THE COCOON ™: 03/01/2012 - 04/01/2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

21 March 2012

Pusat latihan Kejenteraan Pertanian

0 EDITOR COMPLAINING
 

Penat gak aku hantar adik aku ke tempat dia belajar. Ingatkan dekat je tapi jauh pulak heheh.. Kalau nak diikutkan, dia pegi drive sendiri je tapi disebabkan kereta dia rosak dan tersadai kat rumah (keta aku pon kat bengkel gak hahaha) terpaksa la aku guna kereta abah untuk hantar dia kat Tanjung Karang. Boleh tahan jugak jauh. Aku ingatkan dekat lak hahaha

 

Sekali sekala jalan kat tempat yang kita tak tahu, nanti senang la kalau nak pegi jalan-jalan kan. Tak silap aku hampir 45 minit gak kot kalau dari umah aku pegi ikut ke Bukit Tagar. Hari Jumaat ni nak kena amik dia pulak so aku memang nak kena ingat jalan neh dah la aku ni jenis yang malas nak drive hehe tapi best kalau sekali sekala drive. Bukan malas pe kalau duduk lama-lama kang mau sakit pinggang segala bagai. Lagi pon aku ni dalam proses rehat dan menyembuhkan diri je heh.

Bila dah berjalan ke sana, aku baru tahu n kenal tempat. Aku nampak Unisel iaitu Universiti Industri Selangor, dan aku jumpa Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Ala tempat yang banyak kelip-kelip tu. Ingat tak ada iklan TNB tu. Ada la aku lalu situ tapi takde singgah pon. Bagus berjalan ni sebab dapat kenal banyak tempat dan yang tak bagusnye, penat. Tu je hahahha penat badan dan penat duit. Yang penting selamat pergi dan selamat pulang. Kena hati-hati gak tu hehehe okeyyyy


Read more

20 March 2012

TBS - Cinta Bandar Tasik Selatan hahahaha

0 EDITOR COMPLAINING
 

Huaa aku masih lagi kat kampung. 3 minggu kat kat Rawang neh. Penangan sakit dan juga pasal nenek aku meninggal tu. Ok semalam aku pegi la anta adik pompuan aku yang num 3 neh. Dari Bukit Beruntung ni aku drive je sampai ke bandar Rawang, pastu naik Komuter pegi ke Bandar Tasik Selatan nak pegi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Agak bosan gak sebab ada la dalam sejam perjalanan pergi. Aku pegi waktu tu dalam pukul 8 malam kot. Adik aku nak balik Pulau Tioman, tapi dia nak pegi Melaka dulu sebab adik aku yang pompuan, num 2 kije kat sana. Dia nak tumpang tido pastu keesokkan harinya baru la dari Melaka pergi ke Mersing. Jauh berjalan yek. hehehe

Pengalaman aku kat stesen bas besar-besar ni cuma la kat Shahab Perdana, Larkin, Kota Bahru, Bukit Jalil dengan Pudu dan seriously memang aku tak brape suka. Seksa woo nak pegi kat stesen tu sebab banyak sangat la ulat tiket. Yang tu la aku paling tak suka kalau nak pergi stesen bas neh. Zaman aku naik bas ni waktu aku sekolah dulu-dulu la. Travel dengan bas memang best tapi penat. Tapi bila aku jejak je kaki kat TBS ni wow memang cantik sungguh. Sebelum ni tengok kat tv je la dan memang tak pernah jejak pon.

Masuk je dalam TBS ni, memang serba serbi nampak molek, cantik, bersih dan ala-ala canggih sket la. Betol la sebijik macam kat airport. Lepas tu takde sesak sangat, ada polis lagi tunggu kat pintu masuk nak ke bas. Hanya pemegang tiket saje yg boleh masuk. Hehehe tapi kira ok la macam ni. Aku lagi suka nak berurusan ape-ape pon kalau macam ni kan. Kalau nak flashback balik waktu kat pudu tu, serius takleh nak kata pe. Dengan panas, ramai orang, ulat tiket sana sini. Nak beli tiket pon tak tenang kan.

