THE COCOON ™: JaRi YanG HamPIr PutUS
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

07 February 2011

JaRi YanG HamPIr PutUS

Happy Chinese New Year to all...hehehe

Lambat pulak aku posting pasal CNY ni tapi takde kena mengena dengan tajuk lagi ni. Pepon aku rasa tak terlambat aku nak ucap tu dulu kan, Hehehehe aritu dah nah mengarang ler tetiba takde mood pulak terus stop dan tergantung dalam draf. hahaha

Topik aku kali ni bukan pe, nak bercerita pasal adik aku yang hampir putus jari dia. Tu la, benda nak jadi kan, Terjadi pon benda ni untuk kali yang kedua pon waktu aku ada sekali dengan dia. Serius aku cakap masa tu pun jadi aku ada sekali, lepas abis buat kije suma, terus la nak bersih dan basuh mesin tu, yelah kalau tak basuh gerenti la kuman dan lalat akan setia menemani mesin tu kan, Nak dijadikan cerita la ni, sebelum ni kalau basuh memang aku atau dia akan tutup mesin tu dulu, pastu baru basuh tapi entah nape kali ni, dia tak tutup mesin, tu yang aku pelik gak, dia pon basuh mesin tu lepas aku bagi getah paip kat dia, baru je kejap aku hulur kat dia, tiba-tiba aku dengar la dia mengerang, pusing belakang, aku tengok darah nak menitik nitik, nasib baik aku tak pening sebab selalunya kalau tengok darah ni aku dah rasa pening gitu tapi kali ni tak pulak, terus la aku terkejut, pegi cari iodin dengan kapas, terus baluy jari dia tu, Aku tengok dah sampai nak terkeluar kuku lagi tu, adoi...

Aku tengok dia diam je, tapi mulut tu bunyik lagi la duk mengerang sakit, lepas buat bantuan kecemasan suma (tu penting kalau jadi apa-apa), terus cuci suma, aku bawak dia g klinik. Kena la 7-8 jahitan kalau tak silap aku. Doc tu cakap kalau lambat sket, silap-silap takleh sambung ler jari dia. hehehe.. memang kena beringat sangat kalau duk main dengan mesin ni. jari, tangan, kaki memang suma kena alert. Safety First la kata omputeh. heheheh.. skang ni duk berulang alik g klinik la sebb cuci, buang darah beku, buang benang..

Tu kira yang pertama la jadi sepanjang aku duk wat kije ni, so mintak simpang la aku tak kena macam tu, Terkepit jari kat pintu kereta pon aku dah rasa macam nak menjerit. Skang tak pasal-pasal kuku jari telunjuk aku dah hitam semua. Kalau yang jenis tak tahu, mesti ingat aku pakai Qtac ke per kan hahaha.. macam gothic gitu..skang tunggu masa kuku ni nak tercabut gak ler. hehehe

Baru je lepas tengok Chelsea vs Liverpool, agak teruja sket sebab Torres , bekas pemain Liverpool dibeli oleh Chelsea, tapi yang menghampakan aku ialah, derang punya game memang tak brape nak sentap sangat ler. Separuh masa pertama aku dah blah. balik umah check kat internet, Liverpool menang 1 Chelsea 0, so frust jugak ler, betol gak tu, baru je si Torres nak biasakan diri dengan team baru dia, takleh tahan aku tengok tadi Torres dah kena siku dengan sape ntah, dapat ler free kick hahaha..

Hari ni aku rasa tak sihat sket, batuk terus ket, selesema dan rasa macam nak demam sket, so bersabar je la kalau sakit gini. adios

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here