udin tangannya terus bergerak ke kiri  ke kanan. Tak lama
kemudian abang Udin gelisah kerana merasa ada sesuatu di seluarnya , memang
benar setelah membuka zipnya ternyata ada belut keluar dari seluar abang
Udin.Merasa kasihan, kak Minah menangkap belut tersebut dan cuba membunuhnya
dengan meramas ramas belut yang ada di seluar abang Udin. Kerana belut itu
tidak mati walau sudah diramas-ramas, kemudian belut itu di makan oleh kak
Minah . abang Udin merintih kesakitan kerana belut itu masih hidup.Ternyata
walaupun kak Minah sudah makan belut itu, tetapi ternyata masih tetap hidup
, kerana kasihan dengan abang Udin, kak Minah cepat-cepat menanggalkan
seluruh seluarnya dan menduduki belut tersebut supaya mati. Tapi belut itu
benar benar kuat . kak Minah sampai menduduki belut tersebut berkali kali
sementara abangUdin merintih kesakitan kerana belutnya belum mati
juga.Akhirnya tak lama kemudian belutnya muntah dan mati diduduki kak Minah.
abang Udin pun tidak merintih lagi , dapat tersenyum." Selesai si Boboi
bercerita, si ibu jatuh pengsan.

Pengajaran : Kalau kanak kanak tanya tentang sesuatu tu,cepat cepatlah cari jawapannya jangan sampai dia mencari jawapannya sendiri.
Read more

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

0 EDITOR COMPLAINING
Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.


 2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.


 3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.


4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

 6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.


9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
Read more

Pepatah Pepatih

0 EDITOR COMPLAINING
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde
gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin
lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang
ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu
dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak
payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-
rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia
berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang
tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak
kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi
ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan
di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba
menumpang mandi, kalau ada umur yang
panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang
hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang
panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah
berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit
dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu
tak reti-reti nak ganti ke...
Read more

Kisah Malam Pertama ku, Part 2

0 EDITOR COMPLAINING

Fuyooooooo.....nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut dihadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku,mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku? Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan... takkan nak duduk je sampai pagi beb.

"Abg ngantok??" isteriku bersuara.. berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor paling pun kao cakap lagik sedap)

Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg... abg blom ngantok lagikkk"

Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen...berdiri...lalu meluru mendapatkan suis lampu... tup!... lampu dimatikan... gulap gulita.

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik! Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah....aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring.

BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!

"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tu... pergilah response dulu" keluh isteriku.

Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek.. org org di luar sumernyer memerhatikan aku.. mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.

Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon ditangan

"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar.

"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan.

"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku

Kah kah kah kah!
Read more

Salah Ajar atau Kurang Ajar?

0 EDITOR COMPLAINING
Hendak dijadikan cerita,
pada suatu hari...Atan(bukan nama sebenar)mula belajar di sekolah rendah. Pada hari pertama di sekolah....dia dimaki oleh budak cina..."butuh lu butuh lu!".

Bila balik dari sekolah..
Atan tanya mak dia"mak!butuh tu apa".
Mak Atan terkejut.
"mana budak ni belajar bahasa lucah ni"kata mak Atan di dalam hatinya.
"Butuh tu tongkat"jawab mak Atan.
Esoknya..Atan dimaki lagi....kali ni budak India pulak yang maki Atan."pantat!pantat!".
Dan seperti biasa Atan merujuk kepada mak dia yang ahli bahasa ni...
"mak!pantat tu apa mak"....."pantat tu tidur"........"oooooooooooooooooooooo"
Atan mengangguk kepala tanda faham.Hari ketiga..Atan kena maki plak dengan budak melayu"wei puki! puki!".....bila Atan tanya mak dia"puki tu pinggan" .

Dan pada suatu hari yang cerah.....heheheheh....datuk Atan dari kampung datang nak menjenguk cucunya....bila Atan nampak je Atuknya kat pintu pagar....

