THE COCOON ™: ::KuciNtAmU SayaM::HahAhahAhAH::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 October 2011

::KuciNtAmU SayaM::HahAhahAhAH::


Telah lama aku pendam hasrat hati aku kat kau. Dari generasi kedua sampai ke generasi ke 4s. Kali pertama aku tengok kau walaupun kau belum lagi boleh bercakap, aku dah memang jatuh hati dah. Takleh nak kontrol dah perasaan ni. 

Aku tak kisah kau putih atau hitam, aku memang tak kisah semua tu. Terlalu elegant buat aku bila terpandang susuk Stainless Steel pada diri kau tu. Dengan bahan Aluminosilicate Glass yang ada pada kau, aku tahu, kau memang kukuh dalam hati aku, tetap 'Scratch Resistant' , walaupun hati aku bagai nak mencakar-cakar permukaan kau itu dan aku yakin semestinya kau memang fingerprint resistant jugak. Itulah yang selalu disebut sebut oleh hati aku dan dibisikan di telinga ku.

Lapisan casing disekeliling kau kali ini dilindungi oleh Stainless Steel berbahan aloy yang padat, lebih kuat 5 kali dari  bahan stainless steel dan pada umumnya kalau aku nak bandingkan kau dengan yang  lain.Video Call kau dengan two sided kamera nya bersama Retina Display , paparan HD Video Recording serta  A4 Processor dan OS4 yang lebih multi tasking membuat aku terpegun, kaku ( tetiba ada kamera datang zoom in, zoom out, pastu aku berpaling ke arah lain dengan gerak gaya yang lebih slow motion). Aku yakin, kau dapat menguruskan segala kerja harianku dengan sempurna tanpa kompromi.

Memang konsep kau telah mengubah dalam banyak hal, khususnya dalam revolusi hidup aku dan orang yang lain,  Tapi tentu saja itu semua ada baiknya, i love you sayang.. sangat-sangat ! Tapi untuk mengubah gaya hidup aku, tetap merasakan kau sudah cukup memberi perubahan dalam banyak hal dengan kemunculan diri kau versi baru beberapa tahun lalu. 

Aku harap aku dapat kumpulkan segalanya yang aku ada hanya untuk memiliki kau. Walaupun Nuffnang belum lagi berminat meletakkan iklan di blog aku, tapi aku yakin, suatu hari nanti, kau pasti akan jadi milik aku dengan hanya bermodalkan iklan-iklan. Hantaran untuk memiliki diri kau hanyalah tak lebih 2 ribu, 2, 3 kali ganda gaji aku sebulan dimana kalau aku belanjakan semua tu, aku akan makin kurus sebab ikat perut semata-mata untuk kau tapi aku yakin, rezeki ada di mana-mana. Aku akan berusaha untuk memilikimu sayang.

Yang Meminati mu.

FootNote ~ Doryoku no seikō no hashigo (usaha tangga kejayaan) aku dah merepek lagi hahahahahha

6 EDITOR COMPLAINING:

Miss Dolce and Gabbana said...

Kumpul duit.Dah dapat tu beli la.Terlepas la hajat nak dapat iphone tu.haahaa

AcidFlynN Wraith said...

hahha memang tengah kumpul gak ni takleh nak lepas2 je kumpul hahahah

Bilal binti Robah said...

aku aifon bukan taste sgt la
aku lebih kepada samsung n BB
tapi if ada yg nak bg aku seprais present aifon 4S
PERGHH STYLE DOE!

HAHA

AcidFlynN Wraith said...

hahaha berkurun gak kalau ada org nak bg kat aku pon hahahahah

kunci locker said...

fuyoo...nk beli iphone...terbaik...beli utk aku 1...hahaha

AcidFlynN Wraith said...

Kunci : ko nak jugak? haha boleh. aku belikan yang display set plastik tuh. hahaha

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here