THE COCOON ™: BERcuti Lagi Yeah
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

26 November 2011

BERcuti Lagi Yeah


Ohh yeah ! Dah sekian lama tak balik kampung, hari ni dapat gak balik kampung. Sebenarnya aku tak terpikir pasal nak balik kampung pon tetapi kebetulan adik aku yang duduk kat Melaka datang ke UTM sebab dia ada program dengan student dia kot. Lepas tu dia ajak aku balik Rawang. Tumpang dengan dia naik bas kolej ke Melaka then dari Melaka naik kereta dengan dia terus balik ke Rawang.
Pukul 3 jap lagi, terus la aku gerak ke UTM. Jumpa dia kat sana. Dah la join dengan bebudak U naik nanti hahaha giler segan. Harap dapat gak update blog bila balik kat sana. Memandangkan kat sana takde Streamyx, hanya berbekalkan Celcom Broadband je. Ok la kot dari takde langsung kan. Baju pon takde kemas pe lagi ni. Bawak backpack je cukup. Takde bawak banyak-banyak. 

Dulu punya cerita kalau balik kampung, aku naik bas je. Memang best (camne leh tak terpikir pasal Train). Dari Larkin naik bas ke KL, pastu bila sampai kat Puduraya tu aku jalan kaki dari Pudu ke Bank Negara sebab nak naik Komuter kat situ. Dari Komuter Bank Negara, aku naik pergi ke Tanjung Malim. Sebelum Parent aku pindah ke Rawang, derang duduk dekat Tanjung Malim. Tu dekat la kot kan. Kalau yang jauh pon ada gak. Dari Kedah pergi ke Kelantan naik bas, kemudian dari Kelantan ke Johor Bahru naik train. Dulu-dulu memang aku banyak travel gitu kan. Tempat yang aku tak pernah stay lebih lama ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. Lain-lain tempat aku dah pernah duduk sama ada kerja atau belajar dan kecuali Sabah Sarawak je yang aku tak sampai lagi. hehehe

Ok. Dah cukup membebel, nak kena siap dan kemas apa yang patut. Untuk kengkawan, selamat berhujung minggu. Gunakan masa rehat korang dengan sebaiknya.

FootNote ~ Waktu cuti adalah waktu untuk aku manjakan fizikal dan mental aku dengan berehat dalam bilik sahaja.

8 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

balik kelantan eh? kelantan area mana? selamat balik kampung! hehe

nadeafu chan said...

dari pudu jalan kaki ke bank negara tak jauh ke? =.=

sha my heart said...

adik jadi lecturer ke? awak kerja apa pula?
asal dari mana? *aduh, serius tak tahu latar belakang awak.

selamat bercuti ya.. =)

AciDFlynNWraitH said...

Eta : Balik Rawang ler hehehe
Nadeafu : Er jauh gak tapi sbb tak tahu naik LRT hahahahah
Sha : ye adik lecturer. sy misteri hihihih thanks sha

nadeafu chan said...

kalau naik lrt turun kat pwtc..jalan sikit gie stesen ktm putra huhu

AciDFlynNWraitH said...

Nadeafu : dulu-dulu mana reti sangat heheh tu yg gamble jalan kaki

rozeeta rashid said...

alamak. silap daa. malu. haha. *tutup muka*

saya mimpi ke apa baca post ni. haha.

AciDFlynNWraitH said...

uik takpe tak silap pon, kadang kalau g kelantan pon memang nak kena balik rawang dulu. heheh mimpi? yeke

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here