"tok !masuk tok!..mari Atan simpan butuh atok"(simpan tongkat atuk)..Atuknya sungguh tergezut. Mana budak ni belajar bahasa kotor ni."mak kau mana Atan"....."mak sedang basuh Puki kat dapur tok"(basuh pinggan kat dapur)..........sekali lagi atuknya tergamam......."bapak kau"....."aaaaaa ,bapak memantat ngan adik"(tidur ngan adik).........kali ni atuknya terus tergolek dog.....


nilai murni:jangan sesekali ajar ajaran sesat kat anak anak
Read more

Misteri.. Misteri Kecantikan

0 EDITOR COMPLAINING
assalammualaikum wbt...

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca.

Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh

badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

Read more

Kisah Malam Pertama... Amik ler Ikhtibar

0 EDITOR COMPLAINING
Seorang pemuda yang akan berkahwin telah mengunjungi bapa saudaranya yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk memperolehi sedikit petua.

Pemuda : Pakcik, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Apakah nasihat pakcik untuk saya menghadapi malam pertama?

Pakcik : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi Lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang pasti tidak akan dilupakan oleh isteri kamu.

Pemuda : Bagaimana caranya?

Pakcik : Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isteri kamu menjerit sepanjang malam pertama. Caranya sangat mudah.

Pemuda : Bagaimana?

Pakcik : Begini.. kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehingga malam pertama.

Pemuda : Kalau begini mudah, sudah pasti saya akan menjadi hero nanti.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang disuruh oleh pakciknya. Setiap malam dia merendam alat kelaminnya dalam segelas air teh. Pada malam pertamanya, pakciknya juga berada di rumahnya. Tiba-tiba isterinya menjerit kuat. Pakciknya mula terfikir akan kehebatan petua yang diberinya. Pintu bilik terbuka dan pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan muka yang sedih sambil menghampiri pakciknya

Pakcik : Kenapa begitu cepat?

Pemuda : Saya punya memang panjang tapi kenapa hanya sebesar pensil?

Pakcik : Kamu sudah mengikut petua yang pakcik beri?

Pemuda : Sudah. Setiap malam saya merendam saya punya dalam segelas teh.

Pakcik : Teh apa?

Pemuda : Mustika Ratu - Slimming Tea.
Read more

Who Cares?

0 EDITOR COMPLAINING
There's a Miracle of Friendship That dwells within the heart, And you don't know how it happens Or when it gets its start...But the happiness it brings you Always gives a special lift, And you realize that Friendship God's most precious gift!" Blessed are the Angels who walk with us, though we are unaware, Those people who take time to listen ... to understand and care. Blessed are those with unseen halos, earned through deeds of love, For they will always be for us Sweet Blessings From Above....
Read more

♥ Twickheads - Guris

0 EDITOR COMPLAINING
Ku percaya padamu
Menghulurkanmu
oh..tanganku
ku percaya padamu
ku turutimu
oh..hendakmu
kau mengkhianati aku
kau permainkan perasaanku
kau menikam dan meludahku
kau dedahkan
warnamu
sendiriku menangis
menangis dalam kekecewaan
ku sendiri
menangisku ku menangis
menangis dalam keseorangan
oh…
sendiriku pelajari
pengalaman hidup sendiri
ku sendiri
relakan relakan
agarku mampu berdiri sendirian…..
kerana....

Read more

Everyone sucks. SEXually and Metaphorically.

0 EDITOR COMPLAINING
That statement is very ignorant being it is a general statement. don't you hate when you are stereotyped for being in a group? The brain puts things into groups, it is natural to do this, but grow out of it, it is an annoying habit. I dislike stereotypes. They are illogical not to mention unfair.

But at the end of the day, stereotypes are formed because there was a reason for it to form, yes?

The reason most people suck (in the eyes of men) is because most of them after they turn 16 or so, they become a lot more dependent on feelings to make decisions not logic. This causes them to cause emotional damage to 95% of men they come across because they are not thinking with your feeling in mind. They are only thinking with their own emotions, get it.

You know, it really is sad that so many people have so many mean things to say about women. They're the males equal half, and what that means is, instead of operating on means of physicality - they rely on their emotional intuitions. The mind is the most flexible and impressionable construct in the world, which should be taken in the best of care.

Women today seem to be viewed more as an expendable object of fake beauty, and believing a man is going undoubtedly reciprocate that emotion just because she looks "the best" , rather than seeing their equally important role in this life.

