THE COCOON ™: Korang tahu Easter Egg???? Dah jumpa/tengok??
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

24 August 2011

Korang tahu Easter Egg???? Dah jumpa/tengok??

Apa maksud Easter Egg ni eh? Ok. 

Maksud Easter Egg = telur yang diwarnai yang diberikan sebagai hadiah pada hari Easter.

Tapi apa yang aku nak cerita ni bukan berkenaan Hari Easter ni sebab kalau dari segi agama, kebudayaan tu memang tak bertepatan atau tak brape patut la kita ikut kan. Tapi yang aku nak cerita kat sini pasal Easter Egg dalam program, pengaturcaraan, filem dan sebagainya. Kalau dari segi defisini selain untuk budaya atau agama, Easter Egg ni hanya untuk suka-suka, sesuatu benda yang tersembunyi atau dengan tujuan untuk menyembunyikan Trade Mark atau meej rahsia. heheh Selalunya banyak developer program atau aplikasi yang buat macam tu.

Kalau sebut mesej rahsia je mesti nak tahu kan. Kalau rahsia, sorang je tahu. Kalau lebih dari sorang maksudnya bukan rahsia lagi ye tak? haahahaha... ok..ok... mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Kat sini aku cuma nak berkongsi la sikit kan. Setakat yang aku dah cuba dulu game pinball di Word 97 dan Flight Simulator di Excel 97. Microsoft ada Easter Egg, Google pon ada, filem pon ada dan sebagainya. Bagi yang belum cuba lagi, lepas ni cuba. Kebanyakannya ada yang aku belum cuba juga. Lepas ni kalau dah cuba, bagitahu dan kalau ada yang korang tahu tapi aku lak tak tahu, boleh la share kat komen yek.

Kat sini aku senaraikan apa yang ada. Selamat mencuba.

Perang Bintang ala-ala Star Wars
Cuba buka aplikasi OpenOffice calc, kemudian pada salah satu sel yang ada masukkan code berikut =Game(“StarWars”)
Selamat Berperang heheheh :)



Notepad
Buka notepad, tuliskan perkataan ni tanpa tanda quote  ”Bush hid the facts”. Simpan dan tutup notepad. Buka file tadi. Tengok ape yang keluar? hahahah

Speech
Buka speech di Control Panel, isikan perkataan ‘crotch’. Kemudian tekan ‘preview voice’. Dia akan sebut   “Crow’s nest”, bukan Crotch.
Dev-C++
Buka help -> about dev-C++. Drag n drop gambar Dev-C++ diatas itu ke tempat ’authors’. Suatu gambar akan muncul. Klik gambar itu, maka dia akan ganti arah.

Office
Buka MS Word (97-2003). Taipkan  ‘=rand()’. Tekan enter. Nanti akan keluar perkataan  “The quick brown fox jumps over the lazy dog”, Atau masukkan ’=rand(x,y)’. X itu adalah jumlah barisan dan y adalah jumlah perkataan.


The Book Of Mozilla
Buka aplikasi browser Mozilla Fire Fox , kemudian taipkan about:mozilla pada address bar 

tips : klik http://en.wikipedia.org/wiki/The_book_of_mozilla untuk melihat maksudnya

Chuck Norris

Ni pasal kegilaan orang pada Chuck Norris. Kenal Chuck Norris? hahaha tak kenal eh? dulu dia ada berlakon lawan dengan Bruce Lee. Lebih kurang macam Van Damne la gitu.
Buka browser Google korang, taip dalam kotak search “where is chuck norris” lepas tu klik 
 ,
where is chuck norris Google Easter Eggs and Hidden Gems
Google’s result yang akan keluar,
Google won’t search for Chuck Norris because it knows you don’t find Chuck Norris, he finds you.
chuck norris result Google Easter Eggs and Hidden Gems

Answer to Life the Universe and Everything

Trick yang agak lama, tapi boleh tahan ler heheheh
Jawapan kepada kehidupan alam semesta dan segalanya ada sebanyak 42.. menurut  Douglas Adams didalam bukunya yang bertajuk The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy.
Taip dalam kotak search answer to life the universe and everything.. kemudian klik ,
42 Google Easter Eggs and Hidden Gems
Google juga tahu jawapannya,
answer is 42 Google Easter Eggs and Hidden Gems


Ascii Art

Untuk pencarian apakah itu ascii art akan menukarkan  Google’s logo kepada Ascii art,
ascii art Google Easter Eggs and Hidden Gems

Number of Horns on a Unicorn

Masukkan perkataan ni pulak number of horns on a unicorn.. kemudian klik ,
unicorn horns Google Easter Eggs and Hidden Gems
..Satu, bukan?
one horn Google Easter Eggs and Hidden Gems

Once in a Blue Moon

berkenaan  once in a blue moon merujuk kepada tempoh masa dalam sesuatu kejadian yang jarang terjadi.Secara teknikal, berkaitan dengan kejadian bulan penuh di dalam sesuatu bulan dalam kalendar.
Bila kita Google,
once in a blue moon Google Easter Eggs and Hidden Gems
Google akan bagi masa yang tepat bila akan tiba kemunculan blue moon .. sekali dalam tempoh 32 bulan,
blue moon Google Easter Eggs and Hidden Gems

Worst Band in the World

Sekadar lawak jenaka dari Google.
Google kan perkataan  worst band in the world.. kemudian klik  ,
worst band in the world Google Easter Eggs and Hidden Gems
Google akan senaraikan pencarian yang telah kita buat iaitu Creed (the worst band in the world),
creed is the worst band in the world Google Easter Eggs and Hidden Gems
 



FootNote ~ Serba sedikit aku nak share, sebenarnya ada banyak lagi ni tapi korang pon boleh search sendiri kalau nak tahu serba sedikit pasal Easter Egg yang mana korang tak pernah jumpa lagi atau nak tahu. Terima kasih. Jangan lupa komen atau follow ye... I Followwww heheheh




0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here