THE COCOON ™: Johor : Premium Outlet
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

31 December 2011

Johor : Premium Outlet

Premium Outlet Logo

Ni benda aku ada dengar kat Facebook pasal Permium Outlet. Kalau korang nak tahu Premium Outlet ni tempat membeli belah yang mengumpulkan koleksi dari jenama yang terkenal macam Polo Ralph Lauren, Nike, Calvin Klein, DKNY, GAP, Levis dan macam-macam lagi. Bagi yang suka barang branded macam ni, boleh la jalan kat sini. Dengar kata ada diskaun dari 30% sampai ke 50%. Bukan senang tu kan. Dah tak payah nak pegi ke KL ke, mana ke kan sebab kat Johor ni dah ada satu.


Untuk pengetahuan korang gak, Premium Outlet ni hanya terdapat 3 je kat Asia ni dan salah satunya adalah Johor Bahru tapi seriously memang ramai orang kat sini. Tempat parking lak kena bayar RM3.00. Tempat ni gak dirasmikan oleh Perdana Menteri kita dan dibuka pada pukul 10 pagi sampai ke 10 malam. 
Johor Premium Outlets

Apa yang ada kat sini cuma la butik jenama terkenal, foodcourt dan sebagainya. Tak tahu pe yang korang nak expect tapi bagi aku kalau takde duit pon sekadar nak datang jalan-jalan kat sini, rasanya ok sebab view yang cantik dan lagi satu tempat yang lain dari yang lain la kot. Kalau kita tengok tempat membeli belah yang lain, takde lagi la open air macam ni. So ape tunggu lagi.. meh meh pegi. heheh


Untuk yang dah ada kat JB ni, terus la pegi sebab alang-alang dah dekat kan? Kalau yang jauh tu boleh gak datang. Best woo... selalunya yang banyak datang kat sini dari Singapore dan Kuala Lumpur. Boleh google kalau tak tahu jalan atau nak tengok lebih lanjut pasal Johor Premium Outlet.

FootNote ~ Selamat Menyambut Tahun Baru yek semua.





0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here