THE COCOON ™: Pepatah Pepatih
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

07 February 2011

Pepatah Pepatih

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde
gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin
lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang
ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu
dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak
payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-
rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia
berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang
tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak
kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi
ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan
di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba
menumpang mandi, kalau ada umur yang
panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang
hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang
panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah
berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit
dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu
tak reti-reti nak ganti ke...

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here