THE COCOON ™: Tatau Tajuk Pe
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 May 2012

Tatau Tajuk Pe


Oh yeah memang lama sudah aku tak menjenguk blog kesayangan yang hampir muram dek kerana kelekaan ku bekerja.. macam la orang lain tak bekerja jugak kan.. tapi sebab tertentu mcm semalam yang hujan lebat sambil diselangi oleh ribut petir membuatkan perasaan aku terbantut dalam meng online kan diri aku neh. Nampak gaya aku memang dah slow pulak duk update blog. Bukan sebab ape.. sebab macam-macam yang datang menimpa neh.

Minggu lepas... kes pasal kereta aku yang tak setel lagi. Pegi bengkel tuka enjin Mitsubishi 4G15 standard dan hal tu tak selesai dengan PUSPAKOM. Bukan salah PUSPAKOM tapi salah agen yang tak abis nak settel keta tu. Benda yang terpaksa aku hadapi ialah tak dapat pegi kerja selama seminggu. Seminggu? Yeah seminggu aku tak pergi kerja. Dah la tempat aku tu kalau ponteng sehari, tolak RM100. Tapi aku rasa aku tak ponteng kot sebabnya aku cuti bersebab yang sangat rasional. Nape rasional? Aku bukanlah gatal tangan nak saje saje pegi anta kereta ke bengkel tapi sebab memang rosak. Takde la gatal poket nak abiskan duit untuk upgrade enjin keta saje saje tapi memang kena tuka enjin lain sebab enjin proton ni memang dah rosak. Sabor je la yek.

Dan minggu ni pulak lepas abis hal kereta, kompeni suh aku bercuti lagi sampai la 17hb. Sebab ape sampai 17hb? sebab hari tu dan merangkap hari esok, aku memang kena pegi check up. Doktor kata jantung aku ada masalah dan kompeni kata aku takleh kija sbb jantung aku ada masalah n aku kena dapatkan surat doktor yang mengatakan bahawasanya aku ni boleh atau tak boleh kerja dengan kondisi kesihatan aku skang ni. Adoi.... Maksudnya aku boleh atau tak boleh kerja berat atau buat kerja yang boleh buat kan aku terus padam atau aku kena kerja yang biasa-biasa saja supaya kondisi jantung aku tak tergugat daripada membuatkan aku terus padam.... selamanya... wallahualam...

Ni pon nak story yang baru-baru ni aku ada la masuk satu contest dari sorg artis yang ada fan club/page kat FB. Artis mana yang takde fan club kan. Dengar kata dapat hadiah lumayan.. orang kata ipad dan aku masuk la gak.. tapi bila dah umumkan pemenang dah hadiah.. aku ingatkan betol-betol dapat ipad dan sememangnya aku bersemangat waja... tapi ape hadiahnya? hadiahnya ialah sehelai baju yang ada tandatangan artis tu.. PUIIHHHHH..... aku pon taknak. Mati-mati ingat hadiah best tapi setakat baju je aku rela beli jersi CHELSEA musim 12/13 atau setiap musim pon aku sanggup beli walaupun local. Tak kisah la murah janji CHELSEA. huahahahhaha dan tu luahan yang malas aku letak kat status FB kat fanpage tu sebab aku tahu ramai peminat fanatik yang aku menghambur macam-macam. Sket sket sound.. sket sket sound.. macam ko dah bagus sangat... puiiihhhh Minat fanatik nak mampos k-pop pon bukan leh tolong kaw kat kubor nanti. Huahahah gile ayat takleh blah... hahahah n aku patut stop kat sini dulu yeahhh

FootNote ~ The End

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here