THE COCOON ™: Diaorang dah dapat DUIT RM500
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

01 February 2012

Diaorang dah dapat DUIT RM500



Wow hari tu atau patut aku cakap baru-baru ni dengar ada yang dah dapat baucer RM500 dari BR1M tu. Berpusu gak orang pergi. Aku dengan secara tak rasmi pegi buat liputan sikit. Nak tangkap gambar tapi sayang takde kamera lak. Aku sekadar jadi pemerhati kat sana je la. Untuk kawasan Johor Bahru ni, ada yang derang buat kat Dewan MBJBT Lima Kedai. 

Nape Lima Kedai? Nama tempat tu Lima Kedai. Sejarah pasal tempat tu jangan tanya aku sebab lain tahun aku cerita pasal sejarah. Sebenarnya kan aku memang tak penah pon pegi atau jalan-jalan kat Lima Kedai ni. Dek kerana kesungguhan nak tengok orang dapat duit, (keta dah takde GPS) aku pon meng"google"kan Earth. Nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je. Tak sampai pon setengah jam dari tempat aku.

Untuk pengetahuan korang, Dewan MBJBT Lima Kedai ni kat tepi jalan besar je. Memang tak susah la nak mencari tapi apa yang aku rasa bila sampai kat dewan tu, memang leh geleng kepala sebab orang ramai yang berpusu datang ke dewan tu semuanya parking kat tepi jalan. Jammed? Memang sesak mengalahkan kat bandar. Polis pon lambat datang untuk kawal lalu lintas tapi bagi aku jammed sebab orang nak cari parking kat tepi jalan je so kereta yang belakang tu kena la tunggu.
Proses penyerahan baucer tu tak lama sebab derang susun bukan ikut nama tapi ikut umur. Sape yang paling tua sekali, yang tu la yang pertama. Yang muda lak yang last. Bagus kan sebab kesian la kat orang veteran ni kan. Nak tunggu lama-lama nanti derang penat so kita dahulukan pada warga emas. Yang sihat tubuh badan dan muda-mudi ni boleh la tunggu sekejap. Kat luar dewan tu derang bukak 3 khemah. Aku pergi gak ushar nak tengok apekebenda yang derang wat. Ohhh.... ghupenye tempat kaunter untuk kita semak ic kita. Mana yang dah dapat surat tu boleh terus pegi masuk ke dalam dewan dah yang tak dapat surat tu boleh la semak. Bagus gak gitu tapi yang kesiannya kat derang ni bila yang datang asyik tanya soalan sama dan derang tekun dan sabar duk bagi jawapan yang sama iaitu " SAPA YANG DAH DAPAT SURAT, BOLEH TERUS MASUK DEWAN." Bagus tak macam tu? memang bagus. Melayan karenah pelanggan dan aku tabikkkk gitu. Takde la macam nak tak nak jawab je kan.
Kemudian tahu apa jadi? Lepas dewan sesak, bank pon sesak gak la hahahaha.. dah semua yang dah dapat baucer tu terus pegi tuka kat bank. Proses tak lama mana pon. Tapi ada gak benda yang wat aku nak tergelak sendiri bila ada sorg dua individu macam bangga la dapat RM500 neh. Cakap mau kuat-kuat. Yela aku paham aku tak dapat RM500 tu, korang dapat. Tak payah nak kecoh-kecoh cerita. Ada jugak aku pergi survey kat bank dan kalau nampak macam adegan macam tu,, aku cuma perlu cakap kat diri aku.. sabooo je la wehh... rezeki masing-masing la dah dapat tu.
Untuk yang tak dapat lagi atau dah semak tapi takde nama jangan risau sebab derang bagitahu, kalau takde maksudnya surat tak keluar lagi la tu. Bukan bermaksud GAGAL atau TAK DILULUSKAN.  Rakyat Malaysia berape banyak kan. So memang derang buat batch by batch, Kalau buat sekaligus semua memang jammed yang amat sangat la kan. Kena rasional. Jangan lak check nama takde terus pegi amik isi borang RAYUAN lak. Borang RAYUAN hanya untuk yang GAGAL sahaja. Tu kena paham. Okeyyy

FootNote ~ "Only unsuccessful applicants will be notified to submit an appeal letter."


0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here