THE COCOON ™: ♂ Banjir OH Banjir ♂
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

24 November 2011

♂ Banjir OH Banjir ♂


Musim tengkujuh dan musim hujan dah tiba. Hari-hari nak hujan walaupun kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai. Kat berita hari ni pon banyak tempat dah kena banjir dan yang paling kena tempiasnya, Kelantan, Terengganu dan Johor (buat masa sekarang). Statistik kedua-dua negeri untuk mangsa banjir adalah seramai seribu lebih mangsa banjir. Ada yang tak sempat selamatkan barang dan ada yang sempat. Air  banjir naik setinggi rumah. Hampir menenggelamkan atap rumah gak tu.


Pengalaman banjir? Yep.. aku pernah gak alami pengalaman banjir sewaktu berada di Kelantan. Balik rumah atuk. Rumah tepi pantai dan kalau tiba musim tengkujuh, angin dan hujan tu dah berlawanan. Binggit telinga dengan deruan angin dan air hujan yang menimpa atap zink. Bising tapi best cuma yang tak bestnye jangan main air banjir, jangan mandi hujan, alamatnya padah yang menimpa. Hari ni gak dah ada mangsa yang mati akibat banjir. Mana-mana tempat yang kena banjir tu, selalu la beringat-ingat. Tengok adik-adik kecik kita tu, kemas barang-barang sebagai langkah berjaga. Yang pernah aku lalui pon air separas ketiak. Dulu kalau musim hujan ke banjir, benda yang aku terlintas cuma nak menjala ikan je sebab kalau dah banjir, kolam ikan mesti dah melimpah.. dapat la ikan besar-besar. Tak lupa juga dengan sang bedal kalau salah time. heheh

Satu lagi banjir yang amat merbahaya dan perlu kita elak ialah banjir mengejut di kawasan air terjun. Kalau korang pernah tengok video kat youtube atau pernah alami sendiri, banjir kat air terjun lagi merbahaya sebabnya ia terjadi selepas hujan lebat. Kawan air terjun tu akan tiba-tiba dibanjiri dengan air yang datang dari hulu. Search kat youtube  "Flash Flood Waterfall". Air yang datang tu memang secara tiba-tiba kalau nak dibandingkan dengan banjir biasa dimana kalau hujan lebat tak berhenti, kita dapat tengok paras air yang naik sedikit demi sedikit, tapi kalau di kawasan air terjun, air akan datang dengan mencurah-curah secara tiba-tiba. Memang tak sempat nak selamat kan diri. Oleh itu, elakkan dari berada di kawasan air terjun semasa hujan. INGAT !

Untuk kawan-kawan yang ada terkena tempias banjir, aku harap berhati-hati. Jangan sampai kehilangan nyawa. Bagus gak hujan gini kan, tido malam pon lena je. Tapi tu la.. nyamuk lak banyak.

FootNote ~ Best pulak kalau kecik-kecik dulu, mandi air hujan, main hujan sampai sejuk. Pastu makan bubur kacang. fuhh... terangkatttt la wehh

5 EDITOR COMPLAINING:

rozeeta rashid said...

eh kampung kat kelantan ye? sama lah kita! hehe. dulu pernah sekali masa saya tadika, penang banjir. seronok! sekolah pun cuti. =D

K said...

tak pernah ada pengalaman banjir lagi.

Unknown said...

Cik Eta : yes.. kampung kat sana. hehe Penang banjir? jarang dengar gak tu hehehe memang best main air hujan


keroro : Best sebab dapat main air je. Yang bahayanya boleh lemas

shamyheart said...

oo, begitu.

sama macam Azri, tak pernah ada pengalaman banjir.

tq bagi ingatan =)

semoga berbahagia di sana, ya

Unknown said...

Ingatan musim hujan dan banjir, hujan jalan basah, keta hati2 gak hehehe

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here