THE COCOON ™: Rework @ Tanjung Pelepas
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

15 January 2009

Rework @ Tanjung Pelepas

assalammualaikum wbt...

semalam penat, hari ni pon penat. masuk kije pagi tadi mcm biasa, pukul 8. duduk kat meja aku kemas apa-apa yang patut. check email dan sebagainya. Pukul 10 aku dah nak kena gerak ke Port Tanjung Pelepas. Nak kena Re-work balik set 668CN? kalau tak silap aku. double pallet lak tuh. suma ada dlm 64 set, dalam 4 - 5 pallet kalau tak silap aku. pegi check kat warehouse sana. nasib baik tak banyak macam semalam. hehehe..

Pukul 8.30 pagi aku dapat panggilan daripada jalut@dian. dia cakap yang kena gerak pukul 9.30. bukan pukul 10.00 seperti yang telah di tetapkan. tengok jam dah pukul 9.00, terus aku amik Outing Slip, isi apa yang patut, pastu mintak cop kat boss aku, Mr Tanaka. abis je dapat cop, terus aku gerak ke pondok guard, tunggu aku punya incharge datang, Azhar sub-con. pegi dengan 4 orang kawan yang lain tapi lain-lain seksyen.


Dari Senai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas amik masa lebih kurang 30minit sebab masuk highway. sampai sana terus aku wat kije rework tuh. abis pon dalam pukul 4 petang. makan tengahari lak kat dalam pelabuhan tu jugak, balik dari pelabuhan tu kami singgah kat Taman U. makan cendol kat sana.. ahahah.. memang layan ar...

balik je dari rework tu, terus kemas meja, off pc.. dan balik... hahhaah... sebab bila aku balik dari sana pon dah sampai masa untuk balik... memang letih sangat bila kena 2 hari rework, kerja kat luar. aku skang tengah memikirkan.. sama ada... nak maik cuti ke tak esok... hahaha....

wassalam

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here