Aku pegi malam tu pon kejap je. Sampai dalam pukul 9 pastu beli tiket, pukul 10 adik aku dah gerak balik Melaka. Sampai la dalam pukul 1 pagi gitu. Alhamdulillah selamat sampai. Tapi bagi aku tu memang pengalaman yang menarik. Sebab pe menarik, sebab skang ni balik kampung ke, pegi mana-mana ke, naik kereta je. Dah jarang nak jejak naik bas. Paling kurang pon aku naik train JB ke Tanjung Malim. Lagi senang kot. Heheheh servis memang terbaik lah...
Read more

13 March 2012

Hypocalcemia... Baru Tahu....

4 EDITOR COMPLAINING

Selamat bertemu kembali. Masih lagi dalam keadaan merehatkan diri dari segala bagai kekusutan dalam kepala otak dan beserta badan aku yang memang tak sihat sangat. kononnye nak tunggu fully recover gitu. Ceritanya bermulanya aku sakit macam ni, hari ahad petang, aku dan adik aku dalam perjalanan balik ke kampung sebab nenek aku telah pergi mengadap ilahi, Waktu tu aku yang drive. Entah macam mana tengah syiok drive, kereta masuk lubang, dan tak dinafikan lagi aku tayar bocor. Terus aku berenti kat tepi bahu jalan sebab nak tuka tayar spare. Buat dengan kelam kabut. Ok la tu kan.

Sampainye aku pagi tu kat kampung, kaki aku cramp. Tak pernah jalan jauh gini kaki cramp tapi hari ni pelik. 3 kali aku jatuh waktu berjalan. Adik gelak-gelak je. heheh tapi aku muka heran sebab memang tak pernah jadi macam ni. Sampai kat pintu rumah, aku duduk. Kaki aku rasa lain sangat sebab macam nak berlipat je kaki. Takleh lurus. Tu ok lagi. Aku try bangun pastu berdiri kejap, aku jatuh. langsung aku tak bagitahu ape pon hingga ke petang, parent aku tengok aku duduk tak berganjak langsung. Terus la aku bagitahu aku takleh bergerak dan terpaksa mengesot. Alaaa yang macam suster ngesot tu la hehehe . Abah aku dah geleng kepala. Memang teruk dah ni, Umi cadangkan aku dibawa ke tukang urut ni. mengurut kejap dan dia cakap ada benda yang menumpang kat badan aku. Aku iye kan je,



Abah tak puas ati, terus dia masukkan aku kat hospital. Adik laki aku yang num 4 tu la yang tukang angkat aku masuk keta, keluar keta. Terdetik kat ati aku sekejap. Nasib baik dia besar. Aku memang tak berdaya nak buat ape pon. Dari kaki, pergi ke tangan. Badan ni jangan cakap ape la, memang nak pusing pon takleh. Seminggu gak aku kat sana. Niat nak pergi tengok kubur arwah nenek aku, tapi aku pulak yang masuk hospital. Seronok bila ada orang datang tengok sebab rasa macam orang bagi sokongan. 


Adik aku teman pon dalam 2-3 hari gitu la pastu aku leh jalan sket2 dia dah tak teman, memang betul bosan duduk kat hospital ni tapi aku rasa seronok sebab nurse pon peramah. Takde la yang muka-muka masam ke ape. Aku rasa kalau derang nak wat muka masam mesti derang pakai tempat tutup mulut dgn hidung tu kan. heheheh. Bila aku dah boleh bergerak semua, alhamdulillah, dapat gak keluar tapi kena buat rawatan susulan nanti kat HSA. Tu pengalaman pertama bagi aku masuk hospital. Lama pulak tu kan. Sebelum ni aku pengalaman jaga ayah aku kat hospital je. Tido kat sana seminggu, tiap-tiap minggu gilir2 dengan adik beradik aku jaga ayah aku. Tapi bila dah rasa sendiri duduk dalam tu, jadi macam tu baru la tahu camne rasa orang lain kat dalam tu.

