THE COCOON ™: Bila Jasa Jadi Kenangan::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

22 October 2011

Bila Jasa Jadi Kenangan::


Yeahh sabtu yang membosankan datang menjenguk kembali. Aktiviti hari ni? Sepatutnya aku kena tido sebab dari semalam berjaga. Tapi tetap tak dapat nak lelapkan mata aku.Terpandang akan CPU aku ni, memang mata terbeliak ibarat tersampuk shaiton. Aku dedicate kan entry ni untuk CPU aku yekk.

Bangun pagi. Kuar beli roti canai dan nescafe ais serta tak lupa jugak Harian Metro. Nak update isu terkini. Kalau aku tak beli Metro pon tetap leh update sebab banyak blog duk update info dari surat khabar walaupun bukan full coverage macam surat khabar. Gambar PC aku ke tu? yeahh tu la gambaran sebenar pc yang aku guna sekarang. Dah berusia 7 tahun. Memang banyak berjasa pon benda ni.

Ok. Asalnya kan waktu aku study kat kolej swasta (masuk sejarah pasal aku lak) aku guna pc ni turun temurun dari adik aku. Masa tu dia belajar kat UTM tapi aku ni belajar kat Perlis. Memang akut ak guna PC pon time tu. Lepas abis belajar, aku kerja. Bila adik aku beli laptop, pc ni dah tak guna. Kebetulan aku sambung lak belajar amik Diploma. Turun la pc tu kat aku. Dari secantik-cantik pc sampai la sekarang dah bertukar monitor 2 kali, hard disk 8 ketol dan RAM tak penah upgrade ke 512mb pon. Dari dulu sampai sekarang 128mb+245mb je RAM. Seminggu lebih pon aku tak pernah tutup pc ni waktu nak siapkan 3D animation. Macam tu gak aku buat dulu letak kipas meja kat tepi semata-mata nak bagi sejuk.

Dari aku tak tahu benda pasal pc, sampai la aku tahu, itulah sumber tempat aku belajar macam mana nak reapir pc, macam nak buat itu ini. Medium untuk aku jalankan eksperimen aku sendiri. Sebelum ni aku penah jugak ada laptop. Tapi aku pakai tak sampai pon setahun dan aku terpaksa melepaskan laptop aku tu. (jual! Sila rujuk wishlist sebelah kiri)

Apa yang aku nak bagitahu kat sini, buruk macam mana pon benda tu, kalau kita tahu jaga, maintenance elok-elok mesti boleh guna. Sekarang orang dah tak pandang la P4 ke ape kan, paling lekeh pon kena ada Core 2 Duo la. Paling hebat nak kena ada Intel Pentium i7 gitu. Support HD dan segala bagai. Sape tak teringin? aku teringan cuma tak berkesempatan je. Rezeki takde lagi hahahaha

Cukup dengan ape yang aku nak membebel di pagi hari. Rehat secukupnya ye sambil menonton siaran kartun di tv.

FootNote ~ aku sentiasa hargai apa saja yang ada kat keliling aku walaupun seketul batu yang tertulis nama aku.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here