Baru je abis tengok movie Immortals. Kalau korang tengok trailer kat youtube, mesti ada yang cakap macam cite Clash Of The Titans atau 300 je. Bagi aku cerita yang nampak lebih kurang sama je. Effect takde la teruk mana dengan 300, tapi jalan cerita seakan - akan Clash Of The Titans. Nape aku cakap macam tu? Meh aku explain sikit-sikit dari sudut pandangan aku sendiri.
Ni la dewa dewi Greek
Dalam filem 300, cerita pasal 300 tentera Spartan melawan Persian. Xerxes iaitu orang yang anggap diri dia tu tuhan, nak rakyat Spartan menerima Persian dan Xerxes sebagai tuhan. Macam Firaun jugak kan. labih kurang la. Jangan pikir benda teruk-teruk, pikir pasal cerita ni je. Takde kaitan dengan fakta atau mitos sebab kita berdiskusi dan buat ulasan pasal filem saje. heheh Persamaan dengan filem 300 dan Immortals ni, derang memang lawan dengan askar yang melambak-lambak di pasaran, dan kat effect pulak, memang tak terlawan la kot dengan kesan khas pada 300 yang ada slow motion, percik darah sana sini, kepala putus tu kan tapi dalam filem Immortal, part tu ada sikit-sikit je. Takde teruk sangat macam 300 lagi-lagi bila scene dalam Immortal tu, bahagian dewa-dewi Greek berlawan dengan Titans. Ada la kesan khas slow motion ala matrix tu.FootNote ~ Nampak macam best je Epirus Bow tu sebab tak payah bawak anak panah. Terus tarik dan lepas. hahahhaha