THE COCOON ™: Belated Story daaa
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

17 April 2012

Belated Story daaa


Gini la jadinya kalau dah masa tidur tak teratur. Memang penat gak kalau hari-hari balik pukul 2 pagi pastu pukul 4 pagi baru nak tido kemudian bangun lak pukul 2 tengahari. Jawabnye tak makan tengahari la aku kan. Tapi memang macam tu je. Sampai je kat tempat kije dalam pukul 4.30 petang, aku tapaukan siap-siap untuk makan bila lapar nanti. Kalau dah tapau ni, memang tak boleh nak simpan bekal tu lama-lama. Takut basi ke ape nanti kan. Dalam beg memang aku dah sediakan 2 botol air. Satu air kopi dan satu air masak. Lepas tu diselitkan gak dengan roti 2 -2 bungkus. Untuk santapan alas perut la katakan. hahahaha

Balik je kije memang kompom aku akan singgah mamak dulu untuk beli nes ais. Sampai kat umah lepas mandi , rehat-rehat, mesti nak minum air ke ape kan. Tu yang aku singgah kedai dulu sebelum balik. Tadi sebelum balik kije aku pegi jalan-jalan kat kawasan bengkel dalam pelabuhan. 3 hari lepas kalau tak silap ada 1 kemalangan. Nepal yang bawak la so aku pegi la ushar lori yang eksiden tu. Bila tengok je lori tu, aku memang tak dapat nak gambarkan mcm mana. Sekeras-keras besi yang solid tu, boleh bengkok. Dengar cite lori tu tersangku treler dengan lori lain kemudian terus langgar kontena kat sebelah. Fuhhhh... kabin lori tu ape lagi, terus remuk la dengan stereng bengkok, cermin pecah, dan ruang kabin tu terkopak ke kanan. Teruk teruk...

Tapi aku mintak simpang la tak jadi macam tu. Bawak jangan laju-laju nak kejar kontena, slow n steady sudah la kan sebab yang penting bukan duit tu tapi nyawa kita ni. Dah hari selasa. Lagi 3 hari aku nak mengadap benda ni. Adoi...Jangan lupa baca doa naik kenderaan yek...

wassalam

Nota Siku ~ Takde orang bawak slow kat dalam pelabuhan tu.... damn..

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here