THE COCOON ™: ::Entry Panjang::Tawakkal::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

27 October 2011

::Entry Panjang::Tawakkal::

Entah kenapa tetiba aku terimbas balik kenangan lama. Kenangan waktu sekolah la kot. Banyak sebenarnya kenangan yang kita rasa pahit waktu dulu tapi kalau di pikirkan balik rasa macam manis balik. Takde benda nak cerita jadi aku nak kembali ke masa lampau aku dulu. Saje nak amik ikhtibar.

Waktu tu aku bersekolah di Kedah, duduk asrama. Kalau bebudak asrama ni, hari minggu ni dah kira seronok abis la sebab dapat balik ke rumah masing-masing. Tapi bagi aku pulak nak balik tu kalau ada duit je baru boleh balik. Apa yang jadi kat sini pon buat aku sentiasa ingat, kalau kita susah pon, ingatlah Allah, senang pon ingatlah Allah.

Waktu tu bulan puasa dan aku belajar di tingkatan 2. Entah macam mana aku tergerak hati nak balik ke rumah. Parent aku duduk kat Pendang dan aku belajar di Sungai Petani. Kalau aku kira-kira jarak perjalanan adalah dalam 50km jugak kot(secara kasar). Macam biasa kalau bebudak asrama nak balik kampung ni, memang seronok, tak terkecuali jugak aku. Naik bas ramai-ramai, perasaan tu tak tahu la nak cerita macam mana. Untuk perjalanan dari Sungai Petani ke Pendang, aku perlu menaiki 2 bas, dan dalam satu perjalanan tu, aku kena berhenti di Kota Sarang Semut, Alor Setar kemudian tunggu bas dari Alor Setar nak ke Pendang pulak kat situ.

Nak dijadikan cerita, entah macam mana, aku sebenar tak ingat macam mana duit aku dah takde bila dah sampai ke Kota Sarang Semut tu. Macam aku ni, kalau balik kampung, duit untuk tambang tu memang dah reserve dah, tak kacau tapi entah macam mana hari tu aku tak tahu pulak duit tambang aku hanya cukup untuk berhenti di Kota Sarang Semut. Nak telefon orang tua aku, syiling pon takde.

Akhir sekali aku nekad dan tawakkal pada Allah. Aku nak balik dan nak tak nak, aku memang kena nekad gak balik waima terpaksa berjalan kaki sekali pon. Bulan puasa, jalan kaki. Memang betol-betol nekad. Waktu tu orang tua aku tak pakai kereta lagi. Pergi kerja naik moto Honda Fame dan waktu aku sekolah rendah dulu, orang tua aku pergi kerja naik basikal je. Tu cerita lain pulak la.
Berbalik pada kisah aku berjalan kaki, memang aku dah nekad sangat-sangat dan bermohon pada Allah je dalam hati ni. Aku pon teruslah melangkah kaki untuk balik ke rumah dan kalau tak silap perkiraan aku, adalah sejauh 20/25km jugak kot kalau tak silap aku. Dengan panas terik, bulan puasa, tengah hari pulak tu. Azabnye jangan cakap la... memang teruk(bagi aku la). Tak tahu macam mana, aku macam teringat-ingat ke macam ada orang bagitahu kalau kita dalam kesusahan, baca la Ayat Kursi dan berzikir. Sambil melangkah, mulut aku terkumat kamit membaca ayat Kursi. Berulang kali sampai aku tak tahu brape kali aku baca sambil dalam hati aku mohon bantuan dan pertolongan dari Allah swt moga dihulurkan bantuan pada aku yang memerlukan ni.

Hampir separuh dari perjalanan aku berjalan kaki tu, tiba satu dekit dimana terselinap perasaan nekad. Aku memang nak nekad tahan teksi walaupun dalam poket ni takde satu sen. Aku ingat nak tahan teksi, pegi ke tempat kerja ayah aku, dan pegi mintak duit. Tak terpikir pasal tu sebenarnya sebab rasa macam menyusahkan orang tua aku. Akhirnya aku buat keputusan untuk tahan teksi. Dalam hati ni takut, risau semua ada. Aku berhenti jalan kaki dan tunggu teksi lalu dan kemudian naik teksi tu. Ada penumpang lain gak dalam tu dan dia sorang lelaki berjubah. Sambil duduk dalam teksi tu aku pikir, nak mintak tolong kat orang ni ke tak, dan aku amik keputusan nak mintak tolong. Aku bagai salam dan aku bercakap dengan perlahan (supaya driver teksi tu tak dengar), aku mintak tolong supaya dipinjamkan aku duit untuk membayar tambang teksi tu. Muka ni malu jangan cakap la, memang rasa tebal abis. Lelaki tu tengok aku, senyum pastu dia cakap.. takpe, jangan risau. Dalam hati ni Tuhan je tahu macam mana aku rasa. Syukur.

Aku bagitahu dia nanti aku akan bayar balik. Dah sampai ke destinasi, kami turun dan lelaki tu membayar tambang aku. Aku pon ucapkan terima kasih dan mintak dia jumpa kat tempat kerja ayah aku keesokkannya untuk membayar balik duit yang dia dah bayarkan tambang aku tadi. Lepas bersalaman, aku terus pergi. Keesokkannya aku pergi nak berjumpa dia. Tapi dia takde pon. Aku pusing-pusing kat kawasan sekita, aku jumpa jugak. Dia kerja dalam gerai yang menjual buku-buku agama semua tu. Aku tegur dan dia cuma senyum. Aku nak bayar balik duit tu tapi dia taknak terima. Itu aku tak tahu la pasal pe. Benda ni memang aku ingat sampai sekarang la.
Pengajaran? masing-masing ada konklusi kan dan apa yang patut di amik ikhtibar. Tapi bagi aku, kalau kita sentiasa mengingati Tuhan, maka Tuhan pon akan sentiasa ingat kita. Jangan ingat time susah je. Kalau kita buat kebaikan, tak perlu la kot nak cerita kebaikan yang kita dah buat tu. Cukup dengan kita masing-masing tahu. Tu saje cerita aku. Cerita panjang. Bosan? Korang nilai sendiri.

FootNote ~ Aku penah tolak motor scooter aku yang rosak dari Taman Tun Aminah sampai ke fly over Perling. Jauh? ntah tapi motor tu berat hahahaha

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here