THE COCOON ™: Kueh tiaw soppp satuu
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

09 September 2011

Kueh tiaw soppp satuu

Demam untuk hari ke berape? aku dah tak ingat dan takleh pikir. Tapi selera ni memang takde langsung dah. Panadol Active Fast telan 2 biji, ubat batuk pon dah telan, Hurix punya tu kendian Panadol Solubel pon sama telan juga sampai aku tertido dengan keadaan bilik yang panas, sebab aku tak bukak kipas. Nak bagi kebah demam ni memang aku kena tutup kipas la kalau tak memang lambat sembuh. Tapi perut lapar, so aku ingat memang kena makan jugak. Kuar pergi beli Kueh Tiaw sup. Memula ada la selera makan sikit pastu tak abis gak aku makan sebab tekak perit, dengan selesema dan batuk-batuk.

Tapau Nescafe ais.. hahah dah la batuk, pastu minum pulak minuman yang berais.. memang takleh tolak la neh. Ni la jadi kalau badan jenis imun, pastu jarang-jarang sakit dan bila dah sekali sakit, memang mengalahkan sakit yang teruk-teruk walhal demam je pon.Tapi bagi aku memang teruk pon sebab batuk demam dan selesema.

Sambil melepak kat ruang tamu, makan kueh tiaw sopp beserta nescafe ais, aku di temani patung ni. hahaha ada jugak yang nak tolong tengokkan aku gak ni. Malam semalam layan movie santau kat tv3, perghhh seram pulakkk tetiba je aku boleh rasa nak surf pasal santau-santau ni. adoiii mintak simpang la benda-benda syirik ni. Nasib baik patung yang teman ni tak bercakap hehehe

Bosan online, melayan lak novel Bravo Two Zero pon best gak. dah brape hari tak baca. Asyik duk baca sikit-sikit je. Untuk rangkuman terkini pasal keadaan semasa dunia, Singapore dah kalah dengan Iraq 2-0 pastu siap komplen cakap team Iraq banyak berlakon dan saje melengahkan masa, bila aku tengok balik dulu Singapore lawan Malaysia pon aku tengok derang main gitu jugak dengan team Malaysia. Selalu kerap sangat buat jatuh lagi-lagi kat kotak penalti tu. Nape tak jatuh kat tempat lain je. Pastu boleh pulak keeper dia pon join sekali siap g tendang bola keluar padang. So lepas ni untuk team Singapore, lain kali jangan buat kat orang, nanti orang buat kat kita baru la tahu macam mana kan. Tapi yang aku kesalkan bila ada pulak penonton Malaysia main laser gak. Tu tak patut la.

Cerita terbaru pasal talian komunikasi kita ni, cukai prepaid naik 6%, mmm naik? kalau jenis yang pakai prepaid, ada wat s.o.s topup macam aku ni, korang pon dah leh tahu lama benda ni, kalau wat sos topup, dapat pinjam rm2 tapi bila dia tolak kredit, kena tolak rm2.50. So 50sen tu dia dah mark up. Takde ke yang nak komplen dulu2? hehehe

Pasal Ops Sikap lak, angka kemalangan tahun ni lagi tinggi so kempen Ops Sikap ni nak kena buat lain la, nak kena check balik ape yang tak kena sampai angka kemalangan bukan makin kurang tapi makin tinggi. Rakyat malaysia dah tak pikir pasal keselamatan sendiri ke? Tapi kan bagi aku, kita ni bawak berhati-hati tapi orang yang tak berhati perut tu yang tak patut tu. Bawak keta laju ke, tak hati-hati kot kalau bawak keta atau moto sampai tak pikir pasal orang lain. Setakat ni dah banyak jugak aku tengok kemalangan depan mata. Memang takut tu memang takut sebab taknak la jadi kat aku nanti kesian kat orang tua aku, adik-adik aku tu. hehehe

FootNote ~ Kalau demam, g makan klinik ke hospital. baru cepat sembuh heheh

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here