THE COCOON ™: Update Wherever I May Roam
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

03 March 2012

Update Wherever I May Roam


Betol ke aku eja gundah gulana? haha hentam je la kan. Yepp yepp appa... memang aku dalam situasi gundah gulana. Sampai skang pon takleh tido, bukan auto posting neh. Hahahah sejak kereta aku masuk bengkel, memang serius rasa patah kaki. Nak pegi kedai pon adoi.. rasa malas sangat kalau nak kena berjalan kaki. Bukan pe kalau malam-malam lapar sengsorang, nak pegi mamak, memang takde punya setakat jalan kaki sebab kat tempat aku ni memang ada kes ragut, mati dan segala bagai. Part tu kena hati-hati gak.

Dah brape hari keta aku kat bengkel. At least aku kena ada RM3000.00 untuk repair kereta. Balik rumah aku hanya mampu letak tangan atas dahi sambil baring. Mana aku nak cekau 3K neh. Kalau setakat bayar sket-sket kat bengkel tu boleh la tapi ada ke bengkel amik ansuran gitu? hahaha ada kot tapi kereta tu memang akan lambat keluar la jawabnya. Semalam ikhtiar terakhir aku, terpaksa jugak bincang dengan adik aku sebab aku nak kena gak beli moto dia. Dia nak jual pon dalam seribu lebih tapi aku mintak tolak ansur sket jual kat aku dalam 1K tapi bayar 2 kali. Masih tunggu keputusan dia macam mana sebab aku tahu moto dia kat kampung tu memang takde sape pakai pon. Adik lelaki aku yang nombor 5 tu tak reti bawak motor clutch, so dia pakai Honda Fame je. Pastu yang tuan empunya moto tu pulak dah pakai keta. Tu pasal la moto dia tersadai macam tu. Dari tersadai gitu ada baiknya dia jual kat aku. Tu rasanya last option aku.

Dah survey kat mudah.my dan kalau tak silap aku mana nak dapat motor 2nd hand 1K. Hahahha bagi orang yang tak berkemampuan macam aku ni memang nak mencari moto 2nd hand bawah 1K je. Kat mudah semuanya 2K keatas. Serius tak mampu. Cuma ni memang dugaan betul la sebab bila aku dapat kerja yang best sket, gaji sedap, jauh pulak tu, kereta aku buat hal, rosak dan macam-macam. Tak tahu aku nak cerita kat sape, so aku cerita je kat sini. hahahah.. Asal aku pejam mata, duk terbayang kereta aku yang berpanas dan berembun kat bengkel tu, terbayang gak mana nak cekau 3K. Aku terpikir kadang-kadang sebab macam ni, dah tak tahu nak ikhtiar camne, ada masalah ke ape ada orang amik jalan singkat dan mudah tapi aku harap aku takde la sampai macam tu sekali. Selagi aku boleh ikhtiar, memang aku akan cuba sebaik mungkin. Tabahkanlah hati aku ni. Nak mencari rezeki, nak tingkatkan taraf hidup aku dan berusaha untuk jadi seseorang sebab selama ni aku tak rasa aku jadi seseorang. Yep..  Aku dah melalut..

FootNote ~ tapi terus tanya semak perkataan.

2 EDITOR COMPLAINING:

FVN said...

memang semak kalau macam ni...
byk kan bersabar yer..

Unknown said...

memang tengah bersabar heheheh

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here