Apa pon waktu aku berurut tu, orang tu cakap aku ada kena tegur dengan benda2 pelik. Nak mengesahkan benda tu lak, adik aku cakap, lepas aku tuka tayar, aku ada basuh tangan aku kat satu bengkel ni. tengah-tengah malam mana bengkel bukak, pastu aku tengok depan bengkel tu ada air tadahan, so aku basuh la kat situ. bila aku ajak adik aku basuh tangan, dia taknak. Lepas aku sihat ni dia cakap la kat aku yang tempat aku basuh tangan tu sebenarnya takde air pon. Lepas tu aku terdiam. Tapi jelas aku tengok memang ada air. Benda nak jadi kan. Doktor la bagitahu aku, yang aku ni kena hypocalmia dengan hypocalcemia. Kurang calsium. Aikkk hahahah yeke kurang? waktu aku masuk tu, 0.3 je calsium lepas keluar naik 2.6 calsium. huaaaaa

Skang alhamdulillah, aku sihat dan berehat-rehat di Bukit Sentosa, Rawang. Heheh rumah parent aku la. Sabtu ni kalau takde aral melintang, baru gerak balik Johor bahru. Memang jadi pengajaran gak buat aku. kan kan heheh tu saje cerita aku. hehe bosan sebab panjang kan heheh

Read more

11 March 2012

Hospital.. Aku Datang la

5 EDITOR COMPLAINING

Rasanya lama pulak aku tak online dan berblog. Ni pon disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Minggu lepas aku terpaksa balik ke kampung sebab nenek aku meninggal. Bila dah sampai, derang dah tanam pon. Tapi takpelah tu. Semoga roh arwah di tempatkan dengan orang-orang yang beriman. Amin..

Disebalik tu jugak, hari pertama aku samai kat rumah entah macam mana kaki dan tangan aku cramp dan seolah-olah lumpuh. Terus aku dimasukkan ke hospital selama seminggu. Hari isnin petang sampai la khamis tengahari. Memang pengalaman yang menginsafkan sebabnya aku memang tak pernah lagi merasa duduk kat hospital dan di kalangan adik atau keluarga aku sendiri, cuma abah dan angah je kot yang pernah masuk hospital. Pengajaran bagi aku, memang betol kata ayah aku, kalau orang sakit tu memang dia perlukn sokongan keluarga atau kawan-kawan. Kena pergi tengok sekurang-kurangnya kita memberi dia semangat. Macam tu gak aku rasa. Tengok abah dengan umi datang jenguk aku waktu aku sakit minggu lepas. Ingatkan aku dah kena strok, tapi nasib baik bukan.

Idea nak kongsi cerita kat sini memang banyak tapi kemudahan tak brape nak memuaskan. Aku lebih selesa menaip di komputer buruk aku tu walaupun sekadar windows xp, 2.4 Mhz dan 128mb+256mb ram je janji selesa gitu. Jadi aku ingat mungkin minggu depan atau esok lusa la kot aku update siap dengan gambar aku kat hospital. heheehhe

Ape pon alhamdulillah sebab aku masih lagi di beri peluang untuk bernafas kat muka bumi ni, Memang insaf sangat-sangat la kan. Peace
Read more

04 March 2012

MOTIFbasi

4 EDITOR COMPLAINING

MOTIVASI. Ye aku tak pandai nak bagi motivasi kat orang tapi macam mana kita motivasi kan diri kita? Meletakkan tujuan untuk mencapai impian kita? Atau kita boleh cakap yang motivasi ni macam tukul dan pahat, dimana matlamat kita ada pahat dan motivasi bagi diri kita ada tukul tu sendiri yang untuk kita ketuk diri kita supaya cepat jalan. hahaha serius tak pandai pasal bab ni.

Apa motivasi aku setiap hari? Malam aku bermuhasabah diri. Pikir dan timbal balik apa yang aku dah buat hari ni dan bila bangun pagi aku akan motivasikan diri aku untuk buat sesuatu benda tu. Kalau zaman belajar dulu, memang terpampang la kat dinding dimana kalau aku mengadap pc aku ni kat dinding tu macam-macam kertas yang aku tulis. Formula ke, peta minda ke atau pon kata-kata semangat untuk diri aku sendiri.