The fact that there really are more women than men is a scary thought, because the way most of us think now, [one man and one women] that means that some women have to accept the fact that they might be the one without a man. And that's like saying you have to live your life, incomplete - I have to admit, I might damn well resort to back stabbing some people along the way too with the thought of dying without a part of me being passed on - especially if I was the kind of person who wants to know what it feels like to give life and nurture it so one day they could do the same...

There really is no real solution to this problem because even if you did even the ratio of men to women, that doesn't take into account that not every women will meet that one man.

Its a problem you wish could be solved, but can't, unless you want to resort to somehow breaking that instinctual dependency on each other.... I personally wouldn't like that at all

What Te Hell?
Read more

JaRi YanG HamPIr PutUS

0 EDITOR COMPLAINING
Happy Chinese New Year to all...hehehe

Lambat pulak aku posting pasal CNY ni tapi takde kena mengena dengan tajuk lagi ni. Pepon aku rasa tak terlambat aku nak ucap tu dulu kan, Hehehehe aritu dah nah mengarang ler tetiba takde mood pulak terus stop dan tergantung dalam draf. hahaha

Topik aku kali ni bukan pe, nak bercerita pasal adik aku yang hampir putus jari dia. Tu la, benda nak jadi kan, Terjadi pon benda ni untuk kali yang kedua pon waktu aku ada sekali dengan dia. Serius aku cakap masa tu pun jadi aku ada sekali, lepas abis buat kije suma, terus la nak bersih dan basuh mesin tu, yelah kalau tak basuh gerenti la kuman dan lalat akan setia menemani mesin tu kan, Nak dijadikan cerita la ni, sebelum ni kalau basuh memang aku atau dia akan tutup mesin tu dulu, pastu baru basuh tapi entah nape kali ni, dia tak tutup mesin, tu yang aku pelik gak, dia pon basuh mesin tu lepas aku bagi getah paip kat dia, baru je kejap aku hulur kat dia, tiba-tiba aku dengar la dia mengerang, pusing belakang, aku tengok darah nak menitik nitik, nasib baik aku tak pening sebab selalunya kalau tengok darah ni aku dah rasa pening gitu tapi kali ni tak pulak, terus la aku terkejut, pegi cari iodin dengan kapas, terus baluy jari dia tu, Aku tengok dah sampai nak terkeluar kuku lagi tu, adoi...

Aku tengok dia diam je, tapi mulut tu bunyik lagi la duk mengerang sakit, lepas buat bantuan kecemasan suma (tu penting kalau jadi apa-apa), terus cuci suma, aku bawak dia g klinik. Kena la 7-8 jahitan kalau tak silap aku. Doc tu cakap kalau lambat sket, silap-silap takleh sambung ler jari dia. hehehe.. memang kena beringat sangat kalau duk main dengan mesin ni. jari, tangan, kaki memang suma kena alert. Safety First la kata omputeh. heheheh.. skang ni duk berulang alik g klinik la sebb cuci, buang darah beku, buang benang..

Tu kira yang pertama la jadi sepanjang aku duk wat kije ni, so mintak simpang la aku tak kena macam tu, Terkepit jari kat pintu kereta pon aku dah rasa macam nak menjerit. Skang tak pasal-pasal kuku jari telunjuk aku dah hitam semua. Kalau yang jenis tak tahu, mesti ingat aku pakai Qtac ke per kan hahaha.. macam gothic gitu..skang tunggu masa kuku ni nak tercabut gak ler. hehehe

Baru je lepas tengok Chelsea vs Liverpool, agak teruja sket sebab Torres , bekas pemain Liverpool dibeli oleh Chelsea, tapi yang menghampakan aku ialah, derang punya game memang tak brape nak sentap sangat ler. Separuh masa pertama aku dah blah. balik umah check kat internet, Liverpool menang 1 Chelsea 0, so frust jugak ler, betol gak tu, baru je si Torres nak biasakan diri dengan team baru dia, takleh tahan aku tengok tadi Torres dah kena siku dengan sape ntah, dapat ler free kick hahaha..

Hari ni aku rasa tak sihat sket, batuk terus ket, selesema dan rasa macam nak demam sket, so bersabar je la kalau sakit gini. adios
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here