THE COCOON ™: Jiranku RACIST ! Ha Ha Ha
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

26 February 2012

Jiranku RACIST ! Ha Ha Ha


Betol ke racist? tak tahu la apa yang aku patut cakap sama racist atau memang perangai dia memang macam tu. Kat sape aku kata ni? Kat jiran sebelah rumah aku. Nape aku cakap dia racist? Sebabnya seluas-luas jalan kat depan umah dia, seluas dan sepanjang longkang kat depan rumah dia, kawasan rumah aku jugak yang dia buang tahi anjing. Oh.. sebab rumah dia tempat parking keta tu bersimen, berjubin kilat-kilat takleh buang la? mesti kena buang dalam kawasan rumah aku juga? Tak ke racist tu?

Pesal tu je panggil racist? Yeah sebabnya memang berjiran tapi tak pernah tegur. Orang lain yang berjiran depan belakang, er kulit ada sama sikit tapi kaum lain-lain, ada je tegur. Ok je tegur kan. Tapi yang kat sebelah ni jangankan tegur, siap mengumpat kat belakang, pastu jiran lain pon duk cite kat kite. hahaha so ape masalah kau wahai jiran sebelah?
Hari tu kau baru pindah, memang bising woo, ko tebuk dinding rumah kau sana sini, tapi aku tak bising pon. Wat tak tahu je. Bila aku cakap kalau nak tebuk dinding sampai roboh pon tengok la masa sama kan? Dah tu seluas-luas rumah kau tu, boleh pulak kat buang kat tepi pintu dapur aku? tak ke racist tu? Tolong la weh kita ni hidup berbilang bangsa. Tak kisah la kaum pe pon hidup kena la toleransi, hormat satu sama lain. Bukan buat  ikut kepala kau je.

Kalau kepala otak duk nak anti kaum lain, memang susah la macam tu. Kalau nak ikutkan ati aku ni, memang nak bawak parang je depan umah kau tu tapi duk pikir kalau aku wat macam tu gak, memang takde beza aku dengan kau tu kan wahai jiran yang racist. Apa pon aku sabar je la. Kalau duk wat kepala sendiri teruk-teruk lagi memang tak mustahil la kan benda ni nak jadi teruk lagi.

FootNote ~ Hidup la kaw dalam dunia kaw sendiri la yek hahahah

3 EDITOR COMPLAINING:

F A R Y N said...

lenkali amik taik anjing tu,letak elok2 depan umah dia... ahahaa

Hanif Bloglist Blog said...

Alamak ini yang buat pening kepala dapat jiran macam tu..
aku lak dapat jiran tahap kotor skala 10....
Susah nak cakap yek!!!
Datang dari Hanif Idrus Blog
http://hanifidrus.blogspot.com

AcidFlynN WraitH said...

Faryn: Kalau lepak petang2 depan umah mmg ada taik hanjin tu depan umah dia. berak merata. hahaha

Hanif : Memang pening dan sakit ati pon ada

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here