THE COCOON ™: Kawasan Speed Trap. Hati-hati yek heheh
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

24 August 2011

Kawasan Speed Trap. Hati-hati yek heheh

Selamat berpuasa semua. Untuk yang dah balik kampung tu, alhamdulillah tapi untuk yang masih membuat perancangan nak balik kampung, boleh la tengok senarai kawasan speed trap yang selalu ada tapi kita TAK perasan. Sumber-sumber ni dapat daripada orang lain je. heheheh so aku nak berkongsi lah mana la tahu sape-sape yang suka bawak laju tu kan. Berhati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang.


Kalau cepat-cepat bawak pon, tak lari punya kampung halaman tu. ayooooohhh kite enjoy heheheheh
Berhati2 di jalan raya!


KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam


Kawasan Yang Perlu Kita Beringat!


KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit
Ada satu part tu aku balik kampung, ada jugak pihak berkuasa ni gunakan taktik patung kat highway tu. Korang pernah nampak? hahahaa ni aku nak cerita. Untuk elakkan pemandu dari bawak laju sangat, pastu nak letak polis traffik tu satu hari suntuk pon tak boleh jugak kan, so derang guna la taktik sikit. Dari jauh drive tu memang nampak macam orang yang tengah nak shot speed trap la, tapi bila dah lalu, rupa-rupanya patung gambar polis trafik. Asal nak nampak polis je slow, nak pakai tali pinggang ke atau sebagainya kan. 

Memang seronok bawak laju-laju ni sebab nak bagi hilang mengantok. Tapi aku rasa kemalangan ni banyak jadi sebab orang bawak slow. hahahhaha kenape? sebab menganggu la orang lain yang nak bawak kereta lagi -lagi kat sebelah laluan untuk bawak laju. betol tak? Kalau bawak perlahan pon tak amik berat pasal pengguna lain juga kan. Bawak laju pon tak amik berat keselamatan diri dan orang lain gak. Betol?

Oleh sebab itu, bawak kereta ke moto ke bas atau lori, bawa dengan bertimbang rasa dan tengok pada situasi. Jangan menyusahkan orang lain pulak. hehehe

wassalam


FootNote ~ Aku pon bawak laju gak kalau balik kampung lagi-lagi kalau drive sorang2. Tak tahan mata mengantok kalau jalan jauh sorang-sorang neh. hahahahhahaha... Jangan sebab kecuaian kita, orang lain merana. terima kasih hehehehe

2 EDITOR COMPLAINING:

Hazmin said...

ni kalau polis trafik baca ni mesti diorang suka sebab diorang boleh ubah setup speed trap dekat tempat lain pulak..Sepatutnya kita lagi berjaga2 dgn tempat yang berbahaya dan sering berlaku kemalangan. tak begitu ? :)

Unknown said...

betol tu... yang penting bukan kawasan-kawasan panas speed trap ni saje tapi kite punya attitude semasa memandu tu. Sekurang kurangnya bawak dengan berhati-hati supaya tak buat orang lain pon merana disebabkan kecuaian kita. heheheh

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here