Setiap benda yang kita nak buat sekali pon mesti kita akan bermonolog. Seolah-olah cakap kat diri kita sendiri. Aku boleh, Kau boleh, Bertahan la segalanya akan OK dan macam-macam lagi supaya kita tak akan kecundang atau kecewa. Banyak benda yang kita cakap untuk sedapkan hati kita walaupun hakikat yang sebenar tak macam tu tapi tu la kenyataan.

FootNote ~ Kenapa aku cite suma ni? Aku tengah motivasikan diri aku dan nak sedapkan hati aku je.
Read more

03 March 2012

Walaweh... sabtu

0 EDITOR COMPLAINING

Tengah sedap aku menyedapkan diri tadi duk blogwalking tertiba terlintas benda yang aku tengok pagi tadi kat tenet. Oh yeah.. hari ni ada bola hahahah terbaik la. At least dapat jugak aku alihkan kepala otak aku dari duk pikir masalah yang tak henti-henti datang menjenguk neh kan. Menang atau kalah, Chelsea FC tetap di hati hahahah

Aktiviti di hari minggu aku adalah tak dapat tido sampai ke pagi tadi dan hari gak aku tidur pon kejap-kejap je. Ala-ala tidur-tidur ayam gitu. Memang terasa letih kalau tak cukup tido neh. Disebabkan tak tido, aku dapat la makan sarapan dimana, waktu-waktu lain aku hanya bersarapan pada pukul 12 tengahari dan makan tengahari di waktu petang pulak. Hahahah Disebabkan jugak aku duk kat umah, maka dengan ni aku pon masak la dengan ala kadar jugak. Lauk waktu petang sampai la ke tengah malam ialah kobis goreng kunyit dan telur dadar je. Simple tapi sedap. Pon.. aku teringat pasal kereta gak. Kalau ada kereta ni time kebulur boleh terus g mamak kul 2, 3 pagi. Sorang-sorang pon jadi kije gak la kan.

Cuaca hari ni redup sepanjang masa. Seredup hati aku jugak. Kalau jadi macam ni atau dalam keadaan emosi tak brape nak bagus aku rasa macam nak bawak diri balik kampung je. Duduk kat sana tenangkan otak tapi tak boleh jugak. hahahaha. Rasanya dah lama sangat aku tak kije teruk-teruk macam dulu. Cuci kereta dengan gaji rm600 sebulan atau operator kilang dengan gaji rm450. kecik kan? Memang kecik sebab aku dulu kije lepas spm. Waktu tu duduk kat ceruk-ceruk rantau je. Kilang kecik so gaji pon kecik dan penah supervisor marah aku sebabnye aku kije tak berenti, waktu cuti aku OT, waktu kije aku sambung sampai lak wat OT lagi. Camne tu yek hahaha tu la teruk sangat nak kije cari duit dan rasanya tak lama lagi mungkin aku akan wat perangai kije macam dulu balik kot.

Oh dunia... hidup bukan nak kejar wang atau kemewahan semata-mata tapi memang kalau tak kije, takde la duit, kalau takde duit, takleh la makan. Kalau takde social life, memang 5 jam je reserve untuk tido. Sekian.
Read more

Update Wherever I May Roam

2 EDITOR COMPLAINING

Betol ke aku eja gundah gulana? haha hentam je la kan. Yepp yepp appa... memang aku dalam situasi gundah gulana. Sampai skang pon takleh tido, bukan auto posting neh. Hahahah sejak kereta aku masuk bengkel, memang serius rasa patah kaki. Nak pegi kedai pon adoi.. rasa malas sangat kalau nak kena berjalan kaki. Bukan pe kalau malam-malam lapar sengsorang, nak pegi mamak, memang takde punya setakat jalan kaki sebab kat tempat aku ni memang ada kes ragut, mati dan segala bagai. Part tu kena hati-hati gak.

