THE COCOON ™: Jom Tikam hehehe Bukan Tikam Nombor...
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

25 August 2011

Jom Tikam hehehe Bukan Tikam Nombor...

Salam semua user dan program... heheh merepek pulak... Lagi berape hari dah nak menjelang Hari Raya ni, tiba-tiba entah macam mana aku boleh flashback balik waktu zaman aku kecik dulu. Setiap orang ada pengalaman sendiri dan kali ni aku nak kongsi la serba sedikit waktu kecik aku ni kan. Boleh tergelak sendiri kalau di kenangkan balik.

Kat sini aku nak cerita sikit pasal Papan Tikam atau lebih kurang macam kertas cabutan bertuah.. Kat kampung aku dulu memang ada jual benda alah ni. Tapi sekarang aku tak tahu la ada ke tak lagi. Niat aku cuma nak kongsi pengalaman waktu kecik dulu je. Tapi ingat... Judi tu haram. hahahahah Seperti tajuk yang korang tengok ni kan, pasal Papan Tikam ni.Kalau dapat duit raya je dulu, memang benda ni aku beli dulu. Bukan ape, cuma nak bawak balik modal je. Jadi peniaga sambilan. Papan Tikam ni memang la satu permainan judi. Dulu aku main pon sebab aku tak tahu benda ni haram. Mungkin takleh nak beza mana baik dan mana buruk kot. Asal boleh dapat duit je. Hentammm hahaha 

Serba Sedikit mengenai Tikam

Permainan Tikam ni lebih kurang sama dengan permainan cabutan bertuah. Cuma cabutan bertuah ni dapat hadiah best la kan jika nak dibandingkan dengan permainan Tikam ni. Kertas keras yang macam kalendar ni aku panggil papan je la. Nanti korang kompius pening lak. heheh... ok Selalunya hadiah yang terdapat dalam kertas cabutan ni selalunya pulangan duit syiling 20sen, 50sen rm1 atau sebagainya, bergantung pada papan yang kita beli. Modal untuk beli benda ni tak banyak. Ni cerita dalam tahun 80an ke 90an gitu la.. ada yang rm2, ada yang rm1.80 dan sebagainya. Paling kurang pon kertas untuk cabutan tikam ni ada dalam 200 keping kot.. Itu pon aku dah ingat-ingat lupa. Kalau jual 10sen untuk sekali cabut, memang untung la kan. 

Dulu-dulu aku selalu beli tikam ni kat Rumah-Ala-Kedai-Runcit je. hahah..Korang tahu ke mende Rumah-Ala-Kedai-Runcit neh? Alaaa.. Sebuah rumah dalam kawasan rumah tu dia buat kedai runcit.. penah tengok? Tak pernah? er.. zaman skang ada lagi ke? ada tapi tak banyak. Ada macam-macam permainan tikam yang derang jual. Selain dari papan tikam ni, ada jugak yang jenis gores. Zaman skang kan ada org buat Gores Dan Menang-Tipu kan kan... Mungkin idea ni jugak yang derang amik ni. Pasti punya lah. hahahha

Cara nak bermain tikam ni senang je. Mula-mula bayar la kat taukey tikam ni. Katakan untuk 2 keping kertas cabutan tu 10sen, korang pon cabut. Kemungkinan yang akan korang dapat, cabutan hadiah duit atau peluang untuk buat cabutan secara percuma dimana terdapat nombor cabutan yang lain. Selalunya macam tu la. Kalau kertas cabutan korang tu takde kedua-duanya, bermakna korang kalah.Kat sini la kita leh nampak tu judi hahahaha sebab korang menghabiskan duit untuk sesuatu yang sia-sia. Aku taukey judi je hahahaha.. gurau je. Aku cuma nak cerita je macam mana nak abiskan duit budak-budak yang pegi beraya sakan. heheheh Jahat tol. 

Aku ada survey juga pasal papan tikam ni, ada la jumpa 2-3 org blogger yang posting pasal ni. Tetiba aku teringat je so aku ingat memang nak share jugak pengalaman aku ni kan. Kalau di kenang, memang best. Tu belum cerita pasal mandi sungai, serkap ikan kat bendang, meriam tiang telefon, meriam tanah dan macam-macam lagi. Apa yang kita lalui waktu kecik dulu kalau dikenang bila dah besar, memang boleh buat kita senyum sorang-sorang. 


FootNote ~ Judi Itu Haram.....heheheh Selamat Bersahur 

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here