Tapi takpe. Rasanya aku dah guna masa rehat ni dengan penuh sebaik-baiknya. Ok. Bercerita pasal hari ni macam yang lain sedia maklum kan...er aku tak maklumkan lagi dan sekarang aku nak maklumkan aku baru je selesai menunaikan tanggungjawab Masterchef kat dapur rumah aku sendiri. Kalau tak silap aku ada beli barang-barang dapur sikit. Disebabkan aku ni jenis malas sangat nak kuar lepak g kedai makan yang aku sendiri tak tahu tahap kebersihan A, B atau C kan, so aku amik keputusan untuk masak. Memang aku bukan jenis yang hari-hari masak. Tapi aku masak kalau aku malas keluar dan seangkatan dengannya.
-- Ikan Goreng (semua reti masak tuhhh)
--Udang Goreng Kunyit (Priority aku, makanan laut. peberet tau)
--Sup sayur
--sambal belacan
3 benda ringkas dan simple. Mangkala kata budak-budak mana yang bujang ni tak kira laki ka pompuan, kalau tatau nak masak hat ni, memang aku tatau nak habaq pa dah. Salah satu faktor yang boleh buat kita survive dan jimat duit adalah dengan memasak makanan kita sendiri. Pakat hat simple setakat teloq mata dengan nasi putih tu pon aku kira lepaih bagi. Slang berubah lak.
Bukan aku nak kata aku terer masak hatta terrorist masak sekali pon. Tapi disebabkan kebiasaan aku dan mungkin gak sebab kerja aku dulu sebagai tukang masak sementara yang takde certificate membuatkan aku boleh masak. Dari benda yang simple dan benda yang tak simple. Minat tu ada tapi takde la mendalam. Kesan dan akibat kalau anak jantan selalu duk tolong mak kat dapur hahahaha adik adik pompuan aku lebih suka melayan tv cita korea la, melayu la, sinetron la dari duk nak jenguk tengok apa yang boleh tolong. hahahahha
Gile kaw.. muka rok, ganas macam nak makan orang, rambut panjang macam jembalang, seluar carik macam pengemis, berseluar yankee dan berkaki ayam tapi boleh pulak duduk dapur. Satu benda peribadi yang boleh aku kongsi kat sini. Yep.. aku suka masak. Tapi Average je.
Ok cite bab makan, aku memang tak makan lagi walaupun lepas masak. Satuuu lagi hal pasal aku ni(tak abih2 bongkak riak dan takbur - ciri orang munafik), kalau aku dah masak memang aku lambat nak makan sebab rasa macam kenyang lak bila duk bau sedap je. Lepas siap masak semua, aku akan masukkan lauk dalam mangkuk hayun, mangkuk tingkat suma, terus port bawah tudung saji. Tak petang ni, malam karang la aku makan. hahaha camne la tu. Anda fikir dan anda tentukan (macam pakar motibasi)
FootNote ~ "Kesian ye.. 3 hari tak makan " Jawab kura-kura kepada Arnab. Aku tak reti angkat bakul sendiri, aku angkat bakul guna forklif je.