Dah brape hari keta aku kat bengkel. At least aku kena ada RM3000.00 untuk repair kereta. Balik rumah aku hanya mampu letak tangan atas dahi sambil baring. Mana aku nak cekau 3K neh. Kalau setakat bayar sket-sket kat bengkel tu boleh la tapi ada ke bengkel amik ansuran gitu? hahaha ada kot tapi kereta tu memang akan lambat keluar la jawabnya. Semalam ikhtiar terakhir aku, terpaksa jugak bincang dengan adik aku sebab aku nak kena gak beli moto dia. Dia nak jual pon dalam seribu lebih tapi aku mintak tolak ansur sket jual kat aku dalam 1K tapi bayar 2 kali. Masih tunggu keputusan dia macam mana sebab aku tahu moto dia kat kampung tu memang takde sape pakai pon. Adik lelaki aku yang nombor 5 tu tak reti bawak motor clutch, so dia pakai Honda Fame je. Pastu yang tuan empunya moto tu pulak dah pakai keta. Tu pasal la moto dia tersadai macam tu. Dari tersadai gitu ada baiknya dia jual kat aku. Tu rasanya last option aku.

Dah survey kat mudah.my dan kalau tak silap aku mana nak dapat motor 2nd hand 1K. Hahahha bagi orang yang tak berkemampuan macam aku ni memang nak mencari moto 2nd hand bawah 1K je. Kat mudah semuanya 2K keatas. Serius tak mampu. Cuma ni memang dugaan betul la sebab bila aku dapat kerja yang best sket, gaji sedap, jauh pulak tu, kereta aku buat hal, rosak dan macam-macam. Tak tahu aku nak cerita kat sape, so aku cerita je kat sini. hahahah.. Asal aku pejam mata, duk terbayang kereta aku yang berpanas dan berembun kat bengkel tu, terbayang gak mana nak cekau 3K. Aku terpikir kadang-kadang sebab macam ni, dah tak tahu nak ikhtiar camne, ada masalah ke ape ada orang amik jalan singkat dan mudah tapi aku harap aku takde la sampai macam tu sekali. Selagi aku boleh ikhtiar, memang aku akan cuba sebaik mungkin. Tabahkanlah hati aku ni. Nak mencari rezeki, nak tingkatkan taraf hidup aku dan berusaha untuk jadi seseorang sebab selama ni aku tak rasa aku jadi seseorang. Yep..  Aku dah melalut..

FootNote ~ tapi terus tanya semak perkataan.
Read more

01 March 2012

Jatuh Di Timpa Escalator

4 EDITOR COMPLAINING

Tajuk memang gempak nak mampos lak kan. Memang dugaan betol kalau jadi macam-macam neh kan. Kena banyak bersabar dan ingat Tuhan. Macam yang tengah jadi kat aku, Bukan setakat jatuh di timpa tangga, tapi jatuh tersembam, terseret kat jalan tar neh. Takdenye sempat nak elak-elak lagi dah. Har Har Har. Ape la malang hari aku ni dengan kereta rosak teruk ala-ala blown off gitu. Hantar pegi bengkel, macam nak pengsan pon ada bila tanya brape harga repair semua. TUKAR ENJIN SEKETUL !!!!! gila laaaa

2 minggu dari sekarang aku ada temujanji penting gak neh. Memang pening kepala sebab patah kaki la takde kenderaan. Bila ada benda baik nak jadi, mesti la akan datang dugaan yang maha hebat macam ni. Setiap ape perkara, memang kita kena buat pilihan kedua terbaik atau dalam bahasa ekonominya kos lepas. Kalau ada dua benda yang terbaik, memang kita kena pilih satu je yang terbaik. huaaaa

Nak tido pon takleh walaupun aku mmg tiap-tiap malam tido lewat. Hahahaha tapi tido ni memang lain. Bila pejam mata bukannye boleh muhasabah diri tapi masalah tu masuk satu-satu dalam kepala otak. Mengantok tapi tak boleh tido. Memang terseksa jiwa sangat. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk bertahan dalam semua ni.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here