THE COCOON ™: Jalan-jalan cari pasal
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 August 2011

Jalan-jalan cari pasal

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua reader yang menyambut hari kemenangan.
Pukul 7:00 pagi
Siapkan diri untuk bersolat sunat aidilfitri, muka memang mengantok sebab dari semalam memang tak boleh nak tido. Mungkin sebab tak dapat balik kampung kot pastu duk pikir nak watpe je hari ni. Pilih baju kat almari, amik 2 pasang bawak keluar. Satu untuk solat, satu lagi untuk pegi jalan-jalan. Baju Melayu yang tahun lepas pon ada lagi dan tak pakai lagi. Kira baju baru la tu. Tak payah nak pikir beli baju baru dah. Lagi pon tahun lepas umie ada bagi Baju Melayu dengan kain untuk buat Baju Melayu. Yang kain tu lambat siap, tu yang tak sempat nak rasmi tahun lepas. Dapat gak rasmi tahun ni.
Pukul 8:15 pagi
Enjin kereta dah panas duduk kejap goreng nugget dan buat air kopi. Alas perut dulu dengan apa yang patut kemudian terus gerak ke Surau yang berdekatan untuk menunaikan kewajipan.
Pukul 9:30 pagi
Sampai kat rumah terus siap apa yang patut, sambil merehatkan diri pastu plan nak pegi mana jap lagi. Terpikir pulak kereta lupa nak basuh, minyak kereta pon takde sangat. Jap lagi kuar topup minyak kereta. Esok kot baru basuh kereta. Siap-siap terus gerak pegi jalan-jalan cari pasal.

Pukul 5:00 petang
Hujan rintik pulak kat area pontian ni. Kalau kat JB mesti dah lebat punya. Penat gak sehari suntuk pegi jalan-jalan walaupun pegi cuma 4 buah rumah kot tapi sebab jauh, tu yang amik masa macam sehari suntuk. Mata dah layu, kepala duk ingat bantal, tilam, kain pelikat dengan shower je kat rumah. Hujan lebat sket, dengan sejuk air cond, adalah pakej untuk tido semua tu. Singgah kat Shell, beli Power Root dengan gula-gula Kopiko. Harap-harap dapat hilangkan mengantok.
Pukul 7:00 malam
Singgah kat Shell Taman Perling, tak tahan pulak nak buang air kecik. Tertengok kereta Subaru plat singapore. Sedap pulak bunyik enjin. Ntah bila aku nak merasa ada sebijik ni bila tengok kereta Proton aku neh, bersyukur... sekurang kurangnya ada jugak kenderaan kalau nak dibandingkan dengan takde ni, memang patah kaki la nak pegi mana-mana pon kan. Sape pulak yang memerut lama-lama kat dalam toilet neh.. Aku tengok toilet ada simbol girl ni terbukak je pintu. Nak masuk ke tak..nak masuk ke tak. Pastu brader Subaru ni dengan selamba badak, sengih-sengih kat aku cakap hentam je la masuk hahahha... pas dia kuar dari toilet tu, aku pon hentam gak masuk. Tengah sedap-sedap mengkucilkan diri, macam ada orang ketuk pintu toilet. Ahh.. lantak ler.. aku dah tak tahan nak terkucil ni. Dah selesai semua hajat di hati, terus aku kuar tengok budak pompuan tunggu kat luar hahahha aku kuar tanpa tengok muka, terus pegi kat kereta aku.

Start enjin kereta pastu terus ke KFC Taman Perling yang bersebelahan dengan Shell. Tak jauh mana pon. Tadi drive dalam kepala otak aku memang aku nak kena makan nasik jugak. Nasib baik KFC ada nasi ayam. Ingat nak g mamak je tapi aku jemu dah lauk pauk kat kedai mamak ni. Pagi tadi aku perasan kedai makan mamak tu tutup. So aku ingat hari ni mesti tutup gak la kot. Tak tahu la kalau kedai mamak tu kije separuh hari. Dah siap order semua, perghh sejuk giler aircond. Minah-minah KFC pakai baju kurung nampak la manis hahahaha kira lain dari kebiasaan derang la kan kalau dapat tengok. Melaram habisss...Dengan tak lahapnye aku makan hidangan yang dah aku pesan tu di luar kotak penalti. er... kira makan kat meja luar ar. Dengan sejuk-sejuk gini aku nak pulak makan kat tempat air cond. Makan ayam yang tak abis, aku pegi kaunter mintak kotak. Tapau bawak balik ayam yang aku makan seketul je, seketul lagi aku tak jamah sebab aku melantak nasi dengan sup je. Puas....dapat gak makan nasi. Baring tengok movie Accepted kat Channel 5, best tapi mata aku macam dah ngantok.....
Pukul 8:00 Malam
Singgah kedai runcit jap beli milo dengan susu pekat. Mana tau nak minum teh tarik ke, milo ke ape kan. Pastu terus gerak balik ke rumah. Parking kereta semua, buka pintu, masuk bilik terus salin berkain tuala je. Badan memang nak kena air shower gak neh.. sejuk pon sejuk la janji rasa bersih wink wink.... Dah siap mandi, pakai boxer, sarung pelikat, on router, on tv, on pc pastu dah ready suma, baring sambil check email, facebook, dan blog. Pasni ingat nak tido. Selalunya kalau tido awal ni, mesti aku jaga pon akan awal gak la. hahahahha...

bersambung....

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here