THE COCOON ™: ::Al Kisahhhh..::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 October 2011

::Al Kisahhhh..::

alkisah, tayib...
alkisah maka tersebutlah kisah, tayib...
sang kancil datang beramai2 mengadap ke bawah duli yang maha mulia sultan firaun...
mana firaun pakai sultan..entah...



Tadi sibuk Pak Mat duk ushar fesbuk, duk ushar tiub U. Tetiba Pak Mat rasa lapar. Ada orang sebut lak pasal roti canai je, terus Pak Mat rasa lapar. Dengan pantas Pak Mat pegi ke pintu dan dengan pantas jugak Pak Mat terus naik  motokar.
 
Nak dijadikan cerita, tengah sedap Pak Mat bawak motokar ni, teringat cerita Fast And Furious (aisehh pandai pula Pak Mat cakap omputeh neh).. jalan lurus la katakan teruslah Pak Mat memecut laju. Pak Mat tengok jalan situ takde pon kereta lain. Seronok bukan kepalang.... iye lah dapat naik motokar. Selalu naik basikal je kan. Sedang tengah seronok Pak Mat memandu ni, dengan tak semena mena keluar satu motokar lain dari arah kanan terus ke lorong kiri sedangkan Pak Mat memandu dibahagian lorong kiri jalan. Si pemandu tak nampak ke Pak Mat yang tengah bawak kereta ala-ala Fast And Furious (cakap omputeh lagi) neh?
 
Terus Pak Mat tekan brek macam nak setat enjin motosikal. Tekan rapat abis sampai berdesing telinga Pak Mat dengan bunyik tayar Dunlop tu. Pak Mat perasan motokar Pak Mat dah buang sikit ke kiri sebab nak mengelakkan motokar yang kuar dari simpang kanan tu terus makan je lorong sebelah kiri. Kenapa la pemandu tu tak terus ke lorong kanan dia kalau dia tahu ada motokar lain kat sebelah lorong kiri ni?? Memang Pak Mat hangin jugak la. Terus Pak Mat tekan hon dan tengok driver tu dengan muka buku eh muka garang dan bengkek. Kalau Pak Mat duduk sebelah lorong kanan tadi, memang confirm (omputeh lagi) motokar Pak Mat akan langgar motokar orang tu beserta dengan pokok pokok dan sudah pasti Pak Mat akan pening kepala memikirkan nak selesaikan motokar Pak Mat neh di bengkel.


Alhamdulillah, nyaris nak kena dah tadi tu. Nak mengelakkan motokar Pak Mat berlanggar dengan motokar orang tu dan pokok pokok yang sebesar pemeluk kat tepi jalan tu memang kena elak, pastu tepis dan segala bagai. Kalau Pak Mat panik tadi, semestinya bumper motokar Pak Mat akan kena cium jugak motokar orang tu.
Kat sini apa yang Pak Mat nak cerita... jangan sampai jadi macam ni :



SUDIN Makcik.. Makcik !!.. encik !!.. Encik ni cakap.. PakMat  wroooooooo ruhhhhhh kelepok..kecepar...pon pon pon... belanggar !!! motokar...
MAKCIK Pak Mat kau selalu begitu .. naik basikal.. tak pernah naik motokar ..
SUDIN (Nada Geram)… Pak Mat Tempe Belanggar dengan motokarrrrrRRRR...



Kalau jadi gitu sape nak jawab??? Kalau kita berhati-hati pon tak guna jika orang lain cuai. Harus kita juga yang kena kan. Oleh itu pesanan Pak Mat..semua kena amik perhatian dan berhati-hati. Semua orang. Bukan diri kita saja.
Sekian dulu coretan Pak Mat.


FootNote ~ Terima kasih sebab menjadi pemandu yang berhemah. 

2 EDITOR COMPLAINING:

Pendamba Mawar said...

hahaahaa..langgar dengan motokar

AcidFlynN Wraith said...

tetiba jadi macam ayat baku